Friday, October 29, 2010

SaBar MengHadapi UjiaN..

salam kawan-kawan..hari ini aku kongsikan satu lagi bab dalam buku `40 Amalan Wanita ke pintu syurga'.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..amin..tajuk hari ini.`Sabar menghadapi ujian'..
**********************
hadith ditakhrij oleh Abu Daud nombor 3092:
"Daripada Ummu Al-Ala',dia berkata:`Rasulullah SAW menjengukku tatkala aku sedang sakit,lalu beliau berkata `gembiralah wahai Ummu Al-Ala'.Sesungguhnya sakit orang muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya,sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak.

wahai saudara muslimahku!Sudah tentu engkau akan menghadapi cubaan di dalam kehidupan ini.Boleh jadi cubaan itu menimpa lansung pada dirimu atau suamimu atau anakmu ataupun anggota keluargamu yang lain.Tetapi justeru di situlah akan nampak kadar imanmu.Allah menurunkan cubaan kepadamu,agar Dia dapat menguji imanmu,apakah engkau akan sabar atau engkau akan marah-marah,dan adakah engkau redha terhadap takdir Allah?yang ada dihadapanmu ini disampaikan rasulullah SAW,tatkala menasihati Ummu Al-Ala'ra..seraya menjelaskan kepadanya bahawa orang mukmin itu diuji oleh tuhannya agar Dia menghapus kesalahan dan dosa-dosanya.

selagi engkau memperhati kandungan kitabullah,tentu engkau akan mengdapati bahawa yang dapat mengambil manfaat dari ayat-ayat dan mengambil nasihat darinya adalah orang-orang yang sabar,sebagaimana firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung.Jikalau Dia kehendaki,Dia akan menenangkan angin,maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya)bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur.".                                           (asy-Syura :32-33)

Engkau juga akan mendapati bahawa Allah memuji orang-orang yang sabar dan menyanjung mereka dengan firmanNya:"Dan,orang-orang yang sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan ,mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.     (Al-baqarah:177)

Engkau juga akan tahu bahawa orang yang sabar adalah orang-orang yang dicintai Allah sebagaimana firmanNya:"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar"                 (Ali-Imran:146)

Engkau juga akan mendapati bahwa Allah memberi balasan kepada yang lebih baik kepada orang-orang yang sabar dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya dan melipatgandakannya tanpa terhitung.Firmannya:"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang telah mereka kerjakan"                       (An-Nahl:96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

Bahkan engkau akan mengetahui bahawa keberungtungan pada hari kiamat dan keselamatan dari neraka akan menjadi milik orang-orang yang sabar.Firman Allah:"Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu,(sambil mengucapkan):"salamun'alaikum bima sobartum",Maka alangkah baiknya tempat kemudahan itu."                                                                      (Ar-Ra'd : 23-24)

Benar,semua ini merupakan balasan bagi orang-orang sabar dalam menghadapi cubaan.Lalu kenapa tidak?Sedangkan orang mukmin selalu dalam keadaan yang baik?

Dari Suhaib radiyallahu 'anhu,sesungguhnya Rasulullah SAW berkata:
"Sesungguhnya menakjubkan urusan orang mukmin.Sesungguhnya semua urusannya baik adalah baik.Apabila mendapat kelapangan,maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya.Dan apabila ditimpa kesempitan,maka dia bersabar,dan itu kebaikan baginya."

Engkau harus tahu bahawa Allah mengujimu menurut kadar iman yang engkau miliki.Apabila kadar imanmu berat,Allah akan memberikan ujian yang lebih keras.Apabila ada kelemahan dalam agamamu,maka cubaan yang diberikan kepadamu juga lebih ringan.Perhatikan riwayat ini:

"Dari Sa'id bin Abi Waqqash r.a dia berkata:`Aku pernah bertanya : wahai rasulullah,siapakah orang yang paling keras cubaannya?beliau menjawab"Para nabi,kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi.Maka seseorang akan diuji menurut agamanya.Apabila agamanya merupakan (agama ) yang kuat,maka cubaanya juga berat.Dan ,apabila di dalam agamanya ada kelemahan,maka dia akan diuji menurut agamanya.Tidaklah cubaan menyusahkan seseorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas muka bumi dan tidak ada satu kesalahanpun pada dirinya."

