Tuesday, November 30, 2010

wanita pemilik matahari???



SubhanaAllah..cantiknya pemandangan ciptaan Allah..matahari dicipta sebagai hamba Allah..dia menurut perintah dari Allah sahaja.Kerana ketaatan itulah,dia duduk kekal di tempatnya,dan terus memberi cahaya galaksi bima sakti ini..memberi cahaya untuk menerangi bumi..


namun begitu,sekarang nie macam2 dakwaan dilakukan..aku yang selama ini menatap keindahan ciptaan Allah itu tetiba membaca berita menyatakan adanya seorang wanita yang mendakwa pemilik matahari..


pelik??


 Tapi itulah yang telah terjadi..Aku pon hairan bin ajaib..mula2 time aku baca berita tue,aku ingatkan matahari yang dimaksudkan itu nama syarikat ker,nama orang ker,nama makanan ker kan..alih2 betol la syakwasangka aku yang x logik tue..seorang wanita dari Madrid mendakwa telah mendaftar namanya sebagai pemilik matahari..


haish..dahsyat betol la pemikiran dia..aku pelik tol cam ner dia nie leh terfikir nak jadikan planet yang memang ternyata milik Allah nie,sebagai milik dia..


Sesungguhnya,segala yang ada di langit mahupun di bumi..juga segala kehidupan di cakerawala..dan segala galanya ini milik Allah SWT sahaja..tiada yang lainnya..itu yang aku rasa nak tergelak dengar ader orang dakwa camnie..


berita nie aku baca dari keratan akhbar KOSMO bertarikh 29 nov 2010 bersamaan hari isnin..page 45.ha,lau jumpa akhbar tue..bacalah..conform korang pon terkejut..bukan terkejut kagum..terkejut bengang..ader orang yang buat camtue!


Menurut akhbar tue lagi,Wanita yang bernama Duran,49 tahun itu juga menyatakan  bahawa dia ingin mengenakan cag kepada setiap orang yang menggunakan matahari..NONSENSE!!!


berita selanjutnya bolehlah dibaca di akhbar KOSMO ye..


tapi tu la..memang mengarut..dah memang sah planet2 di dunia ini bukan manusia yang punyer..tetapi milik Allah semata-mata,tergamak dia mengaku miliknya dan mengenakan cag plak??memang mengarut..aku harap,nanti dia akan tersedar dari perbuatan karutnya itu..


di bawah aku sertakan keratan akhbar KOSMO tersebut..



sekian..

Monday, November 29, 2010

Ulu Kinta Menggamit rindu..

Salam kawan2 semua..

Tetiba plak aku rasa rindu..rindu bila ingat balik kenangan waktu kat Ulu Kinta  sem lepas..memandangkan aku cuti lama kat umah,so aku menaip banyak la bendanya kat blog aku nie..dikumpulkan dan disiarkan serentak sekarang..hehe..niat aku bukan aper..sajer nak lepaskan buah fikiran ke..rindu ke..(yang boleh diberitahulah kan) kat sini..Buat kawan2 yang turut bersama denganku time kat ipoh sem lepas,mesti rindu jugak kan time tue!So..lets we refresh our memory together gether..haha..

Sebenarnya,journey kitaorang ke perak sebab kami semua ditugaskan untuk melihat sendiri keadaan pesakit yang menghidap penyakit mental.Selain itu,kitaorang juga diberikan assignment untuk disiapkan secara berkumpulan..memang excited la pegi sana..ini adalah pengalaman yang baru bagi kami..sebelum nie,kami Cuma mendengar cerita Sir Vinthai jer tentang pesakit2 mental nie..so,memang aku x sabar la nak tengok the real condition of the patient..hehe..

Perjalanan ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dari Nilai melalui lebuhraya utara selatan.Sepanjang perjalanan,kami singgah di perhentian sebelah rawang dan beberapa perhentian kecil yang lain.Sempat aku dan kawan2 menjamu selera nasi goreng dan nasi lemak.Perjalanan kami sebenarnya baru sahaja bermula..
Di Ipoh,kitaorang di tempatkan di Taman Perdana ,Tanjung Rambutan.Kawasan perumahan tue masih baru.Rumah kami juga amat selesa.Pemandangan sekitar memang memenuhi citarasa aku.Tersangat indah dan menggamit rinduku kepada kampong halamanku di Gua Musang.Udara sekitarnya juga bersih..terasa di pipiku angin perbukitan..tersangat menyegarkan..I love It!Dari tingkap rumahku sahaja,aku dapat melihat gunung ganang nun jauh di sana.Begitu gah menaungi bumi perak ini..Subhanallah..indahnya ciptaan Tuhan!Aku still remember,pagi2 sebelum bas sampai,aku pasti akan mengambil gambar pemandangan sekitar situ..Pemandangannya memang ajaib..so piece..so beautiful..

