Thursday, August 26, 2010

allow resuscitation or DNR??

salam kengkawan semua..

hari ini saya nak bercerita mengenai resuscitation..
mula-mula sekali saya tegaskan di sini,pandangan saya ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak,baik yang telah mati atau yang masih hidup..melainkan,pandangan ini adalah perasaan hati saya berkaitan resuscitation..




resuscitation ni kengkawan kalau diringkaskan,dilakukan untuk menyelamatkan pesakit pada saat2 tenat hidupnya.condition patient time tue biasanya x sedar,no breathing no..pulse..kata nama lain patient collapse..
time tue,doktor akan arahkan emergency team untuk resuscitate patient..troli emergency akan ditarik,privacy diberi dan semua anggota akan mula kan peranan masing-masing..

perkara utama time resus nie mestilah airway..kepala pesakit akan didongakkan supaya artificial airway dapat dimasukkan..seterusnya,airway akan disambungkan kepada ambu bag,alat pertolongan untuk mengepam oksigen kepada paru-paru..
anggota yang lain ketika itu pula akan sibuk memasang cardiac monitor,mengambil vital sign,dan mengambil glucometer(paras gula dalam darah).sekiranya ada ubat yang harus diberikan,staff nurse akan menyediakan ubatan dan memasukkan ubatan kepada patient melalui IV..normalnya,ubat adrenaline akan diberi..
doktor yang lain pulak akan melakukan CPR..membuat compression di bahagian dada..biasanya,proses ini akan dilakukan sampailah cardiac monitor menunjukkan perubahan pada pulse rate..iaitu jantung berdenyut kembali..sekiranya cardiac monitor menunjukkan status ventricular fibrillation,defribrillation akan dilakukan..500 joule watt akan dikenakan untuk memberi kejutan kepada jantung..

begitulah proses resuscitation dijalankan..bunyinya semacam penting..sebagai penyelamat terakhir kepada setiap individu yang berada dalam keadaan kritikal..

jadi..apa hal pulak dengan DNR ni ??

DNR stand for DO NOT RESUSCITATION!!

kenapa adanya statement seperti ini ek??statement ni bermaksud,pesakit / relatif menolak untuk direscitated sekiranya berada dalam keadaan kritikal..

sombongkah mereka??tidak...
bagi saya tidak...kerana saya sendiri memilih DNR untuk diri saya ataupun untuk keluarga..

info:setakat ini,banyak resuscitation yang dilakukan ,namun kehidupan tetap tidak dapat diselamatkan..

jadi,sebab itulah,saya memilih untuk DNR..saya  melihat sendiri proses resuscitation dijalankan..saya tak sanggup melihat ahli keluarga saya dilayan seperti patung di saat akhir nyawa mereka..saya tahu niat mereka baik,dan proses itu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa,namun saya tetap tak sanggup membiarkan kesakitan melanda mereka di saat akhir nyawa..
bagi sayakiranya sudah sampai masa,biarlah saya/mereka berlalu dengan tenang..sekurangnya,saya dapat menghembuskan nafas di samping keluarga tersayang ye x?..bukannya mesin-mesin dan orang-orang asing..
itulah harapan saya..

apapun.pilihan di tangan individu masing-masing..mungkin dengan resuscitate,nyawa korang/keluarga korang betul2 dapat diselamatkan..itu dah dikira kehidupan kedua yang bermakna untuk korang..

atau,korang setuju ngan saya...menyerahkan kuasa hidup dan mati kepada Allah S.W.T..
saya pinjam ayat penulis favourite saya.'.mati itu pasti..hidup insyaallah..'

sekian...


sekiranya kematian ingin memjemputku..
izinkanlah diriku pergi dengan tenang...
doaku..moga amalan baikku diterima di sisiNYA..
dan amalan burukku telah diampunkan...


