Tuesday, September 28, 2010

petang yang berilmu

hari nie,aku kurang sihat sikit..tapi,aku tetap nak tulis blog sebab aku rasa aku harus kongsi pengalaman aku hari nie..semoga perkongsian ini dapat menyediaakan diri kita menjadi seorang staff nurse yang berkaliber kelak..ini cuma sekadar revision sebenarnya tentang apa yang telah kita pelajari selama 3 tahun..dan revision nie sebenarnya diketuai oleh head of our department,Mdm Gnanesh..revision yang dibuat ini sedikit sebanyak membuatkan aku bersemangat petang tadi..semoga korang pun bersemangat membaca karya simple yang aku tulis nie..hehehe..

okey..jom bermula dengan pemberian nerbuliser?kita sama-sama tau ubat ini diberikan kepada pesakit astma.selain itu,ubat ini juga diberi kepada pesakit yang mempunyai masalah pernafasan..dos untuk ubat ini ialah 2:1:1..nisbah ini merujuk kepada Atrovent : ventolin : dan  normal saline..atroven itu senang,dah dalam ampule,tinggal picit masuk neb cup jer manakala ventolin dan normal saline pula kena di syringe out 1 ml dulu sebelum digabungkan bersama atroven.Ubatan ini diberi secara wap iaitu dengan memasang mask yang disambungkan kepada neb cup tadi,juga kepada sumber oksigen..remember untuk adik-adik!kalau nak pasang nerbuliser,pastikan tube neb ni disambung terus kepada oksigen supplier menerusi connector berwarna hijau k!jangan connect kepada humidifier plak k..jangan gelak,pernah ada orang buat tau,tu yang aku bgtau tue..lagi,mdm nie wat aku alert la plak tentang peranan setiap ubat tadi,bukan sekadar keseluruhannya..so,aku masukkan maklumat tentang ubat tadi kat sini k..

atrovent : merupakan anti-cholinergic medication yang mempunyai fungsi sebagai bronchodilator.Indikasi kepada penyakit chronic bronchitis dan juga empysema.Namun sekiranya digabungkan bersama salbutamol,ia amat berguna untuk merawat astma attack.ketika memberi ubat nerbuliser,sering ingat jangan diberi secara oral mahupun intravenously.

salbutamol : juga merupakan anti cholinergic drug yang mempunyai fungsi bronchodilator.Cuma tambahannya,salbutamol ni diberikan untuk merawat penyakit COPD(chronic obstructive pulmonary disease).




herm..sebenarnya banyak ag info yg kami bincangkan tadi,tapi setakat nie,ni je la aku kongsi yer..maklumla..kurang sehat..huhu..k la..selamat malam semua..

Monday, September 27, 2010

masuk ke syurga..

betapa indahnya gambaran syurga yang sering dinyatakan..
sehingga hati kekadang terfikir apakah aku layak untuk menjejakinya??

namun,tidak salah untuk berharap..malah memang kita harus berusaha kearahnya.
buat wanita..seorang wanita senang masuk syurga..juga senang masuk neraka sekiranya tersilap langkah..

di sini berupa kalam peringatan buat wanita demi mengejar nikmat syurga..

`dari Abu hurairah radiyaallahu anhu,dia berkata:rasullullah sallallu'alaihi wassalam berkata:`Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima,berpuasa bulan (ramadhan) nya,memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya.maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya..

berdasarkan wasiat Rasulullah inilah,dapat dikenalpasti syarat-syarat  bagi membolehkan seorang wanita masuk syurga..antaranya:

1)solat fardhu yang lima
2)puasa di bulan ramadhan
3)menjaga kemaluan
4)taat kepada suami dalam hal-hal selain kederhakaan kepada Allah..

lanjutan dari ini,mari perhatikan details2 perkara yang telah disyaratkan ini..

1)solat fardhu yang lima

-sesungguhnya,Allah telah mewajibkan kita sebagai seorang wanita muslim untuk bersembahyang.Solat itu tiang agama.harus dikerjakan sehari semalam.Solat juga merupakan zikrullah yang lengkap dalam menghadap Allah.Siapa yang melaksanakan solat,umpama menegakkan agama dan siapa yang meninggalkan solat umpama merobohkan agama..
untuk itu,kita wajib mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam..Antara syarat-syarat sah solat ialah:

  • menutup aurat
  • menghadap kiblat
  • suci badan,pakaian,dan tempat dari segala najis
manakala,rukun-rukun solat pula ialah:
  • niat
  • takbiratul-ihram
  • membaca al-fatihah
  • rukuk
  • berdiri dari rukuk(iktidal)
  • sujud
  • bangun dari sujud
  • salam
sunat-sunat muakkad dalam solat pula ialah:
  • membaca surah atau ayat-ayat Al-Quran yang mudah sesudah membaca Al-fatihah dalam dua rakaat yang pertama.
  • bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud
  • bacaan tasmik dan tahmid sesudah bangun dari rukuk
  • tasyahud
  • selawat ke atas nabi
2)puasa

`wahai orang-orang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimama diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa' surah Al-Baqarah ayat 183.

