Thursday, March 31, 2011

apa yang berlaku??

assalammualaikum semua..

sedar x sedar,masa semakin berlalu...tempoh 4 bulan kini tinggal 3 bulan sahaja lagi...debaran kian terasa..tetapi,apa yg terjadi?? kenapa semangat untuk berjuang masih tidak begitu utuh nie?? huhu..sungguh aku kecewa..

ape pon,aku bersyukur kerana pihak management Nursing dah mula atur langkah untuk mempersiapkan diri kami dengan LJM nie..berbanding minggu2 seterusnya yang telah berlalu dengan penuh sia2(tiada yg menarik minatku) tetapi mulai minggu nie,aku dah mula semangat dah..thanks to our cute mama ,our HOD la of course..teknik pengajaran dier memang The best!cumer management jek yg ehem ehem...masih perlu diperbaiki.. :D

hari nie kami didatangi seorang lecture dari luar..untuk buat revision pasal psychiatric dengan kami..wow!otak dier de boom la..... cam2 dier tahu...same la dia ngan our cute mama tue....information at the finger tips...Mamtop!!

lately jugak la orang kater,macam2 perkara akan menjadi obstacle...aku sendiri,mengalami emotional problem..uwahh.... emotional gitu...ye ker?? ntah...certain things je kot....ha.....antara yang mentensionkan urat kepala aku nie la kan....one of them kan berkaitan *****...stressor no 1...sebenarnya,benda nyer x der per dah,tapi ntah...bila asyik face with ***,jadik sakit hati menjadi jadi...aku pon x tau nape perasaan tue wujud...aku benci sebab otak aku dah tersumbat..sumbat sebab fikir something unnecessarily...

tapi,naseb baik gak la,kekadang stress nie dapat dikawal...kalau x kawal,aku write kat blog aku nie...pastue,bila dah tenang,aku delete la balik..huahuahua...

ok la..sekian waktu nie...bye bye..

Promo Sutera Bidadari

Wednesday, March 23, 2011

lagi satu `tipah tertipu' kerana Fb~

salam kawan-kawan..

hari nie.sekali lagi aku terbaca kes `tipah tertipu' gara-gara terpedaya dengan omong kosong dan ulah lelaki jahat yang suka mengambil kesempatan..

kes terbaru,merujuk kepada Harian Metro 23 mac 2011,seorang lagi wanita telah terpedaya melalui laman web facebook ini.. aku selitkan sekali artikel tersebut di bawah nie..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TINGGAL KENANGAN...barang  hantaran yang dihantar lelaki terbabit.
TINGGAL KENANGAN...barang hantaran yang dihantar lelaki terbabit.
KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan,
 tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk
saya dengan menggunakan nama saya.

“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta
 bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu
apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan
diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia
 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan
pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual'
nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata
 seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.

“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas
 bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah
 itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.

“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah
 keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.


Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja
membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis
pertunangan mereka.

Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya
mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya
 itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.

Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata
 biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan
 berpangkat Datuk.“Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke
dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah
 dengan Bank Negara,” katanya.

Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak
dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan
semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.

“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya
 mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.

Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah
 berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.

“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah
 cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan
kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.

“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari
 hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya
ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.

Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya
 ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala
Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.

“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa
dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang
 ke kampung dengan penerbangan biasa.

“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang
 kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan
dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.

Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi
memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan
 memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

herm...bila difikirkan,,,siapakah yang bersalah dalam hal ini???

mangsa?? semestinya.....dan kebanyakan mereka adalah wanita..

pun begitu,kita kena lihat juga penyebab penipuan itu berlaku..ntahla...menurut pandangan
aku la,wanita tue pon salah jugak..kerna diyakinkan bahawa lelaki itu seorang yang kaya,berstatus
 elit,maka kepercayaan sepenuhnya telah diberikan...herm...ader unsur materialistik di sini !

dan kiranya unsur materialistik tidak timbul sebaliknya memang cinta yang menjadi tunjang
 kepercayaan wanita terbabit,sekurang-kurangnya ambillah masa yang lebih lama untuk
mengenali hati budi lelaki itu..janganlah kerana teruja untuk bersama lelaki itu,safety precautions
 lain sudah tidak diambil kira..

apapun,aku bersyukur kerna hanya wang sahaja yang ditipu oleh lelaki itu.Naseb baik perempuan
 ini menolak ke luar negara..kalau tidak~nauzubillah dari segala kejahatan manusia dan syaitan.
Aku still boleh clasifikasikan wanita ini golongan yang beruntung..beruntung berbanding mangsa2
yang telah kehilangan maruah diri kerana tertipu seperti ini.