Gambar kat atas nie aku amik di suatu pagi selepas hujan..Suasana sungguh tenang..mengurangkan tekanan di jiwa..even sekarang,aku tengok jer gambar nie,,aku jadik tenang..Itulah fungsinya ciPtaan Allah nie..menenangkan fikiran serta jiwa..dan mendekatkan diri kepada Allah dengan memuji-muji ciptaanNya..Subhanallah..

Pelangi..warna warni di langit nan luas....suatu lagi keindahan Alam ciptaan Allah yang Maha Besar..

KENANGAN DI HOSPITAL BAHAGIA

Kami akhirnya menjejakkan kaki ke HBUk itu..hospital bahagia ULu Kinta atau hospital Tanjung Rambutan itu merupakan hospital mental pertama yang ditubuhkan di Malaysia.Keluasannya 544  ekar dan menempatkan 80 wad .Selain daripada bangunan untuk hospital itu sendiri,kawasan hospital itu turut menempatkan kolej dan penempatan tetap Pembantu Perubatan Pelatih Ulu Kinta.

Di Sini,kami dipantau oleh CI Delima dan sister2 wad kami.Kami diagihkan kepada 4 kumpulan.Kami akan berada di satu wad selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad yang lain.Mula2,group kami ditempatkan di wad 5A selama 5 orang.Wad ini merupakan wad tinggal lama iaitu wad yang menempatkan pesakit mental yang akan terus menetap di hospital bahagia ini sampai ke akhir hayat mereka.Biasanya,pesakit yang tinggal di sini ialah pesakit yang sudah tiada tempat bergantung sekiranya dihantar pulang kepada masyarakat,sama ada tidak ada family members ataupun family members mereka tidak ingin menerima mereka.Jadi,mereka akan tetap tinggal kekal di HBUk ini.

Sepanjang menjaga pesakit dan menimba pengalaman di wad tinggal lama nie,bermacam2 gelagat dapat kami tengok.Ada pesakit yang suka berjalan mundar mandir,ada yang suka menyanyi,ada yang senyap sangat2 dan ada yang agresif.Mereka semua nie ditempatkan dalam satu bangunan yang panjang,katil disusun berderet deret kanan dan kiri.Bilik air hujung sekali.Tingkap mereka pula berjaring besi yang tebal.Tingkap kaca tidak digunakan untuk tujuan kesihatan.Hujung sebelah sana pula menempatkan bilik istirehat mereka.Di sana,ada TV,ada radio dan alat2 permainan.

Di sana,3 golongan staff yang akan sering berhubungan dengan pesakit ialah doctor,staff nurse dan Pembantu kesihatan.Berbeza dengan hospital biasa yang meletakkan nurse sebagai staff paling rapat dengan pesakit,hospital bahagia meletakkan pembantu kesihatan sebagai orang yang paling rapat dengan pesakit.Mereka digelar `kepala’ oleh pesakit2..setiap arahan mereka akan diikuti..

Tidak dinafikan,apabila disebut nama pesakit mental,pastilah kebersihan tidak dapat diurus dengan sempurna.Walaupun cleaner sering sahaja membersihkan wad dan kawasan sekeliling,bau najis kekadang tetap lekat.Bukan  sahaja bau,malah lantai2 dan dinding2 wad itu sudah terconteng dengan `cat’kekal yang sungguh lawa..hehe..

Walaupun begitu,banyak gelagat pesakit2 di sini yang mencuit hati kami.Yang paling aku ingati ialah Asmah.Dia sungguh comel..selain menghidap penyakit mental,dia turut menghidap penyakit kebongkokkan.Bagaimanapun,dia memang sangat menyenangkan.Dia suka menyanyi lagu dulu2..suaranya okey..kami terhibur!satu lagi perangainyer yang mencuit hati ialah dia suka merajuk.Kalau dia melihat kami mesra dengan pesakit lain lebih sikit,dia akan merajuk..dan kami akan cuba memujuk..kalau kami Berjaya,kami akan melihat dia tersengih girang kembali..