sekiranya solat adalah tiang,puasa pula adalah sendinya..Rukun-rukun puasa ialah:
  • niat sebelum fajar
  • menahan diri dari makan,minum,dan bersetubuh
  • waktu siang,yakni sejak terbit fajar hingga tenggelam matahari
perkara yang membatalkan puasa pula ialah:
  • makan dan minum dengan sengaja
  • bersetubuh
  • masukkan benda-benda asing ke dalam rongga badan
  • muntah dengan sengaja
makruh:
  • berkumur -kumur
  • memasukkan air ke dalam hidung ketika wuduk
3)menjaga kehormatan

sebagai wanita,kita seharusnya pandai menjaga diri dan maruah diri kita.Antara perkara-perkara yang menjaga maruah diri ialah:
  • memakai pakaian yang tidak menjolok mata
  • menjaga pandangan
  • menjaga percakapan
  • pergaulan yang baik dengan menjaga batasan antara lelaki dan wanita
  • menjaga perilaku
4)mentaati suami

-keredhaan Allah akan datang sekiranya seorang isteri itu mentaati suami.Selagi permintaan suami tidak bertentangan dengan Al-Quran,maka sebagai isteri ,wanita wajib melayani suaminya.

Begitulah syarat-syarat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada kita.Akhirnya,ia berbalik kepada diri kita..sama ada kita ingin melaksanakan atau mengendahkannya..semoga kita semua beroleh kerahmatan dari Allah..
sekian..





Sunday, September 26, 2010

ringkasan pengalamanku..

salam kawan-kawan..
sekarang ni 1.12 minit pagi hari sabtu 26/7/10 tapi jiwaku terasa malam masih muda..bukannya mata x penat,tetapi ntahla..semangat nak balik esok kot yang buatkan aku still x nak tido..
kawan-kawan,sedar x sedar,dah tamat sudah praktikal kami kali nie..3 bulan yang dirasakan akan berlalu dengan lambat pada awalnya rupanya berlalu dengan sebegitu pantas..sepantas keretapi elektrik gitu..hahaha..
sememangnya,apabila sesuatu pengalaman tamat,pengalaman-pengalaman baru akan menyusul..itulah kehidupan..penuh dengan benda baru..cabaran yang harus kita jalani..

3 bulan kat sini,ada banyak benda yang kami belajar..selain menjadi seorang bakal nurse yang baik,kami juga belajar menjadi komuniti yang baik.aku sedar,semakin aku dewasa dan semakin aku jauh melangkah ke alam nursing ini,semakin matang jugalah aku,dan semakin improved jugalah tahap socialization aku..kalau dulu aku memang seorang yang pemalu,kini aku tidak lagi..aku tidak lagi terlalu pemalu dalam menghadapi orang-orang baru dalam hidup aku..mungkin itulah peranan masa..ia mendewasakan kita..

namun begitu,semakin kita besar,kita tetap harus melihat adanya langit tinggi di atas kepala kita dan kaki kita masih menjejak tanah..aku berdoa agar walau bagaimana pon aku melangkah,dan walau bagaimana langkah kaki kami semua melangkah,kami semua tetap mengingati asal wujud kami,tetap berendah diri dan tetap mengabdikan diri kepada sang pencipta..

selama 3 bulan,banyak perkara yang kami pelajari..terima kasih kepada clinical instructor kami yang manis manis belaka itu..yang x serik menunjuk ajar kami..moga segala ilmu diperhalalkan dan moga2 guru2 kami itu beroleh kerahmatan dari Allah..

tamatnya posting ini..tidak bermakna perjalananku sudah tamat..masih terlalu jauh jalan yang harus aku lewati..ayoh..kita melangkah bersama-sama!

Thursday, September 23, 2010

sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan

salam semua..ketika balik kampung raya,aku terlihat suatu risalah lalu aku pun baca..menurutku,risalah itu tersangatlah berguna,terutama kepada kita manusia yang sering alpa dan leka..di sini aku taipkan semula risalah itu,agar menjadi rujukan dan pedoman kepada kita..semoga beroleh manfaat..


SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN
Assalammualaikum wahai saudara seagamaku.Adakah anda melihat sembahyang itu suatu kewajipan yang perlu ditunaikan? Jika anda berada dalam kealpaan,cubalah renung warkah ini..
Sabda rasulullah s.a.w..

" Amalan yang mula-mula dihitung ke atas seorang hamba ialah sembahyang,jika baik sembahyangnya,akan turut baiklah amalannya ( tanpa lagi diperiksa amalan lain ) dan jika dia buruk,(rosak) akan buruklah segala segala amalannya ."

Sembahnyang merupakan tiang agama dan asas islam.Ia juga adalah punca keselamatan dan pokok kejayaan hidup.Solat itu merupakan suatu perjanjian Allah ke atas orang-orang islam.Sesungguhnya,ketahuilah wahai `peninggal sembahyang’anda sudah terlepas dari pemeliharaan Allah dan pengawasan rasulnya,berada dalam kehidupan yang sempit samada hidup atau mati.Kemudian dia akan dimasukkan ke dalam neraka yang menjadi tempat tinggal ,tempat pulang dan kembalinya.
Firman Allah s.w.t..

"sesungguhnya,sembahyang itu menjadi kewajipan orang-orang mukmin di mana dia difardhukan berwaktu(mesti dilaksanakan dalam waktu yang terbatas)"   (AN-NISAA’ :103)

`hendaklah kamu memelihara segala sembahyang (terutama )sembahyang Wusta (asar)dan dirikanlah sembahyang untuk Allah dengan kusyuk.'               (AL-BAQARAH : 238)

Sebenarnya,sembahyang itu adalah sebagai suatu `tanda kesyukuran’ manusia kepada tuhan pecipta yang menciptakannya,apalagi menjadikannya makhluk yang berakal dan beriman(islam).Mengenai manusia yang menangguhkan  sembahyang  sehingga terlepas dari waktunya,Allah berfirman:

`maka wail lah bagi kalangan orang yang tidak bersembahyang,iaitu orang –orang yang lalai daripada sembahyang mereka.’