Tuesday, August 17, 2010

denggi oh denggi

 Hari ni masuk hari ke 7 umat islam berpuasa..atau dalam kalendar nursing aku,hari nie hari ke 71 aku praktikal kat hospital batu pahat,johor..(termasuk cuti da..)


hmm,so hari ini aku nak kongsi pengalaman tentang denggi..fuh!banyak betul  kes denggi kan!hari-hari,time dengar report,mesti ada patient denggi..aku tengah terfikir nie,tempat lain macam kat sini jugak jer??menjadi-jadi jer nyamuk Aedis ni gigit orang..kalau x jadik pe pe takper,ni bawak penyakit...hish!(salahkan nyamuk!)hehehe..


so, hari ni saya nak berbincang pasal denggi..walau ramai orang dah tahu pasal penyakit bawaan nyamuk nie...takper,saya dengan suka hati nak bercerita lagi..heh3..




Definisi denggi


demam denggi atau demam denggi berdarah ini merupakan demam acute yang dihadapi pesakit disebabkan jangkitan virus serotypes.Demam ini bukan sahaja melanda negara kita malaysia,tetapi juga kebanyakan negara-negara lain.Denggi ini sebenarnya disebarkan oleh sejenis NYAMUK  yang bernama AEDES..





Tanda-tanda anda diserang denggi
  • demam secara tiba-tiba
  • sakit kepala
  • sakit badan dan sendi-sendi tulang
  • kemerahan dan sakit dibahagian mata
  • bintik-bintik merah di anggota badan
  • gastritis
  • sakit abdomen,rasa loya dan muntah-muntah
  • cirit-birit
sebab penyakit
diagnosis dan clinical manisfestation


  • pesakit yang menghidap denggi fever biasanya akan mengalami trombocytopenia dan leokopenia.
  • trombocytopnea -kekurangan darah putih di dalam darah
  • leokopenia-kekurangan platelet di dalam darah.
  • other clinical manifestation adalah seperti yang tertera di atas
hospitalisation
pesakit yang disuspek atau disahkan menghidap denggi akan diadmitkan ke dalam wad medikal.
di wad,biasanya doktor akan order tds FBC sebagai investigation utama..aku tahu tu sebab tiap2 kali dengar report,semua patient denggi akan ada order itu.Selepas itu,patient conform akan kena cucuk jarum..hahaha..takut???masuk spital memang camnie...jarum akan dimasukkan ke dalam salur vena..bukan ape,nak salur sodium chloride sebenarnye..solution ni ibarat nutrition kepada badan..sebab itu,yang ada intravena x boleh puasa..kih3..
doktor order plak iv infusion..banyak tau!!biasanya,6 pine..sebabnyer patient denggi nie risiko untuk dapat dehydration tu tinggi jugak,so kiter kena bagi infusion untuk memastikan patient hydrate..
selain itu,sebagai student nurse,kerja kami termasuklah mengambil vital sign,paling penting dalam kes ini ialah suhu,,namanya pun demam kan!namun begitu,seperti biasa,blood pressure dan heart rate tidak kurang pentingnya..


ha..takut x dengar pasal masuk hospital nie??x pon takot x dengar pasal denggi nie??
TAKUT????bagus bagus bagus...


jadi nie dier saranan dari kementerian kesihatan malaysia dalam memastikan tempat kegiatan nyamuk AEDES dapat dihapuskan..dengan terhapusnya nyamuk aedes,risiko denggi juga akan berkurang..


apa yang harus kita lakukan untuk menghapuskan nyamuk denggi???
  • pastikan tiada air yang bertakung di kawasan sekitar
  • letakkan ubat jentik2 ke dalam takungan air
  • tutup semua bekas air yang terdapat di sekitar rumah
  • pastikan tayar2 buruk,pasu2 bunga dan bekas2 yang boleh menakung air dibuang di tempat yang sepatutnya.
  • pasang ubat nyamuk ketika tidur
  • pasangkan kelambu untuk menghalang nyamuk
  • pastikan longkang-longkang tidak tersumbat
lagi..apa ek??itu la yang important nyer..yang penting,sama-sama berjaga-jaga yer..zaman sekarang nie,bukan manusia je yang berlumba-lumba nak tunjuk hebat..virus-virus dan bacteria pon dah mula tunjuk taring...


sekian perihal denggi...