"Dari Abu Sa'id Al-Khudry r,a,dia berkata: "Aku memasuki tempat rasulullah SAW,dan beliau sedang demam.Lalu kuletakkan tanganku di badan beliau.Maka aku merasakan panas di tanganku di badan beliau.Maka aku merasakan panas di tanganku dia atas selimut.Lalu aku berkata"Wahai Rasulullah,alangkah kerasnya sakit ini pada dirimu".Beliau berkata: " Begitulah kami (para nabi).Cubaan dilipatgandakan kepada kami dan pahala juga ditingkatkan bagi kami"Aku bertanya,:"Wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling berat cubaaannya?Beliau menjawab:"para nabi."Aku bertanya "Wahai Rasulullah,kemudian siapa lagi?" Beliau menjawab:"kemudian orang-orang yang soleh".Apabila salah seorang di antara mereka diuji dengan kemiskinan,sehingga salah seorang di antara mereka tidak mendapatkan kecuali (kecuali)mental yang dia himpun.Dan apabila salah seorang di antara mereka sungguh merasa senang  kerana cubaan,sebagaimana salah seorang dia antara kamu yang senang kerana kemewahan."

Dari Abu hurairah r.a ,ia berkata:Rasulullah SAW berkata:
"Cubaan tetap akan menimpa diri orang mukmin dan mukminah,anak dan juga hartanya,sehingga dia bersua dengan Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun."

Jika engkau bertanya:Mangapa orang mukmin tidak menjadi terbebas kerana keutamaannya di sisi Tuhannya?dan kami menjawab:

Sebab Tuhan kita hendak membersihkan orang mukmin dari segala maksiat dan dosa-dosanya.Kebaikan-Kebaikannya tidak akan tercipta kecuali dengan cara ini.Maka Dia mengujinya sehingga dapat membersihkannya.Inilah yang diterangkan Nabi SAW,terhadap Ummu -Ala' dan Abdullah bin Mas'ud.Abdullah bin Mas'ud pernah berkata:"Aku memasuki tempat Nabi SAW dan beliau sedang demam,lalu aku berkata:"Wahai Rasulullah,sesungguhnya engkau sungguh menderita demam yang sangat berat."

Rasulullah SAW berkata : "Benar.Sesungguhnya aku demam seperti dua orang di antara kamu yang sedang demam".

Abdullah bin Mas'ud berkata :"Dengan begitu,bererti ada dua pahala bagi engkau?"

Beliau menjawab:"Benar".kemudian beliau berkata:"Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit dan juga yang lainnya,melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu,sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."

Dari Abu Sa'id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a,kedua-duanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seorang mukmin ditimpa sakit,letih,demam,sedih,hingga kekhuatiran mengusiknya,melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya."

Sabar menghadapi sakit,menguasai diri kerana kekhuatiran dan emosi,menahan lidahnya agar tidak mengeluh,merupakan bekal bagi orang mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.Maka dari itu sabar termasuk dari sebahagian iman,sama seperti kedudukan kepala bagi badan.Tidak ada iman bagi orang yang tidak sabar,sebagaimana badan yang tidak ertinya tanpa kepala.Maka Umar bin khattab r.a berkata:
"Kehidupan yang paling baik ialah apabila kita mengetahuinya dengan berbekal kesabaran."

Maka andai kata engkau mengetahui tentang pahala dan berbagai cubaan yang telah dijanjikan Allah bagimu,tentu engkau boleh bersabar dalam menghadapi sakit.Perhatikanlah riwayat berikut ini:

Dari Ata' bin Abi Rabbah,dia berkata:"Ibnu Abbas pernah berkata padaku:"Mahukah ku tunjukkan kepadamu seorang wanita penghuni syurga?"aku menjawab"ya".Dia(IBnu Abbas) berkata:"Wanita berkulit hitam itu pernah mendatangani Nabi SAW seraya berkata:"Sesungguhnya aku sakit ayan(sawan) dan auratku terbuka.Maka berdoalah bagi diriku." Beliau berkata:"Apabila engkau menghendaki,maka engkau boleh bersabar dan bagimu adalah syurga.Dan,apabila engkau menghendaki,engkau boleh berdoa sendiri kepada Allah hingga Dia memberimu afiat'.Lalu wanita itu berkata:"Aku akan bersabar."Wanita itu berkata lagi:"Sesungguhnya (auratku)terbuka.Maka berdoalah kepada Allah bagi diriku agar auratku tidak terbuka."Maka beliau pun berdoa bagi wanita tersebut.