Menurut Ataa’ B. Yasaar:

`wail itu adalah nama sebuah lembah dalam neraka jahanam seandainya dilemparkan gunung ganang (dalam dunia ini),nescaya dia akan cair dan mengalir(hancur) dek kepanasannya.’

Sebahagian ulama mengatakan apabila seseorang itu bersembahyang di awal waktu,dia tidaklah merasa gembira dan apabila dia melewatkannya,dia tidaklah pula berdukacita,naka dia tidaklah memandang menyegerakannya sebagai suatu kebaikan dan tidak pula memandangnya sebagai suatu dosa,maka keadaan demikian menunjukkan hatinya telah mati(tidak lagi berfungsi).

Wahb B, Munabbih pernak berkata,

`hairan sekali di kalangan manusia ada yang menangisi orang yang kematian jasadnya,tetapi dia tidaklah menangisi orang yang kematian hatinya,sedangkan kematian hati itu lebih dahsyat.’

Terdapat beberapa keadaan manusia dalam perkara meninggalkan sembahyang:

Pertama: Golongan yang menolak atau tidak menerima konsep kefardhuan(wajib)sembahyang (merendah/menghinakannya).Maka tempat kembali mereka ialah neraka Saqar,dimana Allah s.w.t telah berfirman :
`Apabila yang menyebabkan kamu memasuki neraka Saqar? Mereka menjawab,dahulu (semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang’.           (AL-MUDDATHIR : 42-43)

Kedua : Golongan yang menerima (tidak menentang perintah sembahyang) tetapi tidak melaksanakannya.Maka balasannya ialah al-ghayy.Dalam surah maryam,Ayat 59 al-ghayy antara lain merupakan sebuah lembah di neraka jahanam,di mana lubangnya amat dalam dan kepanasannya teramat sangat.

Ketiga : golongan acuh tak acuh (melengah-melengahkan sem bahyang).Mereka ini tidak memandang berat dan tidak mempedulikan sembahyang.terkadang mereka melaksanakan dalam waktunya dan terkadang melewatnya sehingga terkeluar dari waktunya,tetapi tidaklah pula mereka menyesal.Maka untuk mereka wail,di mana wail itu merupakan suatu seksaan yang pedih.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda,mafhumnya:

`siapa meninggalkan sembahyang asar maka sesungguhnya telah gugurlah amalannya (yang terdahulu serta pahalanya),bila menjadi kufur.’

Sesungguhnya imam –imam islam sepakat mengatakan bahawa sembahyang itu tiang agama.siapa mendirikannya,(tetap melakukannya) ,maka dia mendirikan agama,dan siapa yang meninggalkannya,maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

Terdapat kenyataan dalam Al-hadith mengenai kebaikan yang diperolehi oleh sesiapa yang memelihara sembahyang.Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara,iaitu:

1) Allah akan mengangkatnya dari kesempitan hidup
2) allah akan melepaskannya dari seksaan kubur
3) allah akan memberikan `kitab amalannya’dengan sebelah kanan (alamat bahagia)
4) allah akan memudahkannya melalui shiraat seperti kecepatan Buraq.
5)allah akan memasukkannya ke syurga tanpa hisab (pengiraan amalan mudah sekali)

Seterusnya mengenai orang-orang yang meringan-ringankan kewajipan sembahyang,alllah akan menghukumnya dengan 15 balasan ,iaitu:

1) 6 balasan semasa di dunia
2)3 balasan di kala mati
3) 3 balasan di dalam kubur
4) 3 balasan di hari khiamat

6 balasan semasa di dunia ialah:
·         Allah akan mencabut keberkatan pada umurnya
·         Allah menghapuskan cahaya keimanan dari air mukanya
·         Setiap amalannya tidak diganjari allah (sehingga dia mengqada semua sembahyang yang ditinggalkan)
·         Allah tidak akan mengangkat permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenankan)
·         Orang ramai akan mengutuk dan membencinya semasa hidup di dunia
·         Tidak akan memperoleh (keberkatan) doa orang-orang yang soleh.


3 balasan sewaktu mati ialah:
·         Mati secara terhina
·         Mati secara lapar
·         Mati secara dahaga.Walaupun diberi minum sseluruh air di lautan,tidaklah akan memuaskan dahaganya.

3 balasan di dalam kubur ialah:
·         Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
·         Di atas kuburnya akan dinyalakan api yang baranya melompat-lompat di waktu siang dan malam.
·         Dia akan diseksakan oleh ular yang bernama asy,shuja al-aqra ,dimana dua mata ular itu daripada api dan kukunya daripada besi,manakala panjang setiap kuku seperti sehari perjalanan.Suara ular ini pula seperti guruh yang menggegarkan.Justeru,setiap kali dia memukul dengan satu pukulan,maka terbenam ranaplah ke bumi sejauh 70 hasta,maka ia akan memassukkan kukunya ke bawah bumi,dan mengeluarkannya semula.begitulah orang yang tidak bersembahyang di seksa di dalam kubur sehingga hari kiamat.


3 balasan di hari kiamat ialah:
·         Akan diseksakan oleh allah dengan cara dihelakan mukanya ke neraka jahanam.
·         allah taala akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisab(dihitung amalannya sewaktu di dunia) maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
·         Allah akan menghitung amalannya dengan hitungan yang berat dan dia akan memrintahkan dibawa ke neraka jahanam.