Sunday, August 15, 2010

nikmat ramadhan

alhamdulillah..
bulan ramadhan datang lagi..
dia datang menghampiri..
dan kini dia sedang memelukku kejap
hingga tak ingin ku berpisah dengan dirinya lagi..

bulan ramadhan..
datangnya setahun sekali,
rahmatnya bahagia dikecapi,
dan tinggalnya duka berganti...

ramadhan,
laparnya kita harus kepada iman,
dahaga kita harus kepada taqwa,
dan kenyangnya kita harus kepada zikrullah..

begitulah nikmat ramadhan..walaupun datangnya cuma setahun sekali,namun kedatangannya dinanti dan pemergiannya didukai...tapi benarkah begitu??
bukankah sekarang ramai yang lebih gembira menunggu kedatangan syawal ketika terdengarnya ramadhan?
Ya..tidak dinafikan itu berlaku..aku juga sendiri tidak menafikan bahawa saat mendengar ramadhan,aku teringatkan syawal..bersalahkah aku kerana seolah-olah meminggirkan bulan ramadhan yang mulia ini?

namun,dalam benak otakku,aku jua mengakui,,aku menunggu bulan ramadhan.Aku inginkan bulan ramadhanku kali ini lebih bererti.Betapa sebelum ini banyak ramadhan ku yang tidak sempurna..tidak dicukupkan dengan amalan-amalan yang yang sewajarnya aku lakukan..
dan tahun ini,aku berharap aku akan lebih teguh..lebih berusaha untuk melakukan yang lebih terbaik..
Alhamdullillah,ada yang baru aku pelajari di bulan ramadhan ini..dan aku berharap,dari detik usiaku semakin meningkat,dari detik nafasku semakin tua,aku juga semakin teguh dalam menguatkan imanku kepada Sang Pencipta..ALLAH S.W.T...amin..

Wednesday, August 11, 2010

sambut puasa dengan Public Holiday

horey..happy kan!
mestilah happy dapat cuti..tapi kalau cuti lama lagi best..boleh balik kg,sahur sama-sama..tapi itu hanyalah mimpi..huhuhu..
Terima ke x,sebagai seorang nurse,ni lah pengalaman pertama aku berpuasa di hospital..walau hari ni cuti,tapi kira jadilah..heh3.pagi tadi,kami bangun ramai2 dan bersahur..dah namanya orang bz(bz la sgt) kami semua sahur makanan yg segera jer..ader mkn roti cicah air susu la(aku la tu!)haha..ader yang mkn biskut cicah air la,ade yang makan roti dengan sos+kepingan ayam cheese(x ingat nama pe tu makanan die)..yang penting semua pakai air panas je..huhuhu..sedih betul..

nasib baik hari ni cuti,kalu x ntah la camner..tapi itulah,kami ada 4 minggu lagi untuk berpuasa ketika bekerja..Ya Allah,kuatkanlah kami..

semalam gi tarawikh,alhamdulillah penuh surau..moga-moga,keadaan macam tu sampai akhir ramadhan.Baru nampak semua orang islam bersatu.Kan bagus macam tu!

hmm,tiba-tiba aku kehabisan idea.so,selamat mengerjakan ibadat puasa la semua..moga-moga bulan ramadhan pada kali ini lebih memberi makna kepada kita..

Monday, August 9, 2010

khasiat sayur peria

I like peria!!!
EVen thouGH it bitter....
IT still be my Favourite....

owh peria....
kau kegemaranku...kau pilihan ku..

PERIAPERIAPERIAPERIAPERIAPERIAPERIA...