Ada juga pesakit yang bertindak sebagai ketua..mengatur kerja untuk kawan2nya yang lain.Ha,jangan terkejut ..tetapi sebenarnya mereka menjalani hidup mereka dengan aman dan penuh kesepakatan.masing2 tahu kerja mereka..yang basuh pinggan akan membasuh semua pinggan sesudah makan..dan mereka juga membasuh baju mereka sendiri!
Bagaimanapun,pesakit yang agresif,atau yang dikhuatiri akan menyakiti diri sendiri atau orang lain akan diikat di kerusi atau di dinding.Mereka tergolong dengan golongan yang akan memakan najis sendiri,yang akan menerkam orang ataupun yang akan mengutip benda2  kotor di lantai..bagaimanapun,mereka tetap tidak disisihkan..bila tiba masa makan,kami akan menyuap mereka makan.Mereka makan dengan bersungguh sungguh,membuatkan kami merasa seron0k untuk memberi mereka makan.

Pastinya,kedatangan kami harus memberikan sesuatu kepada mereka..bukan dalam bentuk kebendaan,tetapi suatu keceriaan..itulah yang sering aku fikirkan..maka aku still ingat petang itu..pesakit2 kelihatan kebosanan..yang turut bermain menyusun abjab dengan kami pon kelihatan sudah bosan..aku harus buat sesuatu yang menghiburkan mereka!and hah! ideaku datang.mungkin akan kelihatan bodoh di mata pekerja2 di situ,tetapi memandangkan di sini memang sesuatu yang lucu x kan diketawakan,apa salahnyer aku buat muka selamba..so,menggunakan pesakit2  yang telah ada di bilik rehat itu,aku mula menyanyi(biar suara x sedap pon)..sambil menyanyi dan menari,aku mengajak mereka saling melaga-lagakan pin bowling sesame sendiri..hasilnya,bunyi yang hidup dan ceria pon kedengaranlah dari bilik rehat kami itu..member2 group aku pon,apa lagi,turut sama menyanyi,menari dan bermain pukul pin bowling..petang yang sepi berjaya dihidupkan..yes!...setelah sekian waktu,akhirnya kami pon berhenti untuk makan petang..ketika itulah seorang pesakit dari wad sebelah datang..die kata..`nak join..kater sini ader parti..’ kami semua memandangnya dan akhirnya saling senyum sendiri..sayang dia x dapat join kerana waktu makan telah tiba..

Seminggu disitu,kami berpindah ke wad 4..pesakit di sini tidak seberapa kritikal.Mereka terdiri daripada  pesakit2 yang akan didischargekan..iaitu pesakit yang akan dihantar pulang kepada masyarakat..Namun begitu,ingatan aku di sini lekat kepada 3  perkara..pertama,di wad ini kami banyak bermain permainan padang bersama-sama,kedua ada pesakit yang suka berbogel dan bermain sabun..ketiga,ada pesakit yang lawa dan nampak normal,rupanya tersangat garang..haha..

Antara ketiga-tiga nie,aku berminat kongsi yang ketiga..iaitu tentang seorang patient yang memang lawa,cantik dan nampak normal,tetapi rupanya tersangat garang..Dia nie x kelihatan macam sakit lansung..perlakuannya normal..berhias diri,menjaga kebersihan dan tidak menunjukkan kelakuan yang abnormal..setiap pagi,dia akan pergi ke bengkel untuk bekerja membuat gloves.Balik tengahari,dia akan makan di meja makan ,kemudian berehat .Dia tidak mengikuti sebarang aktiviti berbentuk permainan yang kami jalankan..dia Cuma memerhati sahaja..kalaU melihat gelagat kami atau pesakit lain yang dirasakan kebudakan,dia pula akan mencebik..seolah olah kami pula yang abnormal..hehe..`kepala’memang dah nyatakan pada kami,jangan ditegur pesakit itu,kerana dia walaupun diam,tetapi garang..pesakit itu kata mereka lagi,nampak normal tetapi sebenarnyer `something wrong’..tetapi aku nie nakal jugak..so...
Suatu hari,aku memberanikan diri untuk berbual dengannya.Itupun  kerana dia seolah olah tidak mahu menyentuh makanannya..aku mempelawa dia untuk makan jer..then..fuh..berbedil bedil peluru aku dapat daripada dia..peluru yang x der kaitan tetapi beracun plak tue..haha..padan muka aku..member2 aku gelak jer la kat aku..tu la,nasihat orang x nak dengar ..aku sengih je la.......