Rasulullah s.a.w telah bersabda ,mafhumnya :

`sesungguhnya yang pertama dihitamkan di hari kiamat ialah muka-muka orang yang meninggalkan  sembahyang,dan sesungguhnya di dalam neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang dipanggil lamlam.di dalamnya terdapat ular-ular di mana setiap ular ukurannya sebesar leher unta,panjangnya selama sebulan perjalanan,akan menyengat peninggal sembahyang,lantas bisanya akan mengelegak dalam tubuh selama 70 tahun.kemudian akan lebam-relailah dagingnya.

Menurut pegangan imam kita as-syaafie dan maliki adalah wajar seseorang segera mengadakan sembahyang yang tertinggal tanpa uzur.sembahyang diwajibkan ke atas setiap orang yang kuasa berdiri.sendainya tidak upaya berdiri,maka hendaklah bersembahyang secara duduk.seandainya tidak upaya duduk,maka sembahyanglah menelentang serta meninggikan kepala dengan suatu peninggi (seperti bantal) agar dapat menghadap kiblat dan hendaklah dia mengisyaratkan dengan kepalanya untuk rukuk dan sujudnya pula lebih rendah dari rukuknya.sendainya masih lemah untuk berbuat demikian,hendaklah dia mengisyaratkan dengan pelupuk matanya.jika masih tidak berdaya,wajiblah dilakukan rukun-rukun sembahyang dengan hatinya.ini bermakna,belum tergugur kewajipan bersembahyang ke atas seseorang muslim selagi akalnya masih ada(boleh lagi berfikir),dan tidaklah sekali-kali seseorang dibenarkan meninggalkan sembahyang sama sekali.

Rasulullah s.a.w. bersabda,mafhumnya:

`janganlah kamu meninggalkan sembahyang secara sengaja,kerana sesungguhnya sesiapa yang berbuat yang demikian,maka dia telah terlepas daripada pemeliharaan Allah dan rasulnya.’

Dalam sebuah hadis yang panjang,telah turun malaikat jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan perkara berkaitan orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang.Antaranya:
~  Allah tidak menerima puasa,zakat,haji,sedekah serta segala amalan baik orang yang tidak bersembahyang sehinggalah dia kembali sembahyang dan mengqadakan semua sembahyang yang tertinggal.
·      ~   Setiap hari dan malamnya akan diturunkan seribu kutukan kemarahan allah serta kutukan para malaikat dari atas tujuh petala langit.
·        ~ Tidak diperuntukkan baginya untuk minum air di kolam nabi Muhammad s.a.w,tidak mendapat syafaat nabi s.a.w. serta dia bukanlah dari kalangan umat nabi Muhammad.
·        ~ Tidak wajar diziarahi ketika sakit,diiringi jenazahnya dan diberi salam penghormatan ke atasnya.
·       ~  Tiadalah agama baginya.
·         ~Tidak akan memperoleh rahmat kasih Allah.
·        ~ Apabila tersuap makanan ke mulutnya,berkatalah malaikat kepadanya,`semoga engkau dikutuki allah,wahai musuh Allah.engkau memakan rezeki Allah tetapi engkau tidaklah melaksanakan kewajipan keatasnya.
·         Apabila dia keluar dari rumahnya,berkatalah rumah padanya,`tidaklah Allah akan mempertemukan engkau teman dalam perjalanan engkau,tiadalah pembantu sepeninggalan engkau,dan tiadalah orang yang akan membantu engkau’
·         Akan berkata pakaian yang dipakainya,`seandainya tuhanku tidak mengawalku,pastilah aku lari daripada engkau dan akan meninggalkan engkau dalam keadaan bertelanjang.
·         Akan mati dalam keadaan yahudi(dimurkai Allah) dan akan dibangkitkan dalam keadaan nasrani.(sesat).


Muhammad al-jurdaani dalam kitabnya fath-al`allaam menyebut bahawa malaikat pernah berkata,(mengatakan secara ghaib) kepada orang-orang yang tidak menunaikan solat 5 waktu.malaikat berseru:
        I.            `wahai durjana ‘ kepada yang tidak solat subuh
      II.            `wahai rugiwan’ kepada yang tidak solat zuhur
    III.            `wahai pendurhaka’ kepada yang tidak solat asar
    IV.            `wahai orang kafir’ kepada yang tidak solat maghrib
      V.            `wahai orang yang mengabaikan solat,semoga allah mengabaikan engkau’ kepada yang tidak solat isyak.

Justeru itu,berdasarkan seruan ini,ternyata orang yang tidak bersembahyang itu adalah termasuk orang kafir (bila ingkar) ,durjana,pendurhaka,pengabai dan orang rugi di dunia dan akhirat.Antara kerugian yang dihadapi ialah hidup malang dan melarat (miskin),Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Abu hurairah r.a:

`wahai abu hurairah,suruhlah anak isteri engkau bersembahyang,kerana sesungguhnya Allah akan mengurniakan engkau rezeki tanpa berkira (banyaknya).

bukti kebenaran kata-kata tersebut adalah dirujukkan kepada firman Allah taala.

