Friday, February 25, 2011

4/5 pengembaraanku sudah selesai~

Bismillahirrahmanirrahim...

assalammualaikum dan salam sejahtera semua..apa kabar hari nie?? semoga kita semua sehat walafiat,dan dirahmati Allah selalu..

herm...ader baca tajuk atas tue??

pengembaraan apa yg saya maksudkan yer?? sebenarnya,bukanlah pengembaraan yang seperti tarzan atau spiderman tu,tetapi pengembaraanku sebagai seorang student nurse..sudah hampir sampai ke penghujungnya...sungguh aku tak sangka!

serasa,baru semalam aku mendaftar masuk ke kolej..serasa baru semalam aku berjabat tangan bersama teman-temanku,tak sangka!tak sangka aku dah menapak lama di arena `student nursing' nie..dah jadi super senior dah pon...paling penting...aku bakal melangkah ke step yang lebih mendebarkan iaitu LJM..lembaga jururawat Malaysia..

semalam,24 Feb 2011,genaplah tempoh kami semua berpraktikal di Hospital Segamat..bukan sahaja tamat untuk masa nie,tapi untuk selama-lamanya..Selepas nie,kami x kan berposting lagi..kami akan mneghadapi minggu2 revision untuk menghdapi exam yang BESAR tue..dan kemudian insyaAllah sekiranya diizin Allah,maka kami akan graduate dan menjadi seorang staff nurse...dan tanggungjawabnya akan tergalas di bahu kami sendiri...however,thats the different story...lets go back to our story k...

Semalam,ketika aku tersedar bagaimana posting kami telah berakhir,sebak seketika aku rasa..yelah,kami semua dah terbiasa di Segamat nie...selama 3 bulan,angin selatan nie lah yang memenuhi keronkong kami..awan dan langit Segamat inilah yang telah meneduhkan kami...dan Hospital segamat inilah tempat kami berkhidmat..dan akhirnya dah sampai masa untuk kami pergi..untuk kami pulang...ku akui,memang aku x sabar untuk pulang,tapi kesayuan tetap ku rasa...owh..serasa sayang pula nak meninggalkan hospital segamat nie..banyak kenangan kami di sini..Staff2 wad 3 dan 4 yang baik hati...pesakit2 yang mencuit hati dan menyentuh hati..kakitangan2 hospital yang saling membantu dan menghormati..i will gonna miss them all!!

Sememangnya,posting kali terakhir nie memang membawa banyak pengajaran kepada kami..banyak amanat,ilmu dan pedoman yang boleh kami simpan untuk kegunaan masa hadapan kami sebagai staff nurse..

pastinya,dalam pertemuan terakhir bersama clinikal instructors kami,Madam Rohana dan Miss hazanah,banyak amanat telah mereka berikan..antaranya...jangan sesekali kita lupa pada diri..nanti,bila kita dah jadi staff nurse,jangan sombong dengan student nurses...always remember,kita pernah di tempat mereka...ajar mereka..jangan kedekut ilmu..
dan bila kita dah menjadi staff nurse,jangan sekali kali melupakan basic asas kita..jangan kerana kita sudah bergelar staff nurse,kita x nak buat bed bath..kita x nak buat observation...semua kesombongan itu salah! kita kena keep doing it until the rest of our life..ataupon until kiter pencen...semua benda tue kena sebati dengan diri kita..

dan lagi...buat kerja kenalah dengan ikhlas..kerana kunci sesuatu kejayaan adalah keikhlasan..kuci kepada kejayaan dalam memperoleh rahmat Allah adalah dengan ikhlas dalam mentaati dan menyembahkan diri kepada Nya..kunci kejayaan dalam menjadi anak yang solehah adalah dengan ihklas berbakti dan menyayangi kedua ibu bapa...begitu juga dengan nurses nie.jika kita ingin menjadi nurse yang berjaya,,nurse yang berjaya dalam merawat pesakit kita,maka kita haruslah ikhlas..IKHLAS KUNCI UTAMA...

herm..memang banyak lah amanat2 yang diberikan..sesungguhnya aku amat menghargai CI2 ku ini..bukan mereka sahaja,malah semua yang pernah mengajarku..thanks all..

seperti biasa,sebelum kami berpisah,sesi bergambar x kan pernah dilupai...lihatlah gambar nie...agar apabila kita sudah dewasa kelak,dan tika kita terpandang gambar nie..kita akan sentiasa mengingati insan2 ini di dalam hati kita...buat selama-lamanya...


selain itu,sempat juga aku bergambar bersama student2 kolej lain..antaranya INstedt,Kuim,Segi,Shahputra dan Kolej Kejurawatan Masyarakat..begitulah bagaimana kami sesama student juga berkerjasama...membentuk team work untuk memastikan everything is clean and clear..hehe..


inilah antara sahabat2 yang kutemui di hospital,,insyaAllah kami akan terus berhubung...love u all! :)

selain itu,tak lupa kepada rakan2 MLT kami...Dayana,MUn,Sya,tiha dan JOji...hope u all do the best for ur posting..lagi 3 bulan...make it better everyday..



owh...i will miss all this......tapi itulah,pengembaraanku belum selesai...aku harus mara untuk menghadapi step kelima dalam pengembaraanku sebagai student nurse...pon begitu,walau langkahku mara kehadapan,x kan sekali kali aku lupa langkah yang pernah ku aturkan sebelum ini..kerana tapak kaki itu tetap ada...dan meninggalkan kesan...

sekian dariku...assalammualaikum..

Monday, February 21, 2011

Ibu permata Dunia

" tahniah encik..encik sudah menjadi seorang bapa..." betapa ayat tunggal ini menjadi sungguh keramat kepada setiap suami di atas muka bumi ini.Segala resah gelisah dan ketakutan dalam menantikan cahaya mata berakhir sekelip mata.Sebaliknya,lafaz Alhamdulillah biasanya akan membasahkan bibir setiap bapa di muka bumi ini..jua segala kerabat yang turut hadir..begitulah besarnya hikmah yang Allah sediakan melalui seorang insan tulus yang baru dilahirkan di atas muka bumi ini...

Kelahirannya ditunggu dan dinanti..kelahirannya membawa kegembiraan..membawa cahaya baru kepada pasangan suami isteri..di sebalik semua ini,jangan terlupa kepada insan yang amat berjuang dalam kelahiran ini...ya...tiada lain tiada bukan seorang insan bergelar IBU..

hari nie,alhamdulillah aku berpeluang untuk menyaksikan normal delivery.Kiranya aku amat beruntung kerana telah dapat menyaksikan normal delivery pada hari pertama aku di assignedkan kat labour ward nie...syukran to Allah..sesungguhnya ia merupakan pengalaman yang amat berharga..

situasi di dewan bersalin mendebarkan aku...baru aku sedar,menyaksikan kelahiran seorang manusia ke secara `real' rupanya lebih mendebarkan berbanding aku menontonnya menerusi TV.Perasaan itu...terutama bagi diriku yang masih baru,acap kali gelisah menantika kelahiran..Cemas dengan keadaan ibu,,cemas dengan keadaan anak di dalam uterus yang masih belum keluar..semuanya difikirkan..pon begitu,aku melihat mid wife dan juga JM serta JMp kelihatan tenang sahaja.mungkin mereka telah dilatih dan sudah terbiasa dalam menghadapi situasi kelahiran yang pelbagai..

biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang situasi yang berlaku di dalam dewan bedah hari nie ok ...sebagai perspektif seorang observer JP.

ketika aku melangkah masuk ke dalam bilik bersalin itu,kelihatan ibu sudah terbaring dalam keadaan lithotomy.Dimaklumkan kepadaku bahawa ketika itu,Os sudah terbuka sebesar 9 cm..Ini bermaksud,waktu kelahiran sudah tidak lama.Seorang JMP pula tekun dan sabar dalam menekapkan droppler ke atas abdomen si ibu agar fetal heart rate dapat didengari.Si suami pula sedia dan sabar menunggu di sisi si ibu.Keadaan di dalam bilik bersalin terkawal..

bebarapa minit kemudian,si ibu mendakwa merasa contraction pain.Lantas,nurses segera bersedia,dan memberi arahan kepada si ibu untuk terus meneran..

tarik nafas panjang panjang..tumpu bahagian bawah..

jangan keluar suara..jangan nangis..nanti tenaga habis..

jangan angkat badan,,angkat kepala jer..jangan pejam mata..

itulah antara arahan yang kerap diberikan berulang kali...bagaimana kerapnya arahan itu diulang,begitu kerap juga si ibu berusaha...pon begitu,usahanya masih gagal..Aku dapat melihat bagaimana wajah pesakit yang pucat dan keletihan,bertukar merah ketika cuba meneran sekuat hati..Ya Allah,betapa sakitnya rasa yang dialami si ibu itu tadi.Aku pasti itu..

Melihatkan kepada keadaan pesakit yang agak lemah,Staff nurse akhirnya membuat keputusan untuk memberi pertolongan untuk mengeluarkan bayi.Si suami diminta menunggu di luar.Dalam keadaan Sim's position,dan seperti tadi,si ibu diminta untuk meneran sekuat hati.Episiotomy dilakukan untuk memberi bukaan yang lebih luas.REMEMBER!NO analgesic is used! All are awaked!teran dan teran..dan aku yang terjenguk jenguk,akhirnya seorang bayi perempuan yang comel berjaya dilahirkan...


selepas itu...apa berlaku..Bonding antara ibu dan anak dilakukan..identiti dikenalpasi..dan si anak akan dibersihkan dan menjalani pemeriksaan.

kemudian,kalau watak dalam novel,anak akan diserahkan kepada si bapa untuk diazankan..x gitu?? alanhkah harmoninya hidup..

dan memang sempurna..tetapi ketika itu,dimanakah si ibu??

rupanya si ibu masih merasai kesakitan...luka nya akan dijahit..pon begitu,wajahnya tetap tenang.kelihatan puas setelah anak kesayangan berjaya dilahirkan..

justeru itu,jelaslah bahawa IBU..memang permata dunia..tanpa kecekalan mereka,tanpa kekuatan mereka..tiadalah kita di dunia ini..maka,sayangilah mereka walau di mana mereka berada..dan walau di mana kita berada..

sekian...