Perhatikanlah,ternyata wanita itu memilih untuk bersabar menghadapi penyakitnya dan diapun masuk syurga.Begitulah yang semestinya engkau ketahui,bahawa sabar menghadapi cubaan dunia akan mewarisi syurga.Di antara jenis kesabaran menghadapi cubaan ialah kesabaran wanita muslimah kerana diuji kebutaan oleh Tuhannya.Di sini pahalanya jauh lebih besar.

Dari Anas bin Malik,dia berkata:

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkata:"Sesungguhnya Allah berfirman:Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan),pada kedua matanya,lalu dia bersabar,maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga."

Maka engkau harus mampu menahan diri tatkala sakit dan menyembunyikan cubaan yang menimpamu.Al-udhail bin Iyadh pernah mendengar seseorang mengadu tentang cubaan yang menimpanya.Maka dia berkata kepadanya:"Bagaimana mungkin kamu mengadu sesuatu yang merahmatimu kepada orang yang tidak memberikan rahmat kepadamu?"

sebahagian orang salaf yang soleh berkata:"Barangsiapa yang ,mengadukan musibah yang menimpanya,seakan-akan dia mengadu kepada Tuhannya."

Yang dimaksudkan dengan mengadukan di sini bukan menceritakan masalah penyakit kepada doktor yang mengubatinya.Tetapi pengaduan itu merupakan gambaran penyesalan dan penderitaan kerana mendapat cubaan dari Allah,yang dilontarkan kepada orang yang tidak mampu mengubati,seperti kepada kawan atau tetangga.

Orang-orang salaf yang soleh dari umat kita pernah berkata:"Empat hal termasuk simpanan syurga,iaitu menyembunyikan musibah,menyembunyikan (merahsiakan)sedekah,menyembunyikan kelebihan dan menyembunyikan sakit."

Wahai saudara muslimahku!Selanjutnya perhatikan Ibnu Abdi Rabbah Al-Andalusi:"Asy-Syaibany pernah berkata:"Temanku pernah memberitahu kepadaku seraya berkata:"Syuraih mendengar semasa aku mengeluhkan kesedihanku kepada seorang kawan.Maka dia memegang tanganku seraya berkata:"Wahai anak saudaraku,janganlah engkau mengeluh selain kepada Allah.Kerana orang yang keluhi itu tidak lepas dari kedudukannya sebagai teman atau lawan.Kalau dia seorang teman,bereti engkau membuatnya berduka dan dia tidak boleh memberimu manfaat.kalau dia seorang lawan,maka dia akan bergembira kerana deritamu.Lihatlah salah satu mataku ini',sambil menunjuk ke arah matanya,"Demi Allah,dengan mata ini aku tidak pernah dapat melihat seorang pun,tidak pula teman sejak lima tahun yang lalu.Namun aku tidak pernah memberitahukannya kepada seseorang hingga saat ini.Tidakkah engkau mendengar perkataan seorang hamba yang soleh (ya'qub):"Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku."Maka jadikanlah Allah sebagai tempatmu mengadu ketika ada musibah yang menimpamu.Sesungguhnya Dia adalah penanggungjawab yang paling mulia dan yang paling dekat untuk dimohon do'a."

Abud darda' r.a berkata:"Apabila Allah telah menetapkan suatu takdir,maka yang paling dicintai-Nya adalah meredhai takdir-Nya"

Perbaharuilah imanmu dengan lafaz la ilaha ilalllah dan carilah pahala di sisi Allah kerana ujian yang menimpamu.Janganlah sekali-kali engkau berkata."Andaikan hal ini tidak terjadi",tatkala menghadapi takdir Allah.Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali dari sisi Allah.

sekian..........

bahan bacaan kegemaranku..


Aku ini memang gemar membaca novel..terutamanya novel thriller dan novel cinta.Ketika aku kecik2 dulu,aku suka baca buku-buku cerita penyiasatan bersiri seperti siri salma/nancy drew,siri lima sekawan oleh enid bluton,siri penyiasat muda oleh Alfred hitchok dan juga siri Hadi..kesemua bahan bacaan ini amat menarik..Aku baca buku-buku ini berulang-ulang sehinggalah aku remaja..


ha..ni la koleksi buku cerita time kanak2 aku..tetapi,yang ader kat sini dah kurang dah..banyak dah hilang.Tenggelam time banjir la,lupa letak la,and ntah!haha






Bila remaja,aku still suka baca cerita-cerita penyiasatan.novel cinta pun aku baca,cuma minat aku ni  lebih ke arah penyiasatan.Aku  ingat lagi,ketika form 4,aku  amat menggemari novel penyiasatan orang puteh yang telah diterjemahkan kepada bahasa melayu.Kulitnya berwarna hitam..Kisah penyiasatan dilakukan oleh seorang detektif professional.Pembunuhannya memang kompleks..jalan ceritanya juga penuh dengan teka teki..memang I like!judul-judul dalam sirinya termasuklah parti halloween,pembunuhan di Mesopotamia,Pembunuhan di sungai Nil dan banyak lagi.