`dan perintahkanlah umat engkau agar bersembahyang dan bersabarlah engkau melaksanakannya.kami tidak meminta rezeki daripada engkau(sebaliknya)kamilah yang memberi  rezeki kepada engkau.dan (sedang)akibat (yang baik)  itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.     
                                                                                                          (taaha: 132)
Disamping itu,Allah telah berfirman :

`sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan (meramaikan ) masjid-masjid Allah itu Cuma orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai hari akhirat,mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,dan tiadalah dia takut melainkan (hanya) kepada Allah.

Allah taala telah berfirman:

`wahai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulNya,dan jangan pula engkau mengkhianati amanah-amanah kamu,sedangkan kamu mengetahui.  (AL-ANFAL:27)

Justeru,bagi suami yang tidak menyuruh isterinya sembahyang  dan tidak mengajarinya,(andai isteri tidak tahu sembahyang),maka sesungguhnya dia telah mengkhianati agama allah dan rasulnya,dan pastilah menerima seksaan daripada Allah.Dengan itu,tiadalah kebaikan pada lelaki(suami) yang tidak menyuruh anak isteri dan keluarganya menunaikan sembahyang,kerana sesungguhnya mereka semua dikutuk dan tertolak dari memperoleh rahmat Allah.
Sebaliknya,bagi isteri yang telah disuruh oleh suaminya menunaikan sembahyang tetapi dia ingkar,maka suami tersebut janganlah menyapanya,(atau memisahkan tempat tidur) ,Ini kerana isteri tersebut telah mendurhakai allah dan rasulnya,dan wajib bagi suami mengatasi masalah isteri yang sebegini.
Bagi anak-anak atau sesiapa sahaja yang berada di bawah tanggungan suami,anda juga wajib memaksa mereka melakukannya.janganlah anda membiarkan mereka meninggalkan atau melengah-lengahkan sembahyang.jika ada yang tidak akur,maka hendaklah mereka dipertakuti dan ditekankan akan dosa serta hukuman yang telah Allah tentukan jika tidak bersembahyang,jika perlu ajarlah mereka secara keras(dirotan),seandainya suami tidak berbuat apa-apa,maka anda tergolong orang yang memperkecilkan kecilkan sembahyang,juga telah memandang ringan hak hak Allah dan agamanya.akibatnya,anda akan dimurkai Allah kerana tidak mengikut perintahNya.maka allah akan menjauhkan diri dari anda dan menolak amalan anda.
Dengan itu,tidaklah cukup jika hanya seorang suami itu sebatang kara sahaja yang bersembahyang sedangkan anak isterinya tidak ikut sembahyang .kerana,seorang suami wajiblah menyuruh isterinya,anak-anaknya,dan kedua ibu bapanya serta seluruh keluarganya agar bersembahyang dalam waktunya dengan cara memberi nasihat secara berhemah atau secara tegas..
Wahai saudara seagama,ketahuilah juga bahawa sebesar-besar dosa besar yang membinasakan ialah meninggalkan sembahyang.Justeru,hendaklah anda segera bertaubat sebelum hilang `peluang’ itu.,kerana sesungguhnya Allah akan menerima taubat daripada  sesiapa yang bertaubat(dengan sesungguhnya) sebagaimana firman s.w.t:

`dan dialah (tuhan) yang menerima taubat daripada para hambanya dan dia mengampunkan daripada segala kejahatan (dosa):sedangkan dia mengetahui apa yang kamu lakukan.’
Justeru itu,wahai saudara seagama,sedarlah anda daripada kelalaian dan perbanyakkanlah rasa sesal dengan baki umur yang ada.janganlah berlengah lengah dan ikutlah jalan sebagaimana orang-orang yang telah bertaubat kepada tuhannya.
Akhir kata,semoga Allah mengampuni penulis dan pembaca warkah ini..penulis menyerahkan segala urusan ini kepada Allah.bagi sesiapa yang telah membaca warkah ini dan dia memahaminya,maka sebagai seorang islam sukacita dan berbahagialah jika anda boleh menyebarkan warkah ini kepada saudara seagama yang lain..
Sekian,wassalam..

Tuesday, September 21, 2010

kAsih SEorang Ayah..

salam semua..cam ner rayer?enjoy?banyak makan kueh raye?dan dapat duit raye x?

lepas balik raye nie, aku rasa cam makin mencurah-curah benda yang aku nak cerita kat sini..heh3..insyaallah,aku akan citer satu-satu..tapi mula-mula aku nak cerita pasal ayah aku..betapa aku terharu bila terkenangkan budi ayah aku nie..sememangnya,bakti seorang ayah takkan pernah habis dan kasihnya kepada kita x kan pernah luntur..

nak tau x?

raya first tue,nak jadik cerita,entah silap makan pe ntah,aku jadik diarrhea..cuba bayang,haru betol!dah la start tengahari plak tue..asyik berulang masuk toilet jer..orang datang,aku x jenguk..baju raye pon x de seri dah..hu3..makanan raya yang mak aku masak pon aku aku x sempat try tau!sedey betol..

masa tue,ayah aku la paling caring..sebab tengok aku asyik diarrhea,ayah aku pon pegi kedai beli ubat pill chi kit teon.Ayah aku siap hulur kat katil lagi..air suam ngan ubat.Aku dah jadik cam pesakit,terbaring kat katil..manja gak aku ni kan!hak3..pastue,setiap masa gak r,ayah aku tanya cmner keadaan aku..malangnyer,memang x der kesan lor ubat tue kat aku..makan dose kedua..but still cmtue gak..