Saturday, February 19, 2011

I love Government Hospital

merujuk kepada rencana daripada KOsmo! online hari nie,aku jadik tersenyum sendiri.Alhamdulillah,perkhidmatan hospital kerajaan masih dihargai.Bukan aku berbangga,namun cukuplah aku nyatakan aku puas hati sekiranya pesakit2 menyatakan perkhidmatan yang kami berikan baik dan telus.Rencana yang dihantar Bernama ni buat aku sekaligus salah seorang yang berkhidmat di hospital kerajaan boleh tersenyum..thanks Bernama for the comments..hehe..


Kecemerlangan hospital awam

HOSPITAL kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

KEMUDAHAN penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik berikutan peruntukan yang besar oleh kerajaan, tetapi masih ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat kesihatan di hospital swasta.

Menurut pengamal perubatan Dr. Y. Foong, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat memilih rawatan di klinik atau hospital kesihatan swasta.

"Ada orang tidak suka tempoh menunggu yang agak lama di hospital awam. Mungkin, ada juga yang kurang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kadangkala, mereka mahu pendapat kedua tentang masalah yang mereka hadapi," kata Dr. Foong.

Peniaga Abdul Rahman Bakar yang lebih gemar mendapatkan rawatan di hospital swasta berkata: "Di hospital swasta, saya mendapat rawatan lebih cepat dan saya boleh pilih pakar yang saya mahu," kata beliau. Pakar teknologi maklumat Steven Lim bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman.

Katanya, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temu janji diadakan pada waktu yang sesuai bagi pesakit.

"Keluarga dan rakan dapat melawat tanpa banyak halangan," katanya. Hari ini, ramai yang gemar ke hospital swasta kerana majikan menyediakan insurans penjagaan kesihatan sebagai salah satu kemudahan di tempat kerja.

Terdapat pelbagai perlindungan insurans kesihatan, daripada pelan keluarga hinggalah kepada pakej perlindungan pakar.

Polisi insurans

"Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mendapat perlindungan insurans ialah menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui perlindungan perubatan yang diberikan bagi sesuatu khidmat rawatan itu.

"Mereka juga perlu mengetahui sama ada perlindungan tersebut meliputi konsultasi dan ujian bagi pesakit luar," kata aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur. Beliau turut mengingatkan kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak meliputi masalah kesihatan yang sedia ada serta penyakit kronik yang tidak boleh sembuh.


TEMPOH menunggu yang agak lama di hospital awam antara sebab ramai yang memilih mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Lebih baik anda menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui rawatan dan perlindungan kesihatan yang diberikan," kata Fatimah.

"Mahal lah," kata peruncit K. K. Wong yang mahu dikenali sebagai Kay, ketika ditanya sama ada beliau memilih hospital swasta atau pusat kesihatan awam.

Menurut Kay, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan awam di negara ini.

"Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dari segi penjagaan kesihatan untuk orang ramai. Sudah tentu jika anda mencari kemewahan seperti bilik yang dilengkapi televisyen, ia tidak ada di hospital kerajaan.

"Hospital adalah tempat untuk mendapatkan rawatan, jika anda nak tengok televisyen lebih baik duduk di rumah sahaja," kata beliau.

Kata Kay, orang ramai perlu sabar dengan masa menunggu dan rawatan di hospital awam.

"Terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk konsultasi, mendapatkan ubat dan masuk wad adalah perkara biasa. Apatah lagi bayaran yang dikenakan amat murah," tambah Kay.

Seorang doktor yang sudah bersara, M. Anthony berkata, bekerja di hospital kerajaan merupakan sesuatu yang beliau banggakan.

"Semasa zaman kolonial tahun-tahun selepas merdeka, kemudahan dan infrastruktur kesihatan awam memang tidak mencukupi serta ketinggalan. Tetapi kini, semua kelengkapan di hospital kerajaan di negara ini bertaraf dunia," kata Anthony yang merupakan graduan perubatan dari universiti di Ireland pada tahun 1950-an.


RAWATAN di hospital swasta yang lebih cepat menyebabkan ia menjadi pilihan kepada yang berkemampuan.

Kata Anthony, hospital kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini. Institusi kesihatan itu mudah menerima reputasi yang tidak baik tetapi sebenarnya merupakan model atau contoh bagi kecemerlangan di bidang klinikal.

"Hospital ini masih merupakan institusi yang dituju pesakit bila mereka memerlukan rawatan," kata beliau.

Katanya, masalah utama ialah kekurangan petugas di hospital awam.

"Sepatutnya bilangan jururawat, doktor, ahli fisioterapi dan petugas perubatan lain mencukupi, tetapi bilangan pesakit yang mahukan rawatan terlampau ramai. Ini menunjukkan masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital kerajaan", kata beliau.

Apabila jumlah pesakit yang mahukan rawatan di hospital awam menjadi terlalu ramai jika dibandingkan dengan petugas yang berkhidmat, sudah tentu beban tugas menjadi lebih berat, tambah beliau.

Rawatan percuma

Pendidik V. Vasugi mempunyai pendapat tersendiri: "Hospital awam tetap ada untuk kita semua. Ini sebabnya kita perlu menghargai mereka. Mereka memberikan khidmat yang cemerlang dan ini kita patut bangga", kata beliau.

Kerajaan juga menyediakan rawatan percuma di hospital bagi penjawat awam dan keluarga mereka. Atas alasan itulah, masih ramai yang memerlukan perkhidmatan di hospital awam.

"Kerajaan memberikan perkhidmatan rawatan percuma bagi kakitangan awam dan keluarga mereka. Ini jarang berlaku di negara lain," kata Ahmad Kassim, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik Malaysia.

Baru-baru ini juga, penulis menerima rawatan di wad ortopedik di sebuah pusat perubatan awam di Kuala Lumpur.

Jururawat, doktor dan atendan di wad itu menjalankan tugas mereka secara profesional dan penuh dedikasi.

Contohnya, bila loceng bantuan dibunyikan oleh pesakit, kurang beberapa saat jururawat muncul untuk memberikan bantuan yang diperlukan pesakit.

Para pegawai perubatan menjalankan tugas mereka di wad itu secara bergilir-gilir hampir 24 jam sehari.

Bagi penulis, kecemerlangan dan profesionalisme tetap wujud di hospital awam yang merupakan permata dalam sistem kesihatan di Malaysia. - Bernama

artikel daripada : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Tuesday, February 15, 2011

Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

ARTIKEL DARIPADA WWW.SELAWAT.COM
SEMOGA BEROLEH MANFAAT

Selawat adalah kata yang biasa diucapkan oleh orang Melayu dan Jawa, kata yang berasal dari bahasa Arab yaitu Sholawat, sementara beberapa suku di Indonesia ada yang menggunakan kata Solawat, Salawat, dan banyak yang menulis dengan Shalawat.

Shalawat adalah bentuk jamak dari Shalat, yang mana Shalawat ini mempunyai beberapa pengertian. Penggunaan kata Shalawat banyak dijumpai dalam Al-Qur'an yang dituju kepada kaum Mu'minin dalam pengertian keberkahan dan rahmat. Adapun yang dimaksud Shalawat disini adalah Shalawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Banyak sekali keterangan dalam hadist mengenai Shalawat kepada Nabi Al-Musthafa SAW, disamping kutamaan dan manfaatnya, juga adanya peringatan dan bahkan kecaman terhadap mereka yang enggan mengucapkan.

Hadist mengenai kemuliaan Shalawat kepada Nabi dan faedah bagi orang yang mengamalkan antara lain:

Rasullulah SAW bersabda: "Shalawat kalian kepadaku itu merupakan pengawal bagi do'a kalian, perolehan keridha'an Tuhan kalian dan pembersih amal-amal kalian." (H.R. Al-Dailamy RA dari Amirul Mu'minin Ali, karramullahu wajhahu).

Nabi SAW bersabda: "Hiasilah ruang perternuan kalian dengan bershalawat kepadaku. Sesungguhnya bacaan shalaasat kalian hepadaku itu dapat menjadi cahaya di Hari Kiamat." (H.R. Al-Dailami RA dari lbnu Umarb RA).
Nabi SAW bersabda pula: "Sesungguhnya Allah memiliki para Malaikat yang bertebaran di muka bumi yang bertugas menyarnpaikan kepadaku shalawatnya orang dari urnrnatku yang bershalawat kepadaku." (Dikeluarkan oleh Al-Darulquthny RA dari lmam Ali KW)

Banyak karya-karya tulis ulama dari pelbagai mazhab dan tarikat dari generasi ke generasi seputar shalawat. Diantara penulis terbesar abad ke'20 yang banyak menulis dan menggubah mada'ih kepada Nabi SAW adalah Sayyid Allamah Ali bin Muhammad Al-Habsyi RA dengan Simthud Durar-nya yang sangat puitis yang dikenal dengan Maulid Habsyi. Juga Syeikh Yusuf An-Nabhany Al-Bairuty RA dengan kapita selekta shalawatnya berjudul Jawahirul Bihar yang sampai empat jilid. Kemudian disusul dengan Sayyid Allamah Muhammad bin Alwi Al-Maliky, seorang muhaddits, penulis produktif dan banyak menulis tentang Nabi SAW dan menyusun aneka kumpulan doa dan shalawat.

Secara keseluruhan, pembacaan syighat shalawat kepada Nabi Al-Musthafa SAW tiada ketentuan yang mengharuskan pembacanya didampingi seorang Guru pembimbing spiritual (mursyid). Hanya saja diperlukan adanya ijazah pada shalawat yang syighat-nya panjang dan terangkum bermacam kata yang sangat sakral, sebagaimana pada formula-formula zikir dalam bentuk ahzab dan awrad harus melalui masing-masing disiplin tarikat yang dinisbahkan kepadanya.