Tak ramai yang menggemari peria..tapi kenapa ye?salah satu sebab utamanya kerana peria tue pahit!yup..its true..dulu pun,time kecik kecik aku tak suka peria.Peria pahit!nak masuk mulut pun tak sanggup!tapi bila dah makin besar kan,aku rasa peria nie x lah pahit sangat..sedap pulak tue..lagi-lagi kalau masak dengan telur..nyum nyum..banyaknyer khasiat peria ni..tapi pestikah kita dah tahu semua khasiatnyer???ha,x yah susah2 tenaga..baca jer yang ader kat sini...

KHASIAT SAYUR PERIA

~merawat diabetic
~merawat buasir
~merawat masalah darah kotor
~melawan ketagihan alcohol


so lepas nie..makanlah peria ye!!!heh3

kesibukan di wad medikal lelaki

                                             salam semua..
hari ini aku nak cerita pasal kesibukan wad lelaki.Hhuhuuu..tak yah imagine lah..memang sibuk.Satu wad ada 50 pesakit hari ini sedangkan kuota kerajaan menetapkan hanya 40 pesakit satu wad..Tapi tu r,nak wat cam ner,dah ader terlalu ramai pesakit kan!!kena lah terima,kalau x,mana diorang nak lari??kesian la pulak..

aku jaga cubicle belakang hari ini.Ada 18 patient semuanya.Aku jadi incharge pulak tue!Jangan salah faham ek!bukan Incharge betul2,tapi student incharge la..aku kena ambik 5 patient.So,aku pilihlah patient yang berlainan diagnosis..

dari awal masuk kerja lagi..kena buat bed.OBservation pulak nasib baik ada JM,dapatlah tolong kami..habis tue,kena tengok pesakit2 pulak..IVDrip diaorang jalan ke tak,ader leaking tak?ade darah ke tak??semua tue kite kena tengok kerana salah satu tugas nurse ialah memastikan aliran IVD berada dalam keadaan baik.lepa tue,aku curi masa yang agak lapang untuk tulis report..Hai,kena garis cencus dulu..DDA dulu..nama staff dulu habis tu baru wat line untuk tulis report..

tak habis wat kepala report,ada patient mintak urinar,kena bagi..lepas tue,madam cakap lepas ni ada bone marrow puncture..so,aku stop jap tulis report aku..dan pergi rehat..(makan lah maksudnyer!!hehehe).Of course bersama bestfriend ku,Nurul Izzatie..

masuk wad,tengok2 BMA tak start lagi..So,aku pun start wat observation..baru habis 4 patient,patient kena panggil untuk buat BMA.Apalagi,aku pun mintak lah tolong JM untuk sambung kerja aku.

Habis tue,tolak patient balik ,patient dah penat dah..mana tak nyer,banyak darah kena ambik tue!!
time tue la ada banyak katil nak lalu..crowded habis jadinya!mana taknyer,kalau orang jer nak lalu x per..nie katil yang nak lalu..

habis tue,buat kerja2 senang2 yang stat punyer la seperti Off branulla,tidy up cubicle,dan melayan karenah pesakit..macam-macam karenah tau pesakit nie!tapi setakat nie,tak der la jumpa yang teruk2 sangat..hehehe

dah kul 1 lebih dah rupanya!kena tutup I/O chart pulak..lepas tue,kena tunggu turn nak tulis report.Maklumlah,buku satu sajer..alih2,kul 2.15 baru habis pass report..memang tak sedar masa berlalu pun!tapi itu yang  best..x der la boring sangat tengok jam bila nak balik jer..

itulah first day aku kerja kat wad lelaki setelah lama x masuk..sebulan yg lepas,aku jaga wad perempuan jer.Busy gak tapi x lah secrowded macam hari nie..
apapun...aku tak kan mengalah!aku akan tetap berusaha agar aku dapat beri servis terbaik kepada pesakit dan hospital..mari kawan2 kita sama2 berusaha!!!!caiyok!caiyok!