akhirnyer,hari pon malam..tghmalam actually..aku x sembuh2 gak..so,dos ketiga aku makan..time tue,badan aku pon dah panas..ye r,mana x nyer,makan pe pon x..perut kosong jek..fever la aku..makan la paracetamol..
ha,yang tue kak aku plak serve kan..hik3..giler manja aku..(sekali sakala pe salahnyer kan!)

dah name pon sakit,mane la lena tidor..lebey kurang kol 2,aku   muntah..aku ingat time aku g toilet nak muntah,ayah aku terus datang usap belakang aku.otak aku masa tue hanya pikir..Ya Allah,besarnya kasih ayahku..alhamdulillah,sekali tue jek aku muntah..

alhamdulillah lepas kul 3,aku dah bleh lena walaupun perut tue kekadang berbunyi..

esok pagi(raya kedua),aku still diarrhea..so aku makan dose ke 4..masa tue,mak aku masakkan telur rebus..
suapkan aku sekali.. heh3..yang x bleh blah tue,kakak2 aku yang dua org ag tue pon nak jugak..so,suap la mak aku kat kami bertiga..heh3..

lepas tengahari tue,kira aku dah ok skit la..selera makan pon dah ada even masih diarrhea lagi..demam pon dah resolve..so,kire ok la..

yang penting kat sini aku nak bgitau bahawa betapa mak ayah sayangkan kiter. cuma kekadang kite alpa dan masih x puas hati..kita x tahu betapa hidup mereka itu,satu matlamatnyer adalah berfikir untuk kiter..demi kebaikan kiter..
terima kasih ayah!kasihmu akan ku pahat di hatiku selama-lamanya..

~segment ibu akan menyusul sesuai pada masanya nanti pula yer..cuma ari nie fokus pada ayah dulu..heh3..
~aku x puas ati selagi x tau apa punca aku diarrhea sampai makan 3 dose ubat pon x jalan..so aku buat ujikaji..selepas dinilai nilai,aku rasa aku x penah makan kek keju..so,lepas aku sembuh,aku cuba makan sikit kek keju..Hasilnya,aku memang diarrhea..mungkin itu answernye right>hak2..x leh makan kek keju..

Tuesday, September 7, 2010

menjaga hati...

salam semua..
hari nie hari ke27 kite berpuasa.tak sangka cepat juga bulan puasa tahun ni berlalu..dalam tempoh nie jugaklah macam-macam perkara terjadi.,yang menggembirakan ader,yang menyedihkan pon ada..tapi itulah,mungkin itulah dinamakan dugaan ramadhan..sesunngghya aku amat berharap,aku menjadi hamba yang sabar dalam menempuh dugaan.dugaan ini..

terus terang,aku rasa amat sedih sekarang..kepedihan hati aku ini,jika dibedah jantungku,seolah-olah kenampakan ianya berdarah,basah menangis..namun,adakah semua yang melihat mampu mengerti?dan apakah niat di hati bisa difahami ?

sekiranya niat ikhlas di hati di salah erti..
sekiranya badai jiwa meronta di hati dibuat x peduli..
jadilah aku ni seorang di sini..
merawat hati nan luka sendiri..

aku ingin menjaga hati orang disekelilingku,tapi kekadang ada yang x mengerti..ada jugak yang salah erti bila dibebel tentang sesuatu yang pasti..aku membebel bukan kerana aku ingin bersungut,tetapi sekadar ingin membuka ruang hati nya agar dia berfikir untuk orang yang lain..

bila niat menegur disalah erti,membisu sajalah yang terjadi..aku menahan..dan menangis di dalam diam..berdoa agar suatu hari nanti,sense of belonging,semangat kekitaan akan dimengerti oleh dirinya..
tiada yang lebih parah disakiti melainkan apabila kita bergaduh dengan orang2 bermakna dalam hidup kita..
bagi aku,mak ayah aku,adik beradik aku dan kawan-kawan aku lah orang yang bermakna dalam hidup aku..
kawan-kawan dispecifik lagi kepada teman,lebih memberi kesan yang parah..

tetapi itulah teman..sebagaimana melangitnya rasa rawanku,aku x dapat berlama-lama untuk terus membisu..apalagi nabi muhammad ada mengatakan yang kita seumat,se saudara x boleh saling memusuhi melebihi 3 hari..dan percayalah,aku x pernah terlintas memusuhi dirinya..aku cuma ingin biar dia tahu apa yang aku lakukan adalah ikhlas.bebelanku tak lebih seperti nasihat yang ingin aku berikan kepadanya..tetapi,nampaknya,setiap patah kataku dipatahkan..hujahku pasti kecundang..ya Allah,kuatkanlah aku..aku x ingin kehilangan dirinya,.kerana aku amat menghargai persahabatan antara kami..

sekali kutanamkan benih2 persahabatan,akan ku pegang kukuh ke akar bumi..
biar setakat mana hati di sakiti,selagi aku bertahan..aku akan bertahan..
kerana nama sebuah persahabatan..

sahabatku..ketahuilah aku menyayangimu...