Berikut ini kami ketengahkan kutiban manfaat shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dari buku Syaraf al-Umrnah al-Muhatnmadiyah-nya Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliky dan telah dialih-bahasakan oleh H.M.H. Al-Hamid Al-Husainy dengan judul kemuliaan Ummat Muhammad SAW dan diterbitkan oleh Pustaka Hidayah :
"Di antara berbagai kemuliaan yang dikaruniakan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah, bahwa Allah SWT member ganjaran yang amat besar kepada orang yang mengucapkan shalawat dan salam kepada manusia termulia, Muhammad bin Abdullah SAW.

Shalawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW merupakan salah satu zikir yang mendatangkan pahala bagi orang yang mengucapkannya dan mengerti maknanya.
Orang yang sibuk bersalawat hanya dengan mengulang-ulang lafalnya mendapat pahala seperti pahala yang diterima orang yang mengulang-ulang lafal tahlil, tahbir, tahmid dan tasbih. Mengenai hal ini kami tidak bermaksud membanding-bandingkan antara pahala yang satu dengan yang lain. Kami hanya bermaksud hendak mengatakan,
bahwa orang yang sibuk mengucapkan shalawat dan salam kepada Al-Mushtafa Sayyidina Muhammad SAW, ia mendapat pahala, meskipun hanya mengulang-ulang lafal shalawat dan salam. Sama halnya dengan
orang yang mengulang-ulang lafal tahlil, takbir, tasbih, dan tahmid sebagai zikir yang pengucapannya dan pengertian tentang maknanya dinilai sebagai ibadah.

Oleh karena itu kaum salaf membiasakan diri mengucapkan shalawat dan salam dalam jumlah tertentu. Perlu diketahui, bahwa ucapan shalawat dan salam tidaklah ada gunanya jika orang yang mengucapkannya itu tidak percaya dan tidak yakin bahwa ucapan shalawat dan salam itu disyariatkan oleh agama dan berasal dari Nabi SAW. Apalagi kalau ia beranggapan ucapan itu berasal dari dirinya sendiri atau dari orang lain (bukan Rasulallah SAW). Sebab, pada hakikatnya masalah ini (shalawat dan salam) adalah berasal dari Rasulallah SAW. Jadi, jika ada wacana (pemikiran atau pendapat) yang menganggap bahwa masalah itu tidak berasal dari Nabi SAW, itu sama
sekali tidak dapat kami benarkan, bahkan kami tentang sekeras-kerasnya. Kami pandang wacana seperti itu adalah bid'ah yang buruk dan jahat. Nabi SAW sendiri pasti tidak meridhainya.
Adapun orang yang membiasakan diri mengucapkan shalawat dan salam itu tahu dan percaya, bahwa masalah itu berasal dari Nabi SAW, namun ia tidak yakin bahwa itu merupakan ibadah sunnah atau masryru'ah (disyariatkan oleh agama) itu tidak apa-apa.

Banyak di antara kaum salaf yang mengamalkan zikir dengan ucapan shalawat dan salam kepada Nabi SAW. Mengenai hal itu lbnu Mas'ud RA menuturkan, bahwasanya Rasulallah SAW pernah berkata kepada Zaid bin Wahb: “Hai Zaid, bin Wahb, bila hari Jumat tiba hendaklah engkau mangucapkan shalawat kepada Nabi seribu kali.
Ucapkan:



Berikut ini kami ketengahkan dengan ringkas sejumlah manfaat yang bisa didapat dari shalawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad 'Alaihi Afdhalush Shalati Wassalam yang banyak disebut oleh para ulama, khususnya Allamah lbnul -Qayyim dan Al-Hafidz lbnu Hajar Al-Haitsamy antara lain:

1. Mematuhi perintah Allah SWT.

2. Bershalawat kepada Nabi SAW adalah sesuai dengan perintah Allah SWT (di dalam Al Qur’an), meskipun berbeda makna antara shalawat yang dari kita (umat Nabi Muhammad SAW) dan shalawat yang dari Allah SWT. Shalawat yang dari kita berarti doa dan permohonan, sedangkan shalawat yang dari Allah SWT berarti pujian dan pemuliaan.

3. Sesuai dengan yang dilakukan oleh para malaikat.

4. Orang yang bershalawat satu kali mendapat balasan sepuluh shalawat dari Allah SWT.

5. Orang yang bershalawat beroleh peningkatan denjat sepuluh kali.

6. Baginya dicatat sepuluh kebajikan.

7. Dihapus sepuluh amal keburukannya.

8. Doanya dapat diharap akan terkabul, karena shalawat akan memanjatkan doanya dan menghadapkannya kepada Allah Rabbul’alamin. Sebelum orang yang berdoa bershalawat lebih dahulu, doanya berhenti terkatung-katung di antara bumi dan langit.

9. Dapat menjadi sarana untuk mendapat syafaat Nabi SAW Jika shalawat itu disertakan doa mohon wasilah atau diucapkan tersendiri.

10. Shalawat merupakan sarana untuk beroleh ampunan dosa.

11. Shalawat juga merupakan sarana bagi hamba Altah SWT untuk beroleh pertolongan-Nya agar tercukupi keperluannya.

12. Shalawat juga merupakan sarana yang dapat mendekatkan seorang hamba Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW pada Hari Kiamat.

13. Berfungsi sebagai sedekah bagi orang yang kesulian hidup.

14. Shalawat juga merupakan sarana untuk beroleh pertolongan Al lah SWT agar tercukupi kebutuhan-kebutuhannya.

15. Shalawat juga merupakan sarana untuk mendapat rahmat Allah SWT dan doa malaikat.

16. Shalawat berfungsi sebagai zakat dan thaharah.

17. Shalawat merupakan sarana yang mendatangkan kabar gembira (tabsyir) bagi hamba Allah SWT sebelum wafat, bahwa ia akan masuk surga. (Demikianlah disebut oleh Al-Halidz Abu Musa, berikut hadisnya, di dalam kitab yang ditulisnya).

18. Shalawat juga merupakan sarana yang dapat menghindarkan hamba Allah SWT dari ketakutan hebat pada Hari Kiamat. (di dalam kitab yang ditulisnya pula).

19. Shalawat dan salam merupakan sebab untuk mendapat balasan jawaban yang sama dari Nabi SAW.

20. Shalawat juga merupakan sarana bagi hamba Allah SWT untuk dapat mengingat kembali hal-hal yang terlupakan.

21. Shalawat juga merupakan sarana bagi terwujudnya suasana yang baik di dalam suatu majelis (pertemuan). Selain itu shalawat juga akan meniadakan perasaan menyesal pada Hari Kiamat.

22. Shalawat juga merupakan sarana untuk terhindar dari kemelaratan.

23. Pada saat-saat seorang hamba Allah SWT teringat kepada Nabi SAW lalu segera mengucapkan shalawat dan salam kepada Beliau, ia akan terjauhkan dari watak kikir.

24. Orang yang menderita kehinaan karena tidak mengucapkan shalawat dan salam pada saat mendengar nama Nabi SAW disebut-sebut, penderitaannya itu akan dapat disingkirkan dengan jalan banyak-banyak bershalawat kepada Rasu lallah SAW.

25. Shalawat akan mengantarkan orang yang selalu mengucapkannya ke surga, sedangkan orang yang meninggal-
kan shalawat ia akan tersesatkan dari jalan ke surga.

26. Shalawat akan menyelamatkan kepengapan suatu majelis (pertemuan) yang di dalamnya tak disebut-sebut Allah dan Rasul-Nya, atau majelis yang di dalamnya tidak terdengar suara yang berpuji syukur kepada Allah SWT dan bershalawat kepada Rasul-Nya.

27. Shalawat merupakan sebab bagi timbulnya pancaran sinar cahaya pada saat hamba Allah SWT yang selalu mengucapkannya sedang berjalan di atas shirath. (Hal itu dikemukakan juga oleh Abu Musa dan lain-lain).

28. Shalawat merupakan kesempurnaan kalam (khutbah dan lain sebagainya) yang diawali dengan puji syukur kepada Allah SWT dan shalawat kepada Rasul-Nya.

29. Shalawat merupakan sarana bagi seseorang untuk meninggalkan wataknya yang bengis.

30. Shalawat juga merupakan sarana melestarikan pujian baik dari Allah SWT kepada hamba-Nya di kalangan para penghuni langit dan bumi. Sebab, orang yang bershalawat berarti ia mohon kepada Allah SWT agar berkenan memuji, menghormati dan memuliakan Beliau. Karena bersalawat itu merupakan amal yang baik, maka sudah tentu orang yang mengamalkannya beroleh ganjaran pahala yang sama.

31. Shalawat juga merupakan sarana bagi yang mengucapkannya untuk memperoleh berkah, baik dalam hal amal kebajikannya maupun dalam hal usianya. Bahkan juga merupakan sebab untuk mernperoleh kepentingan-kepentingannya. Sebab, orang yang mengucapkan shalawat berarti ia berdoa mohon kepada Allah SWT, Tuhannya, agar Allah SWT berkenan melimpahkan berkah kepada Rasul-Nya beserta segenap keluarga Beliau. Doa seperti itu adalah mustajab (terkabul) dan orang yang berdoa pasti beroleh balasan yang sama.

32. Shalawat juga merupakan sarana untuk memperoleh rahmat Allah SWT. Berbagai pendapat mengenai "rahmat" di kalangan sebagian ulama, tetapi pendapat yang pasti benar ialah bahwa orang yang mengucapkan shalawat beroleh rahmat.