BIla aku  menginjak kaki ke kolej,aku  menemukan arah minatku  terhadap penulisan tempatan.Sekiranya sebelum ini aku  hanya meyakini hasil karya tempatan berbentuk percintaan,kini tidak lagi..Mencuba rasa pahit manis dalam novel thriller karya Ramlee Awang Murshid,aku dapat nyatakan,novel RAM memang secukup rasa..karyanya memang suspen,mendebarkan dan tidak kurang juga,memang penuh dengan unsur-unsur islamik..itu yang membezakan karya Ram dengan karya-karya luar negara..karya-karya luar negara hanya menyajikan penyelesaian berbentuk duniawi,namun tidak pada karya Ram..dia menekankan penyelesaian dari kedua-dua aspek,iaitu duniawi dan akhirat..memang tidak rugi untuk menjadi penyokong setia karya Ram..

karya-karya terbaik hasil daripada Ram bagi aku  ialah bagaikan puteri..novel itu benar-benar menyuntik jiwa rohaniku..bukan sahaja aku  terpesona dengan imaginasi Ram,tetapi elemen elemen yang disuntik dalam karya itu juga menyebabkan aku  terfikir untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik..itulah penangan novel karya Ram..

ha,ni plak novel2 yang ader ngan aku..Adam ngan Ungu karmila x disertakan sebab ader kat kolej..yang lain dah bawak balik kampung..hehe..

Antara karya-karya RAM yang telah menjadi koleksiku  ialah:




1)bagaikan puterti
2)cinta sang ratu
3)hijab sang pencinta
4)cinta sufi
5)tombiruo
6)semangat hutan
7)tombiruo terakhir
8)ungu karmila
9)ranggau
10)rahsia perindu
11)ADAM
12)satu janji
13)mandatori
14)mikhail
15)9 nyawa

16)hatiku di harujuku

selepas ini,rayyan fantasi pula akan diterbitkan tak lama lagi..tak sabarnya..moga-moga aku  sempat membeli novelnya cetakan pertama..hehe..

okeyla..itulah sedikit sebanyak mengenai kecintaan aku  terhadap bidang2 novel ini..

ha..sekiranya ingin mencari novel cinta,novel andai itu takdirnya..lafazkan kalimah cintamu dan pergilah air mata,juga karya-karya menarik yang dapat aku  syorkan..okey..sekian.. 


Wednesday, October 20, 2010

hospital idamanku..

salam kawan-kawan..hari ni aku nak kongsi lagi minat aku bersama korang semua..aku nak bagitau korang tempat idamanku untuk bekerja..
ha..aku ni kan memang anak jati gua musang..so,aku memang nak sangat berkhidmat balik kat situ bila ku dah graduate nanti..tapi tu la..ader rezeki,ader la..kalu x der..nak wat ganer kan..redha je la..
hari tue,kkm dah mintak isi tempat untuk bertugas..so,aku mintak kelantan 2 kali..ngan HKL sekali..HKL tue kira back up plan la..lau x dapat kelantan..dapat kl pon jadi la...dekat sikit nak balik..x gitu??

so,di bawah ni la gambar hospital gua musang yang terbaru..moga2 dapatlah aku berkhidmat kat situ yer suatu hari nanti!




sebenarnya,apa yang istimewa sangat kat gua musang nie yer??

gua musang ini..tempatnya mendamaikan..dulu,ketika ku masih kecil..kala aku stress ker..bosan ker..aku akan   pandang gua..aku akan pandang gunung..aku akan pandang hutan..aku akan pandang langit..dan aku pon gembira..

paling istimewa..kat gua musang inilah aku membesar..aku skolah kat sini..dan aku bermain pon kat sini..sungguh aku menyayangi daerah ini..

sekarang,aku memang dah berpindah ke kuala krai..tapi hatiku..semangatku telah tertinggal di gua musang..maka itu,suatu hari nanti,aku akan kembali ke sini..
nantikan aku pulang,gua musang!









Wednesday, October 13, 2010

sentiasa mengingati Allah..

salam kawan2..
aku kongsikan di sisi satu chapter dari buku yang aku baca..semoga,dengan penambahan sedikit ilmu ini,jiwa kita yang sering lupa dan alpa,dapat dipulihkan..