Thursday, September 2, 2010

nurse,isteri,pahala dan dot dot dot..

salam sejahtera semua..
apa khabar hari ni ek?moga2 sihat ..maklumlah,hujung-hujung ramadhan nie,keletihan memang terasa sampai ke tulang..kalau dibandingkan dengan awal-awal ramadhan,memang lain benar  rasa penatnyer..aku pon naik heran sampai berkerut-kerut dahi..hehhehe..tapi sebenarnye aku tahu,tu x lain x bukan sebagai ujian Allah kepada kita untuk melihat sama ada hambaNya ni tabah ke x menempuh ujian ramadhan..kalau kite pass ujian nie,beruntunglah kita manakala kalau kite fail,,malanglah kite..iman kena kuat.!!itu yang utama..


sebelum aku  masuk topik asal,aku  melencong la kejap ek!berhubung dengan ujian ramadhan nie kan,kite memang sedia maklum bahwa kita kena sesuaikannya  dengan kerja kita kan!macam kami nurse,perempuan lagi..kerja bukan ringan tau!seawal datang kerja,kami kena kemas katil,tolong pesakit mandi,basuh berak,angkat patient,amik vital sign dan buat dressing..tu x termasuk lagi amik gm monitoring , buat ecg, dan tugas2 stat yang diberi..yang berjela-jela tue adela yang ringan,ader yang berat...tapi yang pasti,semua melibatkan pesakit dan pesakit bukannya ringan!awal-awal lagi,kalau tak berpeluh,memang x sah!tapi kami x pernah terpikir bahawa kesulitan dan kepenatan yang kami lalui memberi tiket kepada kami untuk tidak puasa..sebaliknya,dalam otak kepala aku nie selalu pikir,harap2 apa yang kami buat nie mendapat ganjaran pahala di sisiNya,lagi-lagi dalam keadaan menahan lapar dan dahaga..amin..


begitulah sepatutnya setiap pekerjaan yang lain..tetapi aku yakin,ramai insan kat luar sana mengabaikan rukun islam yang ke 3 nie..paling terdekat la aku bagi contoh ek..ni bukan aku nak mengumpat ker..nak mengata ker,tetapi sekadar tauladan buat kite semua..


kerjanya MR A ni teksi driver..kalau nama teksi driver,mestilah rangkungan kerja tue bawak penumpang,repair kereta je kan..cuba  bandingkan dengan kerja kami..memang jauh beza!!tetapi itulah,mungkin MR A nie rase die layak berbuka kot..jadi,die dengan bangganya bercerita kepada kami bahawa die dah ponteng puasa sehari kerana die hantar kereta die untuk repair..die kate die tolong la sikit-sikit.so die penat lalu berbuka... time tue,aku tergelak dalam hati..selamba badak je die bgitau kami dia tinggal puasa sebab tu jer..huhuhu..tapi aku x der la gelak depan die..aku sengih jer..masa tue la otak aku yang nakal nie kater,fuh,'ader ke patot hantar kereta g repair,die ponteng puasa'memang x patot..x tau la korang kate ape..
tapi bagi aku memang x patut la..harap2 MR A tue akan sedar bahwa alasan untuk die ponteng puasa itu tidaklah "kukuh"..


okey okey jom masuk topik asal..kalau korang baca time siang di bulan puasa,x leh aku kater silalah baca sambil makan snek..tapi kalau baca time malam ker..silakan..heh3..x pon,layanlah lagu kat laptop korang tue..


ingat x aku bgtau,antara tugas nurse nie ialah memandikan dan membersihkan hadas patient?
untuk pesakit perempuan tue aku x kesah sebab antara kami memang saling menghalalkan..masalahnya bila kita terpaksa melakukannya kepada orang lelaki..batasan aurat tue memang kami langgar..kami melihat aurat lelaki,dan kami menyentuh aurat lelaki..aku tahu bahawa kami bekerja..dan nawaitu kami melakukan itu pon semata-mata demi kerja,,kerja memberi keselasaan kepada pesakit..tetapi itulah kekadang terbit gak rasa was-was dalam hati aku..apakah cukup nawaitu kami itu untuk menghapuskan  dosa kami ?apabila kami melihat aurat bukan muhrim kami?


sehubungan tu la,aku sebenarnya sangat berharap bahawa isteri peneman suami,atau anak2 ayah dapat melakukan pekerjaan itu..bukannya ape,,dapatlah mereka memelihara aurat suami mereka/ayah mereka daripada bukan muhrim mereka..


tetapi itulah yang sedihnya,aku x tahu mana yang salah..atau apa yang mereka kurang ngerti..sehingga untuk mencari seorang isteri mencuci berak suaminya sendiri pon susah!apakah mereka jijik kepada suami mereka sendiri atau ape?atau mereka fikir itu pekerjaan nurse,jadi menunggu kami sahaja untuk membuat pekerjaan itu?bagaimana pula dengan halal haram yang sepatutnya mereka ambil kira?


aku masih teringat beberapa kisah  isteri yang menemani suaminya.Adalah sorang tue,nampak kami sahaja,terus menggamit kami.,die mengadu,pampers suaminya tidak bertukar semalaman sudah..die mintak kami tukarkan pampers..kami nurses memang no hal punyer.memang gerenti boleh buat..keutamaan pesakit kan no 1! masa nak tukar pamper,aku tengok kat buttock pesakit ader bed sore ngan duoderm patch.So dlam hati aku kater..'owh patutlah makcik nie x tukar pampers suaminya sendiri..die takut sentuh dressing nie kot'..itulah tanggapan yang aku sengaja jadikan baik untuk mak cik itu..tetapi,,,bila kami buat dressing tue..aku terkejut sangat2..mana taknye,kalau bahagian 'tut'yang kena pampers tue jer kotor x per..sebab x leh bukak pamper kan!ni x..bahagian belakang patient tue kotor sekali..macam dah lama x dilap..Ya Allah,terfikir aku ketika itu.di manakah tanggungjawb seorang isteri di situ?bukankah membersihkan suami ,terutama ketika suami dalam kesusahan seperti itu suatu kewajipan?..melihat keadaan itu,kami pon tolonglah bersihkan pesakit sekali..isterinya di mana time tue?di sebalik skrin..menunggu kami menyiapkan suaminya..lansung tidak menjenguk atau datang menghulurkan bantuan kepad kami berdua yang sudah berpeluh-peluh..nasib baek pakai mask..dapat sorok peluh aku yang dah berlambak nie..