33. Shalawat juga merupakan sarana untuk mengabadikan kecintaan kepada Rasulallah SAW bahkan untuk menambah dan melipat gandakannya. ltu merupakan salah satu ikatan keimanan yang tanpa itu (ucapan shalawat dan salam kepada Nabi SAW tidak lengkap. Seorang hamba Allah SWT jika makin sering menyebut-nyebut orang yang dicintainya, dihadirkannya didalam hati, dibayangkan kebaikannya dan kebenaran ajaran-ajaranya yang membuat hamba Allah SWT itu tertarik kepadanya; tentu semuanya itu akan melipat gandakan kecintaan dan menambah kerinduannya kepada orang yang dicintainya, sehingga kecintaannya itu sungguh-sungguh menguasai seluruh isi hatinya. Sebaliknya, jika ia merasa tidak perlu mengingat atau menyebut-nyebut orang yang dicintainya,
tidak mau menghadirkannya di dalam hati dan mengenang kebaikan-kebaikannya dengan sepenuh hati dan pikiran, tentu kecintaannya di dalam hati menjadi berkurang. Bagi orang yang mencintai sesuatu tidak ada yang lebih menyenangkan hatinya daripada melihat sesuatu yang dicintainya. Dan tidak ada yang disukai selain menyebut dan mengingat serta mengenang kebaikan-kebaikan pihak yang dicintainya. Jika perasaan demikian itu makin kuat berakar di dalam hati, tentu akan meluncur dari ujung lidahnya berbagai kata pujian. Bertambah dan berkurangnya pujian itu tergantung pada bertambah dan berkurangnya kecintaan yang bersemayam di dalam hati.

34. Shalawat kepada Nabi SAW adalah sarana untuk menumbuhkan kecintaan Beliau kepada orang yang bershalawat. Jika demikian halnya maka semakin banyaknya shalawat diucapkan oleh seseorang tentu semakin besar pula kecintaan Nabi SAW kepadanya.

35. Shalawat juga merupakan sarana bagi turunnya hidayat kepada hamba Allah SWT yang mengucapkannya dan sarana pula untuk menghidupkan hati serta perasaannya. Oleh karena itu semakin banyak ia mengucapkan shalawat, hati dan perttsaannya tentu semakin kuat dikuasai oleh kecintaan kepada Beliau. Dengan demikian, di dalam hatinya tidak terdapat sekelumit pun keinginan untuk menentang perintah dan ajaran-ajaran Beliau. Bahkan sebaliknya, semua perintah dan ajaran-ajaran Beliau akan tergores dan terpateri di dalam hatinya, selagi ia dalam keadaan bagaimanapun selalu mengucapkannya. la akan meraih hidayat, keberuntungan dan berbagai pengetahuan tentang rahasia agama. Makin tajam pandangan mata hatinya serta makin kuat dan mendalam ma'rifat serta pengertiannya mengenai hal itu, tentu akan semakin sering dan lebih banyak lagi mengucapkan shalawat kepada Nabi SAW.

36. Shalawat itulah yang menjadi sebab dikemukakannya nama orang berzikir mengucapkannya ke hadapan Nabi SAW. Yaitu sebagaimana yang Beliau SAW nyatakan sendiri, "Shalawat kalian akan dihadapkan kepadaku." Dan sesuai pula dengan pernyataan Beliau yang menegaskan, "Di pusaraku Allah menugasi sejumlah malaikat untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku." Cukuplah bagi hamba Allah SWT mendapat kemuliaan disebut namanya di hadapan Rasulallah SAW.

37. Shalawat pun merupakan sarana bagi hamba Allah SWT untuk dapat berjalan mantap di atas shirath hingga terlewatinya dengan selamat. Sebuah hadits dari Abdurrahman bin Samrah yang dituturkan oleh Sa'id bin Al-Musayyab, mengenai soal mimpinya Nabi SAW, sebagai berikut, "Kullihat seorang dari umatku berjalan di atas shirath, kadang meranghak-rangkak dan kadang bergelantung, kemudian datanglah shalawat (yang diucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) Ialu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, IaIu ia diselamatkan oleh shalawatnya." (Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madiny didalam At-Targhib Wat-Tarhib, sebagai hadits hasan jiddan (amat baik).

38. Shalawat kepada Nabi SAW adalah penunaian kewajiban yang paling sedikit atas hak Allah SWT dan berbagai nikmat yang dikaruniakan kepada kita dan yang memang'wajib kita syukuri. Padahal sebenarnya yang wajib kita syukuri tidak terhitung banyaknya. Kita tidak sanggup menghitungnya, tidak berkeinginan dan tidak berhasrat untuk mengetahui berapa jumlah seluruhnya. Namun, Allah SWT ridha menerima dari hamba-hamba-Nya sedikit syukur sebagai kewajiban yang harus ditunaikan.

39. Di dalam shalawat kepada Nabi SAW tercakup dzikrullah (mengingat-menyebut keagungan-Nya), dzikru-Rasulihi (mengingat-menyebut Rasul-Nya), dan permohonan kepadaNya. Dengan shalawat kepada Nabi SAW, maka Allah SWT akan memberi ganjaran pahala kepada hamba yang berhak menerimanya. Sebagaimana telah kita sadari, bahwa Allah SWT memperkenalkan kepada kita Asma-Nya, Sifat-sifat-Nya; dan telah pula menunjukkan kepada kita jalan apa yang harus kita tempuh untuk memperoleh keridhaan-Nya. Juga Allah SWT telah memberi pengertian kepada kita tentang apa yang akan kita peroleh setelah kita sampai dan menghadapkan diri kepada-Nya. Semuanya itu tercakup di dalam semua segi keimanan. Bahkan tercakup pula di dalam ikrar tentang pengangkatan Rasul-Nya, tentang tashdiq (pembenaran)-Nya, tentang pemberitahuan semuanya itu kepada hamba-hambaNya dan tentang kecintaan-Nya kepada Rasul SAW yang diutus oleh-Nya menyampaikan kebenaran agama-Nya kepada umat manusia. Tak diragukan lagi bahwa semuanya itu adalah pokok-pokok keimanan. Shalawat kepada Nabi SAW juga mencakup pengertian seorang hamba mengenai hal-hal tersebut, termasuk tashdiq-nya (pengakuannya atas kebenaran sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah) dan kecintaanya kepada Beliau. Dengan demikian maka ucapan shalawat kepada Nabi Muhammad SAW termasuk amalan yang lebih utama.

SELAWAT NABI MUHAWMMAD SAw


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

ْ

يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْكَ

يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا

اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ

اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد

يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد



يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ

اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ

يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ



مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَدْ

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّدْ

مَنْ رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ

وَالْغَمَامَةِ قَدْ اَظَلَّتْ

عَالِمُ السِّرِّ وَاَخْفَى

رَبِّ ارْ حَمْنَا جَمِيْعَا

وَصلاَةُ اللهُ عَلَى اَحْمَدْ

اَحْمَدُ الْهَادِى مُحَمَّدْ

يَا كَرِيْمَ الْوَلِدَيْنِ

وِرْدُنَا يَوْمً النُّشُوْرِ

بِالسُّرَى إِلاَّ اِلَيْكَ

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

عَدَ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

( rujukan daripada faizalzakaria/blogspot.com)

salam maulidur rasul...

kekasih Allah ~ hijjaz

malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia memdapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rindu kupadanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga
ya rasul...ku rindu padamu..syafaatku daku..
ya rasul..syafaatkan daku..ku rindu padamu..
sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
bereti cinta kepada Allah..

selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga
sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
bererti cinta kepada Allah


assalamualaikum kawan-kawan..tidak sangka,betapa pantasnya masa berlari sehinggakan aku tidak sedar bahwa tahun ini sudah menjelma,dan salah satu hari agung umat islam telah tiba.Salam maulidur rasul buat semua..

apakah pengertian bagi maulidur rasul??

maulidur rasul merupakan hari memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW,iaitu 12 rabiul awal tahun gajah.Pada hari itu,baginda telah lahir ke dunia dan kelahirannya membawa sinar cahaya baru bagi kaumnya ketika itu..juga sekalian umat manusia..

bagi diriku,tahun ini ku mulakan salam maulidur rasulku dengan membaca satu naskah artikel dari laman I love Islam,di mana artikel berkenaan menceritakan tentang bagaimana sayangnya Rasulullah kepada kita,umatnya.Ia menceritakan bagaimana rasulullah menghadapi malaikat maut..dan dalam kesakitan itu,rasulullah masih mengingati kita umatnya..

kisah ini ternyata memberi kesan kepada diriku..terasa ingin menitis air mata tatkala membaca kisah berkenaan..betapa aku terharu dengan kasih sayang dan keluhuran budi Rasulullah,dan betapa ku rasakan bersalahnya aku kerana sekian lama,aku lupa akan kasihnya kepadaku..dan aku lupa untuk menjadi umat yang baik kepada Rasulullah..

Ya Allah..sesungguhnya muliakanlah tempat Rasulullah di syurga yakni di sisiMu ya Allah..


PETIKAN 1 DARI LAMAN I LOVE ISLAM
TAJUK :KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

PETIKAN 2 DARI LAMAN I LOVE ISLAM
TAJUK : INSAN ULUNG KEKASIH ALLAH
Jadikan Kehidupan Rasulullah Sebagai Motivasi


Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : "Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.

Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari'at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )

Text diambil dari Khutbah Jumaat oleh Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online kata kunci Rasulullah

ARTIKEL 3 : YA RASULULLAH


Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menceritakan dan ingin mengingatkan beberapa perkara yang mungkin ada di kalangan kita yang terlupa tentang Rasulullah SAW. Semoga tulisan ringkas ini mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

KEPUTERAAN RASULULLAH SAW

Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS.

Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

RASULULLAH SAW UTUSAN ALLAH TAALA

Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:

BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah SAW sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432 H / 2011 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda SAW pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

Wallahualam.

ARTIKEL 4 : SAAT NABI MUHAMMAD S.A.W HAMPIR WAFAT

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW


NABI MUHAMMAD TELAH MENINGGALKAN KEPADA KITA WASIAT~ IAITU:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

betapa hati ini merasa gundah..kerana apakah diriku menjadi umat yang baik..alangkah kerdilnya imanku ini..apabila hanya naskah Al-Quran sahaja di tanganku,sedangkan sunnah Rasulullah tiada dalam genggamanku...ya Allah..betapa aku melupakan satu lagi warisan Nabi Muhammad ini..

Ya Allah,sempena maulidur rasul ini,jadikanlah daku,keluargaku serta kawan-kawanku,juga seluruh muslimin dan muslimat sebagai hambanya yang Soleh,solehah dan bertaqwa..dan jadikanlah kami umat islam,Umat Muhammad yang tidak lupa diri..bantulah kami untuk sering menghargai kasih sayang baginda Rasul kepada kami,kerna kasihnya Baginda kepada kami tandanya Cintanya baginda kepadaMu ya Allah..dan sayangnya kami kepada baginda,,akan mendekatkan kami kepadaMU ya Allah..
******************************************************************************
akhir kalam dariku...salam maulidur rasul...