Seorang wanita mukminah yang ikut hijrah,Yusairah r.a berkata:`Rasululluah,berkata kepada kami para wanita,Alaikunna' Ini merupakan ism (bentuk kata benda) yang menunjukkan kata kerja,dengan pengertian : hendaklah kamu mengerjakan.Tasbih adalah ucapan Subhanaallah.Tahlil adalah ucapan Lailahaillah dan taqdis adalah ucapan Subhanal-malikil-quddus,ataupun ucapan Subbuhun quddusun rabbul-malaikati war-ruhi.


Perkataan beliau `Wa a' qidna bil-anamili' maksudnya hitunglah bilangan tasbih beberapa kali dengan menggunakan jari-jari.Ini sudah jelas tentang menghitung dengan menggunakan setiap jari tangan.jari-jari itu kelak akan berfungsi seperti anggota -anggota tubuh badan yang lain.Ia akan ditanyai pada hari kiamat tentang penggunaanya.Perkataan beliau `mustantaqat' maksudnya akan berbicara kerana ia dijadikan boleh berbicara pada hari kiamat.Lalu ia akan memberi kesaksian kepada pemiliknya,atau justeru ia akan menuntutnya dari apa yang pernah dilakukannya.Sedangkan jari-jari orang mukmin ,tentu akan memberi kesaksian yang baik kepadanya dan jari jemari orang kafir akan memberitahukan kekufurannya.


Di dalam peringatan ini terkandung anjuran agar menggunakan semua anggota tubuh dalam hal-hal yang diredhai Allah.


Kemudian,Rasulullah SAW melanjutkan wasiatnya kepada para wanita,seraya berkata:


`Dan janganlah lupa' maksudnya lupa zikir.Jadi,janganlah engkau lupa melaksanakan zikir,yang akibatnya engkau akan melupakan rahmat atau meninggalkan rahmat.Maksud melupakan rahmat di sini ialah melupakan sebab-sebab yang mengdatangkan rahmat.Dengan kata lain,engkau meninggalkan zikir.Sebab jika engkau meninggalkan zikir,bereti engkau mencegah datangnya pahala zikir tersebut,yang seakan-akan engkau meninggalkan rahmat.Zikir ialah kehidupan bagi hati,cahaya bagi menerangi pandangan mata,awan kesedihan pun akan sirna kerananya.


Maka perbanyakkan lah tasbih dan takbir dalam setiap perbuatanmu,baik ketika bersendirian mahupun terang-terangan,pada waktu malam mahupun siang,di manapun dan bilapun engkau berada,agar engkau beruntung mendapatkan keredhaan Allah.

Tuesday, October 12, 2010

perjalanan pergi balik nilai>kl>nilai

salam kawan-kawan..
dah lama rasanya aku x tulis blog nie kan..maaflah,condition x mengizinkan..hehe..tetapi,hari nie aku tampil lagi dengan blog yang terbaru..perkaranya sepertilah yang di atas itu.Apa yang aku ceritakan ini mungkin bukan info,juga tidak berkaitan dengan nurse mahupun dengan srikandi..tetapi lebih sebagai pemerhati jalanan..bukankah sudah termaktub,jauh perjalanan luas pandangan??

jadi,perjalanan aku bermula seawal 6 petang dari kolej..naik bas kolej sampai ktm nilai then terus naik tren ktm sampai kl central.kol 7.55 aku sampai kl central..aku terus dial nombor kakak aku..wah shahdu dapat jumpa kakak aku..hehe..tapi yang wajib harus diutamakan..surau terus dicari dan sembahyang maghrib terus dilaksanakan..

lepas tue,kami meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT ke stesen universiti.Dari situ,kami naik pulak bas ke bukit angkasa..hahaha..tapi kerana kakakku itu tersilap pandang,kami bukan ke bukit angkasa,tetapi ke mid valley..silap naek bas daa..hehe..tergelak guling guling aku..so,terpaksalah kami dari mid valley amik teksi..huh!ni satu agi..aku kan x penah tunggu teksi kat mid valley tue,kire malam tue la first time kan..Ya Allah,rupenye saper yang nak naik teksi kat situ,kena beratur....panjang plak tue..ish3..x nak aku tunggu teksi kat situ agi..aku pon dok congak2,banyak jugak rezeki driver2 teksi nie hari2..mane x nyer..setiap kali bawak orang,paling ramai dua orang..pelanggan memang x perlu dicari..customer yang cari diaorang..best kan!