Sunday, August 8, 2010

pekerjaanku sebelum menjadi seorang misi

semestinya,time tu maksudnya selepas aku spm la kan..
hmm,,apa yang aku buat lepas spm ek???
semestinya aku bekerjalah..
kerja mencari pengalaman dan mendewasakan........

lepas SPM...............................................HORE!!aku bebas dari kertas peperiksaan yang banyak tue..biology kertas last..aku ingat itu...

1 week after that,aku dah start mencari kerja.Aku tak suka duduk rumah besarkan badan biarpun hakikatnya sekarang badan aku tetap besar gak pon!!heheheh..So,aku mintak kerja kat Shell ngan Econjaya.Econjaya bernasib baik sebab contact aku dulu,so aku pun kerja lah kat pasaraya Econjaya..
                               
                              lokasi: econjaya gua musang
                              jawatan:pembantu jualan bahagian frozen and fruit

Seperti kat atas tu,itulah jawatan aku kat situ.Mungkin sebab nampak aku ni tegap dan muka pun tak der la lawa,diorang pun bagilah aku kerja kat bahagian frozen and fruit tu.Kerja kat department ni memang memerlukan banyak tenaga sikit.Kerja kami merangkumi menyusun atur barang2 beku dan juga buah-buahan.Kami yang packing buah2,tampal tanda harga dan memastikan department kami harus sentiasa kemas dan teratur.Bahagian kami juga termasuk roti dan aiskrim.Supervisor aku namanya KakZa.Dia seorang yang tegas tapi time dia bergurau,best gak layan gurau dia..Aku seronok kerja bawah dia walaupun aku tahu dia pun seronok mintak aku kerja double shift dengan tak der cuti hujung minggu..apapun,semua itu pengalaman......

Aku ingat lagi,aku pergi kerja ngan motor.Time pergi kerja pukul 8 aku pergi sendiri tapi time balik,kalau dah double shift,ayah aku akan folllow aku kat belakang ngan motor.Bukan apa,ayah aku takut apa-apa jadi kat aku kat tengah-tengah jalan.

time rehat pulak,masa belum dapat gaji,aku cuma bawa RM2 je sehari.So,aku bajet beli roti gardenia RM0.60 tu dengan air tin satu.Aku ingat agi,gara-gara tue,abang guard tanya aku',tak boring ker makan tue jer tiap2 hari?'hahaha..aku jawab..tak..sedap aper..
mak aku kesian tengok aku makan tue je tiap2 hari.Jadi mak aku pun bekalkan aku makanan untuk bawak pergi kerja.Telan air liur pulak lepas tu abang guard tu..hahaha..

tengah syok kerja kat econjaya lama tue,econjaya baru pun dibuka.Kami staff ni diangkut pakai van buruk ke econjaya baru.Kat sana,kami dapat kupon untuk belanja setiap hari.Wah,tapi bestlah econjaya baru!lebih luas dan lebih selesa.Aku gembira dapat menjadi salah satu yang terlibat dalam memastikan econjaya ni berjaya dibuka..heh3,maklumlah kat gua musang ni,tempat berjalan yang paling femousnyer kan econjaya jer masa tue..

2 bulan aku bertahan kat situ.Then,ayah aku minta aku berhenti kerja.Ayah tak sanggup tengok aku bekerja bertungkus lumus tapi tak berbaloi dengan gaji.Kata ayah,aku tak tengok matahari terbit sebab masuk kerja pagi dan tak dapat  tengok matahari terbenam sebab keluar kerja dah malam.Lagipun,sekarang selalu hujan time malam.Dengan naik motor memang bahaya.Aku akur dengan desakan ayahku..aku pun berhenti kerja dan lepak kat rumah sekejap..

tapi tulah,namanya pun orang tak leh duduk goyang kaki,aku mohon pulak kerja stesen minyak..Dapatlah jadi budak pam.Best gak kerja tu.Balik pun awal sikit cuma kena hati-hati masa berurusniaga sebab dia main dengan wang pelanggan,bukan buah-buah atau aiskrim lagi.
Sebulan aku kerja kat situ,result SPM aku pun keluar..Alhamdulillah resultku okeyla..So,demi untuk mengisi permohonan-permohonan sambung belajar,aku pun berhenti lah kerja kat stesen minyak tue..