Thursday, February 10, 2011

Cerpen : Cintaku Untukmu



Senyuman lelaki itu sering membuat diriku terkaku.Betapa gembiranya kerna aku dapat menemuinya lagi.Kali ini kami mengulam cinta di taman tasik.Cinta kami sentiasa mekar,tidak dicerobohi..lambaian lelaki itu kubalas girang..semoga kita berjumpa lagi kasihku..
Aku tersenyum tetkala terjaga dari tidur.Alangkah indahnya mimpiku malam tadi.Hatiku sedikit merungut kearah jam locang yang berbunyi.kalau tidak kerana bunyi jam loceng tadi,pasti aku akan terus bersama kekasih hatiku..arg..jam jugak disalahkan!omelku di dalam hati.Seketika kemudian aku termenung pula..Pandanganku jauh ke depan,menerobos segala dinding dinding batu yang berlapis lapis dihadapanku itu."kenapa ia berulang lagi??"...soalku sendiri di dalam hati."kenapa harus dia muncul dalam mimpiku lagi? sedangkan aku lansung tidak menemuinya sekian lama??" ..aku mengeluh.Walaupun mimpiku itu indah,namun mimpi itu sebenarnya juga menghancurkan hatiku.Menghancurkan hatiku supaya terus berharap kapada insan yang hanya punya bayang-bayang..boleh dilihat namun tidak dapat diusik sedikitpon..


Hari ni wad medikal lelaki agak lengang.Aku dapat menarik nafas lega kerana aku memang terasa sangat mengantuk sekarang.Ini semua gara-gara mimpi itulah!tak pasal pasal tak lena tidur.Kertas-kertas yang ada ditanganku renyuk sedikit.Aku tersedar lalu memandang sekeliling.Alamak!kantoi sudah.. kak Zaiton menggeleng geleng kepalanya memandangku.." amboi Sara,dah kaya sangat ko ek nak ganti kertas kertas milik kerajaan tu yek?" soalnya.Aku tersengih ala-ala joe jambul.."err..tergumpal la kak...tak sengaja.."kataku sambil membuat wajah kesian pada kak Zaiton.Kak Zaiton memandangku tajam.Kemudian.. dia tersengih.."haha,lain kali ko nak marah sape sape,ko pi tumbuk muka dia terus..jangan kertas hospital jadik mangsa..okey?" katanya sambil mengenyit mata.Aku menabik hormat Kak Zaiton.."orait Bos..menurut perintah".aku tersenyum lantas beredar untuk mengagihkan ubatan kepada pesakit.
Setelah selesai mengagihkan ubatan kepada pesakit,aku mula menyimpan kembali ubatan-ubatan di dalam bilik rawatan.Tiba-tiba hidungku mengesan bau yang terbakar."aish,bau terbakar apa pulak nie?"tanyaku di dalam hati.Aku mencari sumber bau terbakar itu dan hah!aku dah jumpa.Bau itu rupanya datang peti sejuk disudut bilik rawatan itu.Aku melihat-lihat peti itu sekejap untuk mencari keganjilan benda itu."erm..nampaknya ada wayar tercabut ni." Aku lantas matikan peti sejuk dan melaporkan hal itu kepada sister.
Setelah menelifon pihak maintainance hospital,mereka menyatakan mereka akan menghantar wakil untuk mengambil peti sejuk dari wad kami.Aku memaklumkan hal itu kepada jururawat-jururawat yang lain,supaya kelansungan pengurusan wad dapat dilakukan berterusan.Sementara itu,aku diminta untuk menghantar pesakit ke bahagian Accident and Emergency.Seorang pesakit perlu dihantar ke hospital Kubang kerian untuk melakukan Scan Otak.maka bertolaklah aku menaiki van ambulance ke hospital kubang kerian.
sebelum tamat shift hari tu,aku sempat pulang ke wad bersama pesakitku.Ketika aku melangkah masuk sambil menolak katil pesakit bersama beberapa pelajar jururawat,aku terpandang sekilas kepada seseorang yang baru melintas di sebelahku.Entah kenapa,tiba-tiba jantungku berdetap kuat dengan sendirinya.Aku berpusing untuk memandang lelaki itu,namun aku terlambat.Aku cuma terlihat susuk belakang badannya sahaja."hurm,staff maintanance..staff baru ke?? " soalku sendiri di dalam hati."staff nurse.." tiba-tiba aku terdengar suara seorang pelajar jururawat memanggilku.Aku tersedar dan memandang mereka.Aku lihat mereka memandangku seolah-olah ingin bertanya sesuatu.Aku cuma tersenyum dan mengangguk."jom tolak pesakit masuk wad" aku menutup maluku di hadapan mereka.Mindaku pula sibuk bekerja.Menganalisis kejadian yang pelik tadi.Kenapakah jantungku tiba-tiba berdegup kencang ketika terserempak dengan lelaki tadi?ingin kata aku terpegun kerana kekacakannya,muka pon aku tak nampak.Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.Ia benar-benar suatu misteri kepadaku.


Sibuk melayan pemikiranku,sedar-sedar aku sudah berada di hadapan katil pesakit di dalam wad.Setelah memastikan pesakitku berada dalam keadaan stabil dan selesa,aku bergerak ke kaunter.Aku perlu mengemaskan keputusan-keputusan Ujian scan itu pula.Di situ,Kak zaiton dan Nini sedang menyiapkan report mereka.Nini menggamitku dengan wajahnya yang ceria."Sara,cepatlah.Aku ada cerita nak bagitau kau!"Aku mengangguk sambil tersenyum.Aku dah faham benar dengan Nini.2 tahun berkongsi rumah sewa dengannya menjadikan kami berdua akrab.Kami berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.Sifat nini yang ceria sering membuatku terhibur.

"ha..apa dia?? cepat,aku banyak kerja nie.." aku bergurau sambil membuat muka serius.Nini buat muka selamba.Dia dah kenal aku.Aku,orang yang kalau nak tipu tak menjadi..

"kau tau?.." dia memandangku sambil membulatkan mata..aku tersengih.."tak...aku tak tau..kau tak bagitau aku,mana aku tau..." Nini tersengih.." tadi budak maintainance datang.Budak baru tu..dia datang ambik peti sejuk tadi.." katanya bersungguh sungguh.Aku jeling Nini sekilas.Aku pegang kepalanya."aik..tak demam.." aku menggumam depannya.."Ni,kau beria-ria panggil aku,nak bagitau pasal benda tu ker?so,budak maintainance datang,ambik peti..baguslah.Nanti peti kita okey balik." aku pandang Nini dan menyambung." ker...ko nak cakap benda lain tak?? ha..budak tu handsome ek?? wah..tak sangka aku,akhirnya kau mengaku ada lelaki handsome selain pakwe handsome kau tu ye!"aku tepuk-tepuk tangan depan dia..Nini dah memandangku geram.."oit..tak der lelaki lebih handsome dari pakwe aku tau!" katanya sambil mengangkat ibu jari.Aku juihkan mulut.Perasan betul la minah ni." dengarlah nie..laki tu tak la handsome mana tapi ada la rupa..yang aku beria panggil kau ni,sebab nak bagitau yang muka lelaki tu cam sinonim je..berkait ngan ko.." katanya lagi.Aku pandang dia dan kerutkan dahi.."sinonim ngan aku??mengarutlah kau..." aku menggeleng-geleng kepala sambil membuat muka confident.Siapa yang akan ada kaitan dengan aku??

Petang tu,sambil berbaring aku membuka laptopku.Koleksi foto-fotoku menjadi santapan mata.Wajah mak ayah berada di depan mata.argh..rindunya aku kepada mereka!sambil terus menekan butang next,tanganku tiba-tiba berhenti apabila suatu gambar menghiasi skrin.Gambar itu gambar lama.Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang memakai baju uniform sekolah rendah.Asalnya gambar itu gambar kelas.Kemudian,aku zoomkan kepadanya seorang lalu aku simpan.Lucu aku fikirkan betapa kebudakkannya aku.
Sedang aku leka memerhati,tiba-tiba Nini menerjah masuk."ha...kantoi.!!" katanya sambil terus menujal badannya ke katilku.Aku sengih kerang busuk sahaja dengan Nini."alah..macam kau tak tahu sapa nie."kataku."ya ya..your first love..tapi cinta tak kesampaian.." balas nini.."herm,ada gak orang type jadik secret admirer cam kau nie ek!heran aku.." sambungnya lagi sambil menggeleng geleng kepala.Aku jongket bahu sendiri..Terus terang,aku pun tidak tahu kenapa lelaki itu terus ada di fikiranku.Nini pula leka memerhati gambar itu.MUla-mula biasa,kemudian dia buat muka ternampak hantu pocong..."haish...aku tau dah...!" laungnya kepadaku.Aku beralih memandangnya." apa"tanyaku.." muka ni...muka ni lah yang aku nampak kat hospital tadi.Budak maintainance tue.."jawab Nini beria-ria..Aku tersentak.."ai..takkanla..ni gambar budak-budak la..kau salah tue.." aku cuba menafikan sedangkan jantungku mula berdetap kuat."tak...betul..muka dia la yang aku nampak..patutla macam sinonim jek..'balas Nini lagi..Aku termangu.kejadian di pintu wad terimbas di fikiran..apakah benar yang Nini katakan?kalau begitu,lelaki itu adalah...

Seminggu berlalu...