Satu wad lagi ialah wad 12..wad nie wad biasa..aku agak lupa apa yang berlaku di wad nie..maybe,wad nie wad yang jual ice krim tu kot...............owh..aku ingat ckit2 dah..wad nie lah aku jumpa pesakit muda yang cantik tue..betol!!!x tipu....patient tue muda dan cantik..sungguh rugi kerana menghidap schizophrenia..Mungkin itu Ujian daripada Allah untuknya dan keluarga..Semasa di wad itu,kami banyak berborak dengannya.Alhamdulillah,perilakunya kelihatan semakin normal..Cuma,bila ditanya tentang suara yang dia dengari,dia akan bercerita sesuatu yang x logic..dan berlainan setiap kali..itulah masalah yang dia hadapi..dari segi perbuatan dan pergaulan,dia seperti orang yang normal..dia pandai bermain dadu dan jutaria..menulis dan melukis pon dia pandai!malah,dia juga lah satu satunya pesakit yang aku temui,tidak pernah meninggalkan solat wajib..kerana itulah aku yakin..dia akan sembuh..InsyaAllah..

Selain wad-wad ini,kami turut mengunjungi wad forensic lelaki dan perempuan,museum HBUk,unit tatakerja dan terapi,bilik ECT,dan bengkel2 kerja HBUK.

Hari kedua terakhir di hospital,kami membuat fun games untuk pesakit2 yang kami jaga.Tujuan aktiviti ini ialah untuk mewujudkan dan mengeratkan hubungan sesame pesakit ini,untuk mewujudkan semangat bekerjasama dan yang paling penting of course la untuk menceriakan mereka!menceriakan kami sendiri jugak..haha..

Bermula dengan senaman aerobic yang diketuai kak Mas,fun games pon berlansung..Acara menarik bola menggunakan gelung,membaling belon air dan membawa bola pinpong pakai sudu merupakan permainan2 yang kami sediakan....setelah itu,majlis diikuti dengan persembahan student2 NUC iaitu kami sendiri..kami memilih 4 lagu berlainan bahasa yang telah dipotong untuk dijadikan sebuah lagu medley..Antara lagu yang dipilih ialah lagu jaiho,zapin usik mengusik,nobody,doom ,dan doraemon sebagai  lagu akhir..upacara yang ditunggu-tunggu pula pastinya acara penyampaian hadiah..setiap peserta diberikan hadiah beserta topeng muka kertas untuk dipakai..sebagai penghargaan  dan ingatan kami,pelajar NUC pon memberikan sumbangan berbentuk hadiah permainan padang kepada wad2 yang terbabit....majlis kemudiannya ditutup dengan jamuan makan tengahari..

Student NUC july 08 bergambar bersama Mdm.Delima selepas majlis berakhir..

Group kami kali ini turut disertai senior kami,Kak Mel..Kak Mel sangat membantu dan bertindak sebagai master mind untuk acara fun games nie..thanks kak mel !



Berakhirnya majlis itu bererti pengalaman kami di HBUK pon kian berakhir..pengalaman2 kami semua pastinya akan menjadi lipatan2 sejarah dalam hidup kami..
Note: gambar bersama pesakit tidak disertakan  ketika di HBUk kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar pesakit di dalam hospital..


SUATU HARI DI LOST OF TAMBUN

Alang alang dekat dengan taman tema Lost Of Tambun Perak nie,x kan lah kami x nak menjenguknya kan!Jarak antara taman tema tue dengan Bandar Ipoh adalah 15 km manakala dari rumah kami Cuma 5 km.Hanya 10-15 minit driving,sudah sampai ke sana..tapi of course kami x drive,manalah kami ader kereta..hehe..naik prebek sapu jer..

Sebut pasal prebek sapu nie,kami terpaksa naek sebab selain prebek sapu,x der cara lain dah..bas awam x masuk jalan ke Lost of Tambun tue..no teksi x der plak..dok tunggu2 kat bus stop tue,prebek sapu yang berenti,so prebek sapu la kami sapu....nak jadik ke cerita..kami pergi 11 orang sekali..mestilah x muat keta tue..so,uncle tue pon call la member die..makanya,berangkatlah kami  11 orang dalam dua buah kereta ..duduk himpit2 sikit..naseb baik dekat je lost of tambun tue..!haha..

Kami sampai ke taman tema around 10 am atau lebey lebey cikit.Orang x ramai lagi pon tika tue..harga tiket lupa la plak brapa..tapi x lebih RM 50 la..
Masuk2 tue,kami jalan2 kejap..ngintai2 permainan aper yang ader kat dalam tue..lepas tue,kami sewa dua buah pelambung yang berkembar tue.yelah,nak main air katakan!