Time aku free tue,aku pergi CC belajar kursus komputer pakai duit gaji aku ngan duit ayah aku.Ayah aku kata,kita kena tahu IT.Sekarang kan zaman moden,tak boleh buta IT.Aku isi IPTA,maktab,politeknik,metrik dan SPA.

Aku dapat pulak masuk aliran sains untuk STPM-not my choice
dapat temuduga SPA lapan-awaiting for interview result
dapat tawaran UITM-second choice..aku dah prepare dokument2 untuk masuk UITM,tapi pastu surat tawaran SPA pun sampai...
HORE!!!aku dapat jugak masuk kementerian kesihatan..terus persediaan ke UITM pada 26 jun aku ganti untuk pendaftaran pada 1 julai 2008..

Dan bermula detik 1 julai 2008 itulah aku mula memupuk minat sebagai seorang jururawat..sekian..

kanser payudara

Ini sekadar pengalaman dan aku ceritakan nie pon semoga menjadi peringatan kepada kita semua..




hari nie ada patient late stage of breast cancer.terus terang,masa doktor bukak untuk tengok buat biopsy,aku terkejut melihat condition breast dia..kesian,breast sebelah kanan dia dah bengkak besar seperti biji kelapa..ada dua ketulan paling besar yang berbentuk seperti bunga kat bahagian tepi dan ketulan-ketulan kecil dekat serata breast..warna breastnya hitam dan sungguh menakutkan aku..




ketika proses dressing dilakukan staff nurse,darah dari ketulan2 berbunga tue x henti-henti mengalir keluar.Malahan semasa staff nurse menekan ketulan itu untuk mencuci luka,darahnya memancut..Ya Allah,betapa besarnya penderitaan pesakit itu..untuk pengetahuan kalian,luka ini dicuci menggunakan flagyl dan juga adrenaline..bukan normal saline seperti selalu..






jadi,bagaimana sebenarnya semua ini berlaku?biasanya kita hanya melihat kes breast cancer yang biasa..tapi yang ini dikategorikan dalam kes yang berlainan lah bagi saya..


history diambil..


patient ini menyatakan kira-kira 4-6 bulan yang lalu,dia hanya sakit payudara..apabila pergi jumpa doktor swasta,doktor tue cakap bengkak susu jer dan menasihatkan pesakit untuk mengepam susu dadanya sahaja.Namun begitu,walau dipam pam,tiada susu yang keluar..


pesakit seterusnya mengaku cuma berubat cara tradisional dengan meminum air herba yang dibuat sendiri..


sebulan lalu,pesakit merasa lebih sakit di bahagian breast kanannya..dia melihat perubahan fizikal ke atas breastnya..Ia lebih bengkak dan ketulan-ketulan mula tumbuh..pesakit mengaku sangat takut melihat keadaan breastnya..


lalu ditemani suaminya,dia membuat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran.Setelah itu,dia dirujuk ke hospital batu pahat untuk rawatan lanjut.


semalam,dia admit ke wad kami.Dan hari ini,kami bersua dengannya..






pengetahuan:patient baru memulakan rawatan secara hospital..chemotheraphy treatment sedang diatur untuk pesakit.manakala surgery x dapat dilakukan kerana menurut doktor,breast skin dah terlalu tegang,sekiranya dipotong,dah x der kulit untuk disambung...nauzubillah..






begitulah kisahnya..secara tiba-tiba penyakit itu datang..dan dia datang terus ke peringkat late stage..