Aku melakukan kerja-kerjaku seperti biasa.Sekarang,aku sedang mengisi form makmal di kaunter.deringan telifon kedengaran dan terdengar suara staff nurse malini menjawab panggilan."ye..wad 3 di sini..oh..ye ker?? bagus bagus..boleh hantar sekarang.."sambil meletak ganggang,malini memandangku.."peti sejuk dah siap baiki.lepas ni diaorang hantar" katanya kepadaku.Aku mengangguk..Alhamdulillah,sihat jugak peti sejuk tu akhirnya..bukan orang je sakit,peti pon ada sakit jugak..
Dalam kelekaan aku menulis form,tetiba suara lelaki kedengaran memberi salam tepat dihadapanku."waalaikumussalam.." jawabku sambil mengangkat muka..tetiba,nafasku jadi terhenti dan jantungku berdetak kencang.wajah itu,wajah yang amat aku kenali.Kening itu,masih sama seperti dulu-dulu juga..dan renungan itu.."ya Allah..benarkah lelaki ini dihadapanku sekarang??" aku menyoal di dalam hati.Aku menyorok kegundahan di dalam hati sambil buat selamba."yer,boleh saya bantu?" kataku sambil menatap matanya.Dia tersemyum sambil mengangguk."yer..saya rasa awak dah tahu.Peti sejuk dah siap baiki.Saya dah letak balik dah kat tempat dia..ni nak mintak sain form sebagai tanda penerimaan dari wad." balasnya sambil menghulurkan kertas.Aku mengangguk dan menurunkan tandantangan segera di atas kertas form tue.malunya..aku menunduk muka sambil nak tembus meja kaunter tu..dah tau orang tu budak maintanance,tanya macam dia orang lain..kan dah malu..cover cover...ngomelku dalam hati..
"awak kata apa??" tiba-tiba aku terdengar dia bertanya.Aku angkat muka."ha?..tak der..saya tak kata apa -apa"omelanku terhenti.Dia dengarkah??aku berfikir sendiri.Sambil mengambil salinan form dariku,dia tersenyum lagi padaku."awak ni tak pernah berubah.." ayat dia buat aku tersentak.Apa maksud dia?? Aku pandang wajah dia minta penjelasan..namun,lelaki itu buat selamba sahaja.Akhirnya aku yang bertanya."apa maksud awak?" soalku.Dia pandang aku sambil jongket bahu."tak der apa apa..okay la,saya mintak diri dulu ye.Nice to see you again ..Mia" dia tersenyum sambil terus berlalu.Aku tersentak lagi.."nice to see you again??"..dan namaku..dia sebut namaku..Mia..nama timanganku di sekolah.Aku laju-laju memandang kembali form yang aku sign tadi.Tadi,kerana gabra,aku sampai terlupa untuk membaca namanya."Mohd Aliff haikal.." aku membaca di dalam hati..SubhanaAllah,...benarlah.Dialah orangnya..aku terpana.


Makan malam hari ini,aku rasakan kurang berselera.Wajah lelaki itu sering menghiasi pandanganku.Berapa kali ku usir,bayangannya tetap hadir mengganggu.Alangkah confusenya hatiku ini.nasi di dalam pinggan ku cuba habiskan secepatnya.hari ni aku makan seorang kerana Nini kerja shift malam.Setelah habis makanan di pingganku,aku cuci dan lantas bergegas ke bilikku.laptopku ku hidupkan.Sekali lagi,wajah itu akan ku tatap ..CUma kali ini dengan perasaan yang berbeza,kerana hari ni aku sudah menemuinya..menatapnya secara realiti dan dengan umur yang 5 tahun lebih tua berbanding gambar yang aku tatap sekarang.."mohd Aliff haikal.."aku menyebut namanya perlahan..

Malam ni,aku bermimpi lagi..Aku dan haikal berjalan beriringan menuju ke sebuah taman bunga.Perasaanku cukup damai ketika itu.kami saling bertatapan dan tersenyum.Bunyi burung yang berkicauan mengalih perhatian kami.Irama merdu itu seolah menyanyi seiring dengan lagu hatiku iaitu cinta.Ya,perasaan cinta melingkari hatiku.Saat itu,haikal menarik nafas panjang dan berpusing ke arahku."Mia,saya nak awak tahu,awaklah satu-satunya gadis yang saya cintai selama ini.." katanya sambil merenung anak mataku.Aku terharu dan mengangguk."saya juga.."haikal tersenyum."kita sering berjumpa di sini kan? " tanyanya lagi.Aku mendongak memandangnya,memohon penjelasannya.Dia menyambung,"kita berdua tahu kita dimana sekarang kan?kita berjumpa di alam mimpi..5 tahun kita berjumpa sebegini.." katanya lagi..Aku tersentak.."jadi maksud awak..selama ini awak memang.."aku tidak dapat menghabiskan ayatku.Ingatanku mengimbas satu persatu pertemuanku dengannya di alam mimpi.Ku kira,selama ini aku cuma bermimpi seorang diri..ternyata,mimpi itu penhubung antara aku dan dia.."dalam masa 5 tahun,macam-macam kita lalui.saya tahu awaklah gadis yang tepat untuk saya." aku tergelak mendengar ayatnya"macam-macam kita lalui "itu.kerna aku tahu,haikal merujuknya kepada mimpi-mimpi kami sebelum ni."gelak pulak!"marah haikal.aku hanya tersengih.

Tiba-tiba Haikal berubah serius kembali.Aku menatapnya."tetapi lepas ni,kita takkan jumpa lagi disini.." haikal berpusing dan menatapku.aku tersentak.Apa maksud dia?? Apakah dia sudah tidak ingin bersamaku biarpon di dalam mimpi?..jiwaku tiba tiba menangis..kalau begini,lebih baik aku mimpi seorang,asalkan aku tidak dihalang dari bermimpikan dia..Aku menahan air mata yang cuba mengalir.haikal memang benar-benar kejam."Mia..." suara haikal kedengaran lagi..lembut di telingaku.Namun,aku benar-benar tidak mahu mendengar kata-kata darinya lagi..aku ingin terjaga dari mimpi..sebelum terjaga,baik aku lari..maka,aku berlari meninggalkannya yang sedang memanggil namaku.


Aku terjaga dari mimpi dengan termengah-mengah.Aku sentuh mataku.Ada air mata di situ.Aku pandang jam di sebelah.Pukul 4.00 pagi.Aku beristighfar..Ya Allah,ampunilah diriku ya Allah..betapa berdosanya aku kerana menangis disebabkan cinta kepada insan,tidak kepada Allah.Aku termangu sendirian.Rasa mengantuk sudah hilang,sebaliknya fikiranku sudah mula bekerja.Aku menafsir mimpiku..benarkah aku telah berjumpanya tadi?? atau adakah itu sekadar mimpi?? sesungguhnya aku tidak tahu..walaubagaimanapon,aku kecewa kerana mimpiku kali ini berakhir begitu.."tidak mengapalah..mimpi kan mainan tidur" pujukku di dalam hati.memandangkan mata sudah tidak mengantuk,aku bangun dan mengambil wuduk..pagi itu,aku berteleku di atas sejadah sambil membaca Al-Quran hingga ke subuh.

Aku shift petang hari ni.Aku menuju tergesa -gesa ke dalam bangunan hospital memandangkan cuaca yang agak panas.Sesampai di kawasan hospital,aku terus menuju ke tempat 'punch card' .Sambil berjalan,aku menunduk dan meraba-raba mencari kad attendance ku.tiba-tiba..

"Adoii....." banyak punya sedap kepalaku terhantuk kepada sesuatu dihadapanku."Aku pandang benda di hadapanku itu.Tiang besi rupanya.."alahai,macam mana boleh lupa ada tiang kat sini??"aku merungut sendiri di dalam hati.Kepalaku yang mula berdenyut aku urut perlahan-lahan."huhu...benjol kepalaku nanti.." aku menangis di dalam hati.
"Awak tak apa-apa??"tiba-tiba seseorang menyapa dari belakang.Aku yang masih rasa berdenyut denyut,rasa tambah berdenyut-denyut mendengar suara itu.Aku cam suara itu.lambat-lambat aku berpusing.Haikal sedang berdiri dihadapanku.Jarinya menunjuk ke arah dahiku."Tu,,sakit ke?" soalnya..Aku berkerut padanya."hish mamat nie..soalan cepu emas kau bagi aku?"omelku di dalam hati."tak..tak sakit pon...cuma cam rasa ada tong-tong besi jek kat kepala ni.." jawabku.Dia mengerutkan dahi.."sakitlah ni..." katanya perlahan sambil memandangku."nak saya tolong tak?"Tanyanya lagi.Aku menggeleng.."takpe,terima kasih.saya tak apa-apa"..aku menolak sambil terus menujahkan kad kedatanganku ke dalam mesin punch card itu.Aku kalau boleh ingin terus lari dari lelaki itu.Aku merasa malu dengannya..Apakah reaksi dia kalau dia tahu aku mengimpikannya?tergelak gelak besar barangkali..makanya,aku cepat-cepat meninggalkannya.
"Eh..Sara..laju je..awak nak cepat ker?"tiba-tiba dia bertanya lagi.Langkahku terhenti.Dia panggil aku sara,bukan Mia..nampaknya memang hanya aku bermimpi seorang diri.Aku pusing menghadap dia."ha ah..nak cepat-cepat masuk wad.Boleh letak minyak angin kat kepala ni"jawabku sambil menunjuk ke dahiku.Dia mengangguk seraya tersenyum.Kemudian dia memandangku.Mulutnya seolah olah ingin berkata sesuatu.Aku menunggu kata darinya sambil mengerutkan muka.Menahan kegundahan hati sebenarnya..Hurm..boleh kita jumpa lagi?"soalnya..Aku tersentak.Dalam was was,aku mengangguk.."baiklah,kita jumpa di Tasik lusa.,pukul 5 petang..saya tahu awak shift malam hari tue.." katanya lagi sambil mengenyit mata.Aku angkat kening"Aik...." tu je yang keluar dari mulut aku..Tak sempat aku bertanya,haikal sudah berlalu pergi.Macam mana dia tahu aku kerja shift malam hari tue??

tepat Pukul 5.00 pm,aku tiba di Tasik.Aku mencari-cari tempat letak kereta yang kosong.Petang begini,ramai yang membawa keluarga bersiar siar,makanya parking di kawasan tasik pun penuh.Setelah berpusing separuh dari tasik,baru aku berjaya menemui satu lot parkir di bawah sepohon pokok pinang.terus aku memarkir keretaku di situ.Di situ,tiada peraturan meletak kenderaan,asalkan ia tidak membahayakan orang lain dan tidak mencacatkan pemandangan.Setelah mengunci kereta,aku menoleh noleh mencari kelibat haikal.Sedang aku tercari-cari,terdengar suara orang menyapaku dari belakang."Assalammualaikum.." aku terkejut lantas beristighfar..Aku menjawab salam sambil berpusing,menghadap empunya suara.Berdiri haikal sambil tersengih memandangku.Hai..hobi mamat ni ker suker tegur orang dari belakang nie??soalku di dalam hati."tak la..bukan hobi saya,ngan awak jer saya suker tegur gitu.."tetiba dia menjawab.Aku telan air liur.."Alamak,cam tahu jek aku fikir apa.."aku pandang dia semacam sedangkan dia dah buat muka selamba..sabar je la..