Sekitarnya memang menarik hati..Kedudukan taman tema ini yang dibuat berhampiran hutan,bukit dan gua menyebabkan tema alam semulajadi tue memang terserlah.Udaranya sejuk menenangkan..Namun selintas aku terfikir,,biarpun aku menyukai taman tema dibina di situ..aku turut mengeluh,mengenangkan nasib penghuni2 rimba di situ..pasti hidup mereka x aman lagi..yela,asyik mendengar suara dan music yang riuh rendah ajer..kesian mereka!

                                                    Gambar dari luar lost of tambun..


Lihatlah bagaimana dekatnya lost of tambun ini dengan gua2 dan alam sekitar..menjadi tarikan utama pelancong yang singgah di Ulu kinta ini.

 Mula2 sekali,kami bermain segala permainan yang berkaitan dengan air.Yang gelongsor tinggi tue,yang dalam gelongsor terowong tue,yang berpelampung sekeliling taman tue dan akhir sekali bermain air di kolam air panas dan kolam air dewasa dan kanak2..kat kolam air kanak2 tue,yang membuat kami suka berlama2 di situ ialah apabila kami menunggu curahan air dari bekas air di atas..wah,sungguh seronok..

Lepas tue,kami pon makan tengahari dekat cafe..habis2 makan tue,kami membersihkan diri dan menunaikan solat zohor..
Selesai sahaja segala urusan kami itu,kami meneruskan fasa kedua permainan kami..ewah!fasa kedua tue..heheh..fasa kedua nie adalah fasa yang tidak melibatkan air..so,first place kitaorang pergi ialah tempat games2 tue..kami main kapal ayun,dan buaian terbang.Attention!nama permainan2 nie aku letak jer,,sebab aku lupa nama games tue yang sebetulnyer..ok?hehe..

                                      Ha..ni lah kapal ayun yang aku maksudkan..hehe..


                                        Ini pulak buaian terbang tue..terbang ke??haha..

Tidak dinafikan,lost of tambun nie masih muda dan tidak mempunyai banyak permainan lagi.Maka,hanya beberapa lama sahaja yang diperlukan untuk bermain permainan2 nie.Kemudian,kami beralih ke gerai2 di situ.Membeli token untuk memperoleh anak patung..tapi,x kena pon..haha.

                  Nampak senang jer  nak baling gelang ke dalam botol,,tapi huh!rupanya susah tue..

Adventure kat dalam lost of tambun tue kemudiannya diteruskan dengan melawat Kepura cave.Gua tue kecik jer..kat dalam tue ader mempamerkan adat perkahwinan zaman dahulukala..



                                                  Jumpa ajer tangga batu nie..hehe..apalagi..jom daki!






                     Bergambar di hadapan Kepura cave..haish..pesal la baju aku terang sangat tue????

Habis meneroka gua,kami berkunjung pula ke tasik Tambun tue.Di situ ada disediakan bot angsa untuk menyulusiri tasik.Tetapi kami tidak naik kerana masa yang suntuk dan tambang botnya yang agak mahal..bergambar tue bolehla...haha..

Bergambar di jeti tasik Tambun..

Sehabis sahaja bergambar,kami mengorak langkah ke pitting zoo of Tambun pula.kat situ,kami berpeluang untuk melihat binatang2 rimba secara dekat.Antara binatang yang ditempatkan di situ ialah spesies burung,species biawak,iguana ,species ular dan juga monyet.Selain itu,kita berpeluang untuk memberi makan kepada Ruby and friends..

kawan2ku sedang bermesra dengan ruby and friends..


Tak lengkap zoo ni kalau x dihuni oleh binatang yang berbelang dan karnivor tue..siapa lagi kalau bukan pak harimau..ngaumannya itu,sudah kedengaran tatkala menghampiri kawasan zoo itu..
                                Harimau ini dipisahkan dengan kita hanya dengan sungai dan tembok..


Ha..tamatnyer experiences kami di zoo tue,menandakan tamat jugalah aktitviti kami hari nie..keluar dari Lost World of Tambun tue,kami menunggu uncle tadi,kemudian terus pulang ke rumah.

Bye bye lost world of Tambun!!!!