ia amat menakutkan khususnya kaum wanita..breast cancer,pembunuh no 1 wanita..


jadi,andai ada abnormality berlaku ke atas breast kita,segeralah rujuk kepada doktor kerana ia mungkin kanser..sekian...


di atas ini ialah pengalaman yang saya muatkan di dalam facebook saya dan saya copy pastekannya di sini..
di bawah pula lanjutan kesnya..


pesakit sekarang masih ditahan di dalam wad..luka-lukanya makin bertambah..tumor-tumor pula semakin tumbuh di bahagian ketiak dan payudara kirinya pula.Investigation juga menunjukkan bahawa kansernya telah merebak ke bahagian paru-paru dan livernya.


dressing terbaru yang dipakai ke atasnya sekarang ialah normal saline dressing with charcoal(arang).
Berdoalah agar pesakit tetap tabah menghadapi dugaan hidupnya ini..sekian..


few weeks later~~~~>
berita terbaru yang aku terima:pesakit telah meninggal dunia..Alfatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman..

bahayanya DADAH






kisah ini sebenarnya dah saya siarkan di dalam facebook saya ..jadi saya cuma copy and paste kisah ini sahajalah..apapun,semoga bacaan kalian pada blog saya ini beroleh sedikit manfaatnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini,saya nak berkongsi pula cerita tentang bahayanya penyalahgunaan dadah ke atas badan manusia,atau nama lain,badan kite..




sebelum itu,saya jelaskan di sini,sebenarnya dadah dicipta untuk kegunaan manusia juga.Dalam setiap ubatan misalnya,semua itu mempunyai dadah.Tetapi,ia hanya dalam dos yang sedikit.Cara pemberiannya juga selamat.Yang timbul isu dadah musuh no 1 negara tu ialah apabila dadah mula disalahgunakan..so,di sini saya kongsikan pengalaman sebenar seorang pesakit yang menghidap hiv positive akibat penyalahgunaan dadah..kekadang kite hanya akan lebih cenderung utk betul2 berjaga-jaga sekiranya kita betul2 diberikan bukti..so nah..inilah bukti sengsaranya penagih dadah..






En A merupakan seorang pekerja tetap yang sudah berkahwin.Dia memiliki seorang anak angkat yang masih kecil.Kehidupannya pada awalnya berlalu dengan baik..sehinggalah pada suatu hari,dia mula mencuba ganja..dia terpedaya dengan hasutan rakan-rakan sekampungnya..dia akhirnya tertagih dan menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit kerana dadah itu.


pada suatu hari,pihak atasannya menjalankan ujian air kencing untuk memeriksa anggotanya..Malang bagi En A kerana air kencingnya positive dadah lalu dia diberhentikan kerja..


bermulalah episod baru hidup en A...






diberhentikan kerja pastinya tidak sesakit apabila mengetahui isteri tercinta turut dijangkiti penyakit HIV.Ketika itu,En A belum menunjukkan symptom HIV.Isteri dia lah yang menderita ketika itu.Anak mereka pula dijaga oleh orang lain memandangkan keadaan mereka yang tidak mengizinkan.ternyata isterinya tidak kuat menanggung penyakit itu..dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir,meninggalkan dunia fana ini untuk selama-lamanya..









En A yang telah kehilangan isteri amat menyesali perbuatannya.Dia juga perasan bahawa adik-beradiknya seolah-olah sengaja menjauhkan diri darinya.Hanya ibunya yang masih setia di sisi..