Pertemuan kami agak janggal.Sambil berjalan menuju restoran,kami berjalan beriringan.Aku kerling dia curi curi dari tepi.kacaknya dia...aku memuji dalam diam.tetiba aku terfikir,kenapa dia ingin menemuiku?aku teragak-agak untuk bertanya-tanya.

Sesampai di restoran,kami memilih sit di bawah,iaitu di tepi tasik berpayungkan cendawan buatan.Kami masing-masing memesan jus oren dan mee sup..simple di waktu petang.Aku still tertanya-tanya tujuan dia petang ini.Dia pula kulihat kusyuk memerhatikan kanak-kanak bermain di taman permainan seberang sana."arg...apa nak cakap nie??"" aku bertanya sendiri.

"Mia..."tetiba haikal memanggilku yang sudah termenung seorang diri ini."saya tahu mesti awak tertanya-tanya kenapa saya ajak awak jumpa hari ni kan?" katanya lagi sambil memandangku.Aku angguk.Dia tersenyum lantas menyambung."Jumpa kawan sekolah lama,mestilah kena berborak lama.kat hospital tu mana kita sempat nak berborak..".katanya seraya meneguk fresh oren.Aku angguk dan tersenyum.Ternyata dia mengenaliku rupanya.Aku sudah puas itu..itu bermakna walaupon hatinya tidak padaku,sekurang-kurangnya kewujudan aku sebagai rakan sekelasnya disedari.'Dah lama kita tak jumpa..." aku membalas.Haikal mengangguk perlahan."tak sangka akan jumpa awak lagi..hari tu saya keluar sekolah senyap-senyap,tak heboh heboh pon..awk ada tercari-cari saya ker?"tanyanya sambil tersengih.Aku pula,tetiba rasa malu teramat.darah meruap ke muka.Memang benar aku tercari cari dia ketika itu,namun cari secara diam.Alih-alih aku dapat tahu dia dah berpindah ke sekolah lain.Sejak itu,aku tidak berjumpanya lagi.Tapi...takkan aku nak mengaku depan dia..tidak!!

tetiba dia tertawa.Aku mendongak memandangnya."Apa hal lak pula mamat nie?"..fikirku..

Aku lihat dia mnghabiskan mee supnya dengan berselera sekali,sedangkan aku?segala seleraku telah hilang.Hanya sedikit mee sup yang ku jamah."ergh...alhamdulillah..." Dia bersendawa lantas mengusap perut.Aku tersenyum sendiri..Matanya melirik ke arahku."kenapa?tak pernah tengok orang lelaki sendawa ker?" tanyanya.Aku lantas menggelengkan kepala.

"Sebenarnya,saya nak jumpa awak ni sebab.."Haikal memulakan perbincangan kami petang itu.Aku mengfokuskan sepenuh perhatianku kepadanya.Dia tergelak."janganlah serius sangat.."katanya padaku.Aku tersenyum..alahai...malunya!"begini,dah bertahun tak jumpa,macam-macam dah terjadi.Pun begitu,saya rasa antara saya dan awak ada sesuatu yang belum beres..betul tak?"tanyanya seraya menoleh ke arahku..Aku tersentak."haikal fikir begitu juga ker selama nie?"fikirku.Dengan separuh keyakinan,aku mengangguk.
"Kesilapan kita kerana kita tidak meleraikan masalah kita sejak dahulu lagi..maafkan saya.Saya tidak cukup berani ketika itu untuk berterus terang pada awak."katanya lagi.Aku mula gelisah.Apakah yang ingin Haikal sampaikan?

Lagu ' ruang rindu' dendangan Letto secara tiba-tiba menangkap pendengaranku.Aku mencuri pandang skrin handphonenya."suriani.." aku membaca di dalam hati.Tiba-tiba,rasa cemburu menimpaku.alangkah kejamnya perasaan ini.Tidak sepatutnya aku cemburu.Namun,nama itu...aku kenali.Dia juga sahabatku..deminya aku mengundurkan diri..deminya aku cuba pendamkan rasa hati..ternyata,mereka benar-benar bersama..Tidak wajar aku memcampuri hubungan mereka..Fikirku di dalam hati.Sekarang,aku cuma ingin beredar dari sini.Aku benar-benar ingin lari.Ingin lari jauh dari rasa cintaku ini.Haikal masih berbual mesra di handphone.Diriku seolah halimunan dihadapannya.Aku mula tidak selesa.Dengan membuat muka berpura pura ceria,aku menunjukkan angka jam yang menunjukkan waktu yang semakin senja,menandakan aku ingin pulang.Dia mengangkat tangan,memintaku untuk aku menunggu..namun masakan aku bisa.Dengan tergesa-gesa,aku meninggalkan haikal sendirian di situ.

Aku memandu keretaku keluar ke jalan besar.Dalam hati aku menyumpah diriku.Apa punya adab yang aku pakai,meninggalkan seseorang tanpa mengucap selamat tinggal.Namun,sekiranya aku tidak beredar,aku khuatir dia akan perasan perubahan wajahku.Silap-silap aku menangis di hadapannya.Di dalam kereta itu pon,aku menahan tangis.Air mata mengalir tanpa segan silu dan hidungku mula berair.Aku mula rasa tidak selesa.Tangan kiriku mula meraba-raba sit di belakang untuk mencari tisu..Tidak jumpa.Aku semakin rasa tidak selesa,lantas memberi signal untuk berhenti di kiri jalan.Aku lantas mengelap hidungku yang berair dan menenangkan diri.Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi siren.Aku menoleh ke belakang dan....DEBUM...aku hanya sempat melihat satu kenderaan datang laju ke arahku dan aku sudah tidak sedarkan diri.

***********

Perlahan-lahan aku membuka mata.Aku memandang sekeliling.Di manakah aku sekarang?Kawasan ini..seperti sinonim.Aku cuba mengingati tempat itu..dan tetiba ku dengar derap kasut dari belakang.Aku menoleh ke belakang..Haikal 5 tahun yang lampau berdiri di hadapanku.Aku duduk menghadapnya.Aku keliru dengan situasiku ini.Aku ingat sekarang..inilah tempat aku menunggu kata darinya,namun aku pulang dengan kecewa..haikal tersenyum memandangku..sambil menggamit diriku,dia menggamit aku mengikutnya ke belakang restoran itu..Ya.. disitu indah sekali...Sebuah tasik dihiasi sebuah gua kecil..sungguh indah! haikal kecil melepaskan tanganku dan memandang jauh ke hadapan..aku pon turut memandang gua kecil itu.

"hari itu...saya nak cakap ni pada awak...yang saya cinta awak...saya dah sedar yang cinta awak pda saya ikhlas..saya dah jatuh cinta dengan keikhlasan awak.."Aku tersentak lantas terus berpusing menghadap Haikal kecil itu.Pernyataannya benar-benar mengejutkan aku.POn begitu,tetiba haikal kecil itu berubah menjadi Haikal yang besar..Aku tersentak lagi...

"Dan hari ni,saya ingin tebus kesalahan saya kerana tidak meluahkannya pada awak waktu itu.Ketika itu saya masih muda,tidak yakin dengan perasaan saya yang sebenar.Tetapi kini saya saya yakin,bahawa hanya ada awak di hati saya.."sambung Haikal yang dewasa..Aku terpana.Tidak tahu bahwa apakah aku percaya dengan ilusi ini..

"tolonglah jangan tinggalkan saya..saya perlukan awak dalam hidup saya.Jangan tinggalkan saya sebelum kita sempat bermula..dan jangan tinggalkan saya sampai bila bila.." rayunya lagi..Aku jadi terharu..Apakah ini realiti??atau ini fantasi?? kalau fantasi,aku ingin hidup di sini selama-lamanya."Mia..kembalilah segera semula ke sini.."kata haikal lagi sambil memegang tanganku.Aku menatap matanya,..mencari kejujurannya..Akhirnya,dalam tersenyum,aku mengangguk.."Sekarang pejamlah mata Mia..dan bukalah kembali apabila Mia dengar saya panggil sekali lagi..okay?" tanyanya..aku mengangguk tanda setuju...lantas aku menutup mataku dengan tanganku masih erat di genggamannya..

"Mia............" aku perlahan-lahan membuka mataku.Sekarang aku berada di tempat yang lain pula.Namun,aku amat mengenali tempat itu..Aku di dalam hospital sekarang.Aku pandang Sekeliling.Mak Ayahku,kakakku dan adikku berdiri di sisiku.Aku lihat mak mengelap air matanya."mak"...aku panggil mak aku perlahan..Mak lantas memelukku.Aku rasa amat selesa dalam dakapan emakku.."Ayah.." panggilku lagi..Ayahku tersenyum lantas memelukku pula.Seterusnya adikku dan kakakku pula yang memelukku..Aku tersenyum lemah.Tetiba,aku tersedar bahawa tangan kananku berada dalam genggaman seseorang.Aku memusing kepalaku perlahan.Haikal sambil tersemyum terus menggenggam tanganku erat.Aku membalas senyumannya.Mataku dan matanya berbicara..Segalanya seolah terbaca dengan sendirinya..Ya..selama ini mimpiku adalah benar..kerana cinta sejati kami,maka kami diberi peluang oleh Allah untuk bertemu di alam mimpi..Subhanaallah..agungnya kuasa Alah..dan hari ni,walaupon kami baru bertemu kembali..namun perasaan kami sudah lama menjadi satu..