Ha,selain mengunjungi Lost World Of Tambun dan HBUK,kami juga berkunjung ke IPOH.Kami pergi Giant,JUsCO dan Ipoh Parade..pekan kat Tanjung Rambutan tue pon kitaorang pegi..
Tamatnya sudah praktikal kami di HBUK menandakan kami harus pulang ke Hospital Kuala Pilah.Di dalam bas,sempat aku snap situ,snap sini pemandangan kat situ..so,enjoy the picture!estalavesta..





sekian..







Tuesday, November 2, 2010

DEbaRan OSCE berakhir Sudah~

salam semua..dah lama aku tinggalkan  blog nie kan??tapi..lama pon x der la berjanggut..hehe..Sebenarnya,aku kebuntuan idea untuk menulis apa dalam blog aku nie..Kalau dari bahasa penulis la,kita mungkin panggil ini thought block..betol ke???betol la tue..
Ada cerita yang menarik yang berlaku dalam hidup,tetapi mungkin tidak sesuai nak dikongsi..So,apa yang boleh dikongsi,aku kongsikan..


apa kena ngan tajuk aku kat atas tuu ?? itu bukan osce>organisation menda2 ek..tetapi ia adalah ujian praktikal untuk student2 nurses..


huh,memang cuak benar la..seawal pagi dah kena kurung dalam hall S502 tue..tapi,kena kurung pun,bleh jer jalan2 kat floor tue..nak gi toilet pon boleh..tapi,seme kat level floor ni jela..kami dilarang sama sekali untuk turun ke tingkat bawah..iaitu tempat OSCE berlansung..




Sebenarnya,dah lama kami x osce..sem 1 jer kami ader osce..yang lain ada running assessment jer..kali nie baru ada osce balik..so,kami agak nervous la..


Of course masing masing cuba carik maklumat apala yang keluar untuk exam nie..baca apa-apa yang dispotkan melebihi yang laennya..hehe..memang bahana osce kuat..orang malas pon jadik rajin..Antara yang dimaksudkan tue aku dan my the geng la..haha..2 hari nak OSce baru lah nampak muka rajin kan..bukak buku,buat nota..wah..memang baguslah..tapi,macam biasa jugak..ceremony x tersengaja kot.Malam sebelum exam,mesti kitaorang lepak sama-sama..nak wat study group la kononnya..jadik tue jadik..banyak input masyuk...tapi..input keluar pon banyak..pesal???ketawa terguling-guling pesal lawak2 spontan sesape sajer time tue..so,kalau 70% ilmu masuk..30% ilmu tue keluar balik kot..hehe..


Apapun,kami dah buat sedaya upaya..aku dah buat apa yang aku termampu..biar la aku tahu aku ader tersilap dalam prosedur itu,aku still harap result aku akan ok..sebab markah sem kami depends kat osce ni ngan runnning assessment jer..aku doa jugak,moga kawan2 nurse aku yang lain,seme budak2 JULY 08 akan past exam nie..Amin..


Part berdebar tue,time nama batch by batch kena panggil..yang dipanggil pergilah berperang,yang kat dalam kuarantin hall nie,dup dap x henti..urinary incontince mulalah berlaku kat ramai student..hehe..maklumlah,sympathetic `nervous' system dah mainkan peranan katakan..hehe..


haha..sapa kater senior x berdebar??aku red ni nervous tau..apatah agi masa 5 minit jer setiap stesen..memang x sempat la nak wat prosedur sampai habis..aku wat tadi pon selaju boleh..huhu,harap2 CI baik2 ati la bagi markah kat aku..hehe..dah la wat prosedur depan junior,lagi malu tue..kalu salah,adoi..kurang kemachoan ku..hehe..memang dah terkantoi dah pon..haha,akak senior nie x der la terror mana pon..lagi2 masa x sempat+nervous..so,every kekadang cam messy jer..hhuhu..


pe pon..debaran untuk OSce nie seme dah berakhir kul 12.30 pm tadi..Selangkah kakiku keluar dari room tue..yeah!aku merdeka!merdeka untuk sementara la..sebab x lama lagi,kami akan berhadapan dengan exam laen pula..iaitu LJM......boss paling digeruni seme budak2 nurse seantero malaysia..Lembaga Jururawat Malaysia punya exam la..x lama tau!lagi 7 bulan jer agi..hish..takotnyer pikir pasal tue..


k la..x nak sebut pasal tue lagi..sekarang kan mood merdeka,,takkan nak spoiled kan dengan LJM plak kan..akhir kata..semoga success in any exam..exam ape2 ajer ok! sekian...........