itu satu kes...satu kes lagi..nak bersihkan berak pesakit gak la..anak perempuan  pesakit yang ade kat situ time tue..die datang jenguk  jer..gilir ngan mak die...anak perempuan itu pon dah jadi wanita sebab pesakit tue pon dah berusia emas..datangnya bergaya..itu aku x nak la komen panjang-panjang..yang aku nak citer kat sini,time tue aku sorang jer yang ader dan patient tue dah berak..nak x nak,aku kena mintak tolong wanita tadi tu la untuk tolong aku..lagipon pesakit bukan orang lain..ayah die sendiri kan..yang aku nak citer kat sini..reaksi wajah dier tue yang aku rakam dan ingat sampai hari nie..situasi die lebey kurang cam di bwah nie..


aku : cik,tolong bantu saya tukarkan pamper ayah cik la ye!
anak perempuan : er..kena ker? (dengan muka berkerut dan x senang hati)
aku: ye la..kami nie sebenarnya tolong jer..nanti kat umah,cik yang kena buat nie semua sendiri..


jahat x ayat aku??hak3..bukan ape..saja biar die rase pedas sikit..betol kan aku kater,kat umah,diorang kena wat tue seme..kalau kat spital pon dah kekok..cmner la kat umah nanti..


ader satu kes nie ag,bru jer terjadi..aku tengok ader la seorang patient tue,pak cik pak cik dah,baring sorang2 jer kat katil die ..Tak ader orang jaga pon die,,kesian aku tengok..kerana keprihatinan aku tu,aku tanye la member2 aku yang lain..pasal relatif die..x der yang datang jenguk ker??


member aku pon jawab..ader..semalam anak2 die anak die ada datang..datang pakaiannye vote vote belaka..datang pulak bagi madu..huk hukhuk..tergelak aku...ader gak orang ziarah pesakit pakai baju vote vote nie?x sesuai lansung..aku pon carik2 la madu yang dikatakan member aku tadi tue..memang ader..tapi x terusik pon..sebabnyer..ada yang datang membawa madu,tapi x der yang datang menyuapi madu..itulah pasal madu itu x terusik..termenung aku memikir kan ragam-ragam manusia nie..


kenapa aku terfikir pasal benda halal haram kami bukan muhrim nie menyentuh pesakit ek??ni hasil keterbukaan minda selepas membaca novel 'lafazkan kalimah cintamu'..ade dalam satu part novel tue,memerlukan orang untuk membersihkan berak tuan rumah itu..tuan rumah tue ader 2 orang gaji..dua dua pompuan..dan mereka lah yang berkata dan maksudnya lebey kurang cmnielah (lirik asal x dapt tulis sebab novel tue x de ngan aku sekarang)...;tuan itu lelaki dan kami bukan muhrim..seganlah kami untuk melihat aurat tuan..mereka time tue mengadu kepada anak menantu tuan rumah itu(hero cerita ni la)..nak jadik citer,heroin nie pulak anak buangan tuan rumah..tetapi der la kesnya,dah kawin ngan hero tadi tue dan hubungan mereka memang x ngam..nak jadik citer ag..time berlaku kejadian tadi tue,si heroin yang menjadi anak buangan tuan rumah nie datang..tanpa rasa jijik,die dan  hero tu la yang membersihkan berak tuan rumah tadi tue..nampak kan di situ betapa heroin dan hero tue mengambil peranan penting memastikan aurat ayah mereka tetap terjaga..biarpon mereka di dalam krisis..


jadi semua member2 aku dan yang baca blog nie,,renung-renungkanlah apa yang dah aku sampaikan hari nie..sekiranya ader ahli keluarga kita yang sakit,sudikah kamu membersihkan dirinya?atau kamu juga seperti mak cik mak cik di atas tadi yang merelakan aurat suami dan ayah mereka dilihat oleh bukan muhrim??fikir fikirkan lah...kami nurse memang x kan menolak untuk membersihkan pesakit..kerana jiwa kami telah tersemat untuk memberi yang terbaik untuk pesakit..tetapi kiranya ader ruang yang boleh kami tinggalkan untuk ahli keluarga berbuat bakti,membersihkan pesakit,menyuapi pesakit,menemani pesakit itu adalah ruang-ruang yang kami sediakan..


ingatlah..ketika bercinta..dan ketika menjadi isteri..lafaz cinta diucap..janji akan mengharungi segalanya bersama juga diucap..jadi janganlah ketika sampai detik ini..dirinya yang kau sayangi kau pandang jijik..kerana ingatlah kesabaran seorang isteri melayani suami memperoleh ganjaran yang tinggi di sisi Allah..


anak-anak pula,ingat suatu ketika dulu ketika kita kecil..mereka yang membersihkan kite..jadi,kenapa ketika mereka pula memerlukan khidmat kite,kite mencari yang laen??jijik sangatkah membersihkan najis orang2 tersayang??renung-renung kanlah ek..


herm....cukuplah takat nie..keadaan pon agak panas aku  rasa..nanti2 aku bercerita lagi..
sekian..