Dan kini.ketika saya berjumpa dengannya di hospital tempoh hari,dia telah dijangkiti HIv.penyakit yang melemahkan semua sistem pertahanan badan manusia..Dia dimasukkan ke hospital untuk merawat symptom2 withdrawal(symptom2 yg muncul apabila seseorang tidak mengambil dadah seperti kebiasaanya).Dia menggigil,lemah,kekurangan air dalam badan atau dehydration serta demam.


selain itu,dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani test pulmonary tuberculosis.,sejenis penyakit berjangkit melalui pernafasan yang menyerang paru2..serta dijangkiti kuman tuberculi.






ketika saya berbicara dengannya,dia menyatakan rasa kesalnya,dia menyalahkan dirinya ke atas kematian isterinya.Air mata lelaki yang selalunya dianggap mahal rupanya murah bagi dirinya..Aku mengesan titisan jernih air matanya ketika dia bercerita kepadaku..matanya merah dan kelihatan hiba..






sebagai penguat semangat,ku berikan sedikit dorongan dan ransangan.Melihat setiap yang berlaku sebagai ujian Dari Allah..redha dengan apa yang berlaku dan harus sentiasa berusaha melawan ketagihan..dekatkan diri dengan Allah dan menjalani kehidupan dengan penuh kesabaran..






tiba waktu dia keluar hospital,dia tersenyum padaku.aku berpesan agar dia menjaga dirinya sebaik mungkin.sesungguhnya aku berharap pengakhiran yang baik untuknya.


mungkin ada yang mengatakan itulah balasannya dan mungkin itu betul..namun bila difikir fikir,


tak guna kita menyalahkannya kerana yang berlaku sudah berlaku.Yang penting,dia sudah insaf dan punya niat untuk berubah..semoga dia berjaya..










tamat kisah bahayanya dadah..sekian..

pengalaman2 ku ketika posting..

salam ukhwah buat semua yang melayari blog saya ni..
sebenarnya,saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blog ini..terlampau baru dan saya fikir mungkin blog saya ini antara yang terkuno la kot..heh3..apa pun,berilah peluang untuk saya orang baru untuk belajar..
bak pantun melayu zaman berzaman..
               buah cempedak di luar pagar
               ambil galah tolok jolokkan
               saya budak baru belajar
               kalau salah tolong tunjukkan..

kira,pantun ini pun sesuai untuk situasi saya sekarang yang bergelar jururawat pelatih..saya tengah belajar dan normallah kalau ada tersilap dalam pekerjaan kan..oleh itu,yang pandai mohon membantu dan yang lemah boleh saya bantu..hehehe..

So,sebagai jururwat pelatih ini,pelbagai pengalaman yang kita rasa sebenarnya..especially,bila kita dah posting kat mana-mana hospital.Contohnya seperti saya.Sekarang ni saya dah masuk tahun ketiga belajar diploma in nursing ni.Bila saja masuk wad,staff-staff bajet kami dah mahir hampir semua perkara,so kami kena lebih hati-hati.Memang berbeza keadaan praktikal semasa sem satu ke,sem 2 ke ngan sekarang.Sekarang terasa diri kami pra staff nurse,semua kerja kami kena buat agar kami tidak kekok apabila keluar nanti.Bila dah sem 5 ni,management pun dah kena buat..Tertungggang langgang juga la kami nie nak buat asignment yang setimbun itu dengan tugasan harian kami yang sibuk di wad .

Apapun,saya tak pernah menyesal kerana telah berada di budang ini,Walaupun pada mulanya,nurse ini bukan pilihan saya,bukan juga saya yang mengaturnya,tetapi apabila dah dihantar ke kolej untuk ke belajar nurse,minat itu terpupuk sendiri,Mungkin itulah namanya takdir..Allah lebih Mengetahui suratan perjalanan hamba-hambaNya..

Sepanjang saya berpraktikal ni,saya dah jumpa beberapa kes yang agak menarik perhatian.Antaranya kes HIV,kes kanser end stage ,MVA dan kematian.

Semua ini membuat saya berfikir tentang perjalanan hidup kita.Betapa bersyukurnya kita kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik.Masih boleh mengerjakan kehidupan sehari-hari dengan sempurna..
setakat inilah permulaan blog saya yang tidak seberapa.semoga akan ada blog yang akan datang,yang lebih bernas dan mantap..
sekian..