akhirnya,kami pon tiba ke flat kakak ku..perutku yang lapar terus menyanyi nyanyi..lagu doom gitu..heheh..so,kami direct terus ke gerai makan..aku makan nasi puteh ,tomyam ayam ngan telur dadar..air carrot susu pulak minuman aku..wah..sedap..kenyang aku malam tue..alhamdulillah..

sesampai umah kakak ku,aku tengok member2 kakak aku alias house mate nyer tengah tengok citer predator..aku pon ape agi,terus join sekali la..hehe..kemudian cam besa lah,kehidupan manusia..tido..esok,kami nak berjalan-jalan agi..


sabtu

hari jalan2 sedunia..heh3..aku,kaktie ngan kawannyer kak wani jalan2..mid valley jer..huhu..biasalah,orang pompuan,suker jalan2..keje aku banyak meneman je..beli pe pon tidak..benda yang berkaitan dengan aku cuma makanan hari tue dekat mid tue..hehe..iaitu time makan dan time makan ice cream mcdonald..hehe..sedapnyer ice cream...

jalan punyer jalan,kami tiba di rumah pukul 7 malam..penatnyer aku rase..tapi aku puas sebab dapat jalan2 ngan kakak aku..hehe..malam tu,walau perut dah kenyang,demi sup yang sedap,aku turun agi ngan kakak aku kat bawah..kami makan sup campur ngan nasi dan telur dadar,sekali dengan sambal belacan daa..nyumi..memang sedap..sampai sekarang,mulut aku riuh cerita kat member2 aku pasal kesedapan sup nyer tue..heh3..

akhirnya hari ahad menjelang tiba..tandanya aku harus mengucapkan goodbye untuk kakak aku.,dia kerja plak ari nie..sesungguhnya aku respect giler la kat kakak aku,memang hardworking..so,perjalanan aku balik nilai pon bermula..

ketika aku dalam train LRT dari stesen bangsar ke kl central ,aku berdiri..kira,masa kat bangsar tue,aku naik skali ader la ngan wanita2 yg aku kira dalam lewat 30 an kot 3 orang..dalam train tue,nasib baiklah x padat sangat..kira nakjadik cerita,sebaik seorang mat saleh yang tegap terlihat wanita2 itu,dia terus bangun dari duduknya dan offer wanita itu untuk duduk..wah!so gentleman..tetapi,bukan itu yang terlintas di benak aku sebenarnyer..Sebaliknye,ketika kejadian itu berlaku,otak aku yang berselirat nie terus menelaah perbuatan berbudi bahasa mat saleh tadi..yelah,bukan nak memuji warga asing,tetapi seingat aku,kalau nak tengok orang kiter wat cmtue cam susah jer..kalau untuk warga emas dan wanita mengandung tu mungkin senang nak jumpa,tetapi untuk wanita biasa,susah kot..sejenak aku terfikir,apakah tahap pembelajaran orang asing dalam menghormati  kaum wanita lebih tinggi berbanding di negara kita???

kemudian,aku naik ktm pulak ke nilai..dalam ktm tue,aku duduk dalam lady cotch..tetapi yang aku heran.ader gak lelaki kat dalam gerabak nie..ntah diorang nie x reti baca ker..x reti olah simbol ke....x reti bahasa??hahaha..tapi,nak salah diorang seratus peratus pon x leh gak sebab ader gak golongan wanita yang x kesah..bukan aku x kompromi..aku x lah tengking lelaki dlam tue,aku diam jek..tetapi,kalau ader wanita sajer suruh laki dok situ,hati aku marah2 la jugak..

naper aku cakap cmnie??sebabnye masa tue,ader la sekumpulan lelaki tue,aku rase lelaki2 thailand kot,dah tersedar lah diorang tue dah salah gerabak..so,diorang pon berderet la nak migrate ke gerabak laen kan..kire bagus la..tapi.....................,ader plak wanita tue,die kater`takper,duduk je sini..x yah pindah..'dengan berapa kali ulangan dan bersungguh sungguh..hai,cm nak makan cili gak wanita tue..orang dah baik2 nak beredar,lagi satu meter nak sampai pintu penghubung,dah x jadik migrate..hurm..macam2 betol!!

akhirnya kol 12,aku pon sampai ke nilai..alhamdulillah,perjalananku pergi balik selamat..dengan itu juga,tamatlah juga perjalanan singkat aku dari kl ke nilai..sekian..