"Mia..." suara emakku pula kedengaran.Aku lantas memandang emakku pula.Emakku tersenyum memandangku."Alhamdulillah,mia dah sedar..mak ayah benar-benar bimbang.Dah tiga hari Mia pengsan.Doktor kata mia terhantuk dekat stereng kereta.jadi,Mia tak sedarkan diri.." jelas ibuku..Aku mengangguk mengerti..Aku faham apa yang doktor maksudkan..'cerebral concussion'..aku mengalami gegaran otak kerana telah terhantuk benda keras.Pon begitu,aku amat bersyukur,aku hanya tidak sedar selama 3 hari..aku juga tidak mangalami pendarahan yang banyak..cuma luka di bahagian dahi sedikit.Aku cuba mengingati kejadian kemalanganku itu satu persatu..kereta melanggarku dari arah sisi..jadi keretaku hanya berganjak sedikit,dan bahagian bonet kereta mengenai pokok dan aku terhentak ke tepi.

"mak...siapa yang langgar kereta Mia?soalku pada mak."Perompak nak..mereka tengah lari dari pihak polis..Masa mia kat situ,mereka tengah laju..nampak mia kat tepi jalan,mereka saja rempuh dari tepi..mereka ingat nak alihkan perhatian pihak polis,tetapi Allah Maha besar..Mia cedera sikit jer,tetapi mereka pula yang teruk..."jawab ayahku..Aku kerutkan kening.."kenapa pulak?"
"sebab...dua tiga meter mereka tinggalkan kereta Mia,tetiba Trak dari depan berhenti mengejut.Katanya ada biawak melintas time tue..Jadi,kereta mereka tue semua masuk bawah trak..semua maut"...terang ayahku lagi.."dari Allah manusia datang,dan kepada Allah manusia kembali" aku bertafakur...aku mengucap syukur di dalam hati..Terima kasih ya Allah,kerana memberi aku nafas kehidupan lagi...

"Maafkan saya mak cik..pakcik..saya tak tahu waktu ini sesuai atau tidak..tetapi,sekiranya mak cik pakcik memberi izin,saya ingin mengambil Miasara sebagai isteri saya..bolehkah mak cik?pakcik?"suara haikal mencelah tiba-tiba.Aku tersentak lalu memandang haikal tidak percaya.."haikal..apa yang awak cakap nie?kita baru jumpa..."aku menentangnya..
Haikal memandang tenang wajahku.."tidak Mia..kita sudah lama berjumpa..awak tahu itu.." katanya..kali ini,aku tidak dapat menafikan kenyataannya..kemudian,aku teringat Suriani."tapi,awak dah ada Suriani.."kataku lagi...Haikal tersemyum lagi.."Tidak..saya tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan Suriani.Dulu tu,saya hanya berpakat dengan dia untuk buat awak cemburu..tapi awak ni la..bukan nak menegakkan kemahuan awak..tapi mengalah camtue jer..saya nak wat camner?" aik..aku pulak disalahkan?? tetapi aku lega,kerana rupanya Suriani tidak pernah hadir di antara kami..

"sekarang..awak setuju?" tanya Haikal..Aku pandang mak ayah.Mereka mengangguk kepadaku.Aku berpaling kembali mengadap Haikal seraya menganguk...haikal lantas tersenyum dan mengucapkan syukur...

Kini,2 bulan telah berlalu.Hari ni aku sah menjadi isteri kepada Mohd Aliff haikal.Perasaanku..sungguh bahagia..Ternyata,cintaku yang tulus telah menyatukan kami..aku benar-benar bersyukur kepada ilahi..bau wangian haikal tetiba menusuk hidungku..Dia memelukku dari belakang.."sayang...terima kasih kerana sudi jadi isteri abang..terima kasih kerana ikhlas mencintai abang..setia pada abang..abang janji takkan tinggalkan sayang sampai bila-bila..cukuplah sekali yang dahulu tue.." katanya yang lembut menusuk masuk ke dalam telingaku..aku tersenyum dan membalas ucapannya ringkas sahaja.."abang..sekali saya jatuh cinta..saya cinta selamanya.."Aku dekatkan bibirku ke telinganya dan mengucapkan"Cintaku Untukmu.."...

Wednesday, February 9, 2011

The Arrival ~ Harus Ditonton !!!

assalammualaikum kawan2 semua..hari nie aku khusus ingin bercerita tentang satu siri 50 episode yang baru siap kutonton semalam..siri 50 episod ini mengambil masa 3 hari untuk aku habiskan..pon begitu,x lansung aku merasa bosan ketika menontonnya sebaliknya perasaan ingin tahu lebih menguasai minda..Ini kerna,bagiku apa yg diberitahu oleh pihak filem itu memang lain dari yg lain.pendedahan yg dia lakukan x dapat kite peroleh di surat khabar,di telivisyen mahupon segala jenis2 saluran2 utama media berita.ceritanya ekskulif dan menarik..apakah yang diceritakan oleh filem ini??




THE ARRIVALS ~ NOREAGAAA AND ACHERNAHR PRODUCTION
THIS STORY ARE ABOUT THE DAJJAL ARRIVAL..WHOSE ARE THE PEOPLE THAT INVOLVING IN DAJJAL ARRIVAL??
WHAT THEY DO TO WELCOME DAJJAL..DONT SHOCK WHEN YOU WILL KNOWING SO MUCH THING ABOUT THE TRAGEDY ON 9 SEPTEMBER...
AND WHAT WE MUST DO AFTER WE ALREADY KNOWN THEIR PLAN?? DID WE IGNORE IT?? OR DID WE WANT DO SOMETHING ABOUT IT?? YOU THINK..

itulah prescribsi mudah yang aku berikan perihal kisah ini..sememangnya kisahnya terlampau panjang untuk aku ceritakan..makanya,aku akan menyelitkan meseg2 penting sahaja di sini..apa yang aku kongsikan mungkin juga menarik minat kamu..ataupon juga mungkin korang jua akan memperlekehkan aku..pon begitu,aku x kesah,kerna bagiku,ia harus diberitahu..

Dajjal...siapa yang x tahu nama nie?? kedatangannya memang sangat digeruni..bukan takutkan dier,tapi kiter akan mula takut akan diri kita sendiri..mampukah kiter melawan godaan dan hasutan dajjal kiranya kiter termasuk dalam golongan akhir zaman?? Nauzubillah dari menjadi hamba Allah yang terpesong..

Diceritakan bahawa dajjal itu bermata satu..dan pendedahan demi pendedahan dilakukan..antaranya..



SEDARKAH KAMU MATA WANG US DOLLAR PUNYA LOGO PIRAMID BERMATA SATU??
SEDARKAH KAMU BAHAWA SIMBOLIKNYA BERBALIK KEPADA FIRAUN YANG BERMATA SATU?? YANG BERNAMA HORUS??
didedahkan lagi tentang golongan elit...mereka ini menjaga kepentingan mereka..kekuasaan harus dikekalkan dalam golongan mereka sahaja..namun SEDARKAH KAMU PERIHAL ITU??
Puteri Diana ialah seorang yang diketahui ramai sebagai seorang yang baik hati..Puteri Diana dilahirkan di dalam golongan elit ini..POn begitu,die tidak berwatakan seperti golongan ini..makanya..DIA TELAH DIBUNUH..

HIBURAN..NYANYIAN YANG BERKUMANDANG DI TV DAN RADIO..
pernah tengok video klip dan hayati liriknya?? kamu akan terkejut..
begitu banyak unsur kesyaitanan..memuji yang `bermata satu' dalam lagu hollywood..
selepas ini..perhatikan lagu yang melakukan video klip yang punya lantai hitam putih/ piramid/bermata satu..kerna itu memang lambang kumpulan ini..

kemudian,kite akan didedahkan bagaimana agama2 langit telah dicerobohi..sebelum nie memang kiter telah tahu bahawa kitab2 bibble telah diubah..gereja2 telah dicerobohi..namun,buktinya tiada.Sekarang,aku nampak bagaimana agama kristian telah dicerobohi..gereja mereka kebanyakannya telah diambil oleh ` golongan ini' sebenarnya..buktinya,begitu banyak gereja di seluruh dunia mempunyai lambang ` mata satu' di dinding mereka..

pon begitu,aku tidak menyatakan bahwa semua penganut kristian adalah pengikut` yg bermata satu'..mereka adalah orang yang baik2..cuma mereka telah dibohongi oleh orang2 kepercayaan mereka..kristian sebenarnya agama yang suci..dibawa oleh Nabi Isa anak Maryam..sekiranya mereka mau berfikir,siapakah yang mencipta nabi Isa itu,maka mereka pasti akan mengenal Allah..Allahu Akhbar!

9 SEPTEMBER~TRAGEDI REMPUHAN MENARA PWTC..




apa yang kiter tahu pasal nie?? kegiatan pengganas ugama?? tidak....lagi2 umat islam dipersalahkan?? tidak.........itu satu FITNAH..SATU PENIPUAN! KERNA SEBENARNYA IA ADALAH SATU PERANCANGAN YANG TELAH DIRANCANG AWAL2 LAGI OLEH `GOLONGAN ELIT'..iaitu golongan yang mempersiapkan diri untuk ketibaan Dajjal..

9 sempetmber sebenarnya satu upacara mereka untuk mencabar tuhan..untuk membuka pintu dua alam..untuk melepaskan tenaga negatif yang banyak di dunia.sekiranya korang melihat video The Arrival nie,korang akan terpegun..terlopong tentang bagaimana tarikh,kedudukan,bentuk,struktur mempunyai kaitan dengan agenda upacara mereka..

fahamkah kiter sekarang siapa yang ingin memusnahkan kiter??

ia adalah puak `golongan elit ' ini..yang memegang tampuk pemerintahan dunia hari nie..
mereka ingin kiter terleka dan dikuasai mereka..

Maka,untuk lebih memahami apa yang aku sampaikan,aku amat menyarankan,carilah di mana2 video the arrival ini.. sekian..