Selain facebook,laman web social lain pon sama jugak..saling menyediakan platform untuk lelaki
 hidung belang untuk menipu..twitter,frienster,tagged,MirC chat dan macam2 lagi lah..kes yang lain
 pula,lelaki ditipu perempuan...sama jugak,rujukan daripada harian metro 23 mac 2011.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan,
 dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal
tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.

Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi
 itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan
 mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.

Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan
 selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.

Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia
mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.

“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke
 daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran
 tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.

Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu
 juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang
bertunang penghujung tahun ini.


“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa
 berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.

“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu.
 Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip
pergerakannya setiap malam.

“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam'
 rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung
taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu
kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil
membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan.

“Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta
menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,”
katanya.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan
terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

haish...macam2 kan??? itu la...orang kata laman sosial ni ader baik dan buruknya..

baiknya kitalah yang ambik...dan buruknya,itulah kita cuba elakkan sama-sama okey!

erm,memang banyak la sangat kes penipuan sebab laman web sosial nie...sebab
 benda ginilah,aku hilang member..sebab benda ginilah,aku hilang keyakinan kat lelaki2
 dalam Fb tue..susah dah nak cayer~nak cari yang ikhlas?? tapi x jumpa-jumpa...pernah
 sekali terambil yang suka main kayu tiga.penipu lagi tue...herm..terus aku putus..
sampai sekarang x jumpa yang lain lagi...huhu....kesian aku!

tapi...aku x kesah...kerna aku tahu,,sekiranya Allah telah menetapkan jodoh buat aku,
cepat atau lambat,dia pasti akan datang...kita cuma perlu sabar dan redha..sekiranya
 tiada jodoh buat kita,kita kenalah redha jua..mungkin ada hikmah buat kita..Bukankah
 Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya??

herm..penat dah aku berceloteh...sebagai moral of the story,kita semua,khususnya kita
 gadis-gadis nie,kenalah berhati-hati dengan orang yang baru muncul dalam hidup kita.
Orang kata,letak syak wasangka tue x baik,tapi aku rasa zaman yang memang `berbahaya' nie,
x salah kita pasang sedikit syak wasangka kita...bukan apa..baik kita berjaga-jaga sebelum kena.
.jangankan nanti,nasi sudah menjadi bubur...menangis sudah tidak berguna~

sekian...

new incoming good news

assalammulaikum kengkawan..

jam dah pukul 1.10 am sekarang nie,tetapi aku still aktif berblogging..hehe..mata ader sikit2 ciri ngantuk,tetapi aku x kan dapat tidur selagi x siapkan postkan aku nie..hehe..pesal??

sebab aku EXCITED...HAHAHA

tadi aku dapat calling daripada kak aku..alhamdulillah,akhirnya hari bahagianya telah ditetapkan.Setelah bertunang selama 1 tahun lebey,akhirnya kak aku bersedia untuk melangkah ke fasa baru kehidupannya iaitu alam perkahwinan..heheh..

mereka bertunang 14 feb 2010..dan insyaAllah,sekiranya diperlancarkan urusan,maka kak aku dan pasangannya akan diijab kabulkan pada 3 jun 2011..

yang sedihnya,time tue aku x cuti..huhu...6 jun tue plak dah kena pergi induction kat Kolej Jururawat Seremban..tapi,aku dah plan something dah...maybe,aku akan ponteng..ahahah..SHuhh...this is our secret k!! :d

bagaimanapun,majlis itu kemungkinan hanya kecil-kecilan sahaja.kenduri kesyukuran diadakan tetapi untuk majlis perkahwinan yang sebenar bagi kedua-dua pihak akan diadakan pada bulan julai 2011...tarikhnya akan aku maklumkan kemudian k!!hehe..

so,here we go the wedding picture..

p/s~this is not true picture.Picture is edited..gambar couples adalah betul k...tapi..hehe,gambar pelamin ciplak internetnyer..kih3..pe pon..ni lah kononnya harapan aku for my sis...:D


sekian....

Monday, March 21, 2011

ngauman dajjal Vs The arrival

herm..firstly,aku admit aku sorang yang forward jugak benda tue~hehe...maklum la..kononnya cam nak tolong bagi meseg gak kat member2 ...pastue baru wat research...

herm..pelah entry aku yg tetiba nie?? let me explain...

2 hours ago,aku bukak facebook..ader la satu post tue,,mintak kita forwardkan satu post artikel tue..ia berkaitan dengan ngauman dajjal di pahang...erm,time baca tue,aku ingatkan gegaran tue semalam(sebab post tue kater semalam)..hehe..cuak jek aku..so,aku pon ikut la forward kan...

then,aku start carik info sebenar~apa yg aku temui??

firstly,gegaran yang berlaku tue,bukannya semalam,tapi dah lam dah..sejak september 2009..aish...berita lama rupanya~

ha...tue satu hal..satu hal lagi...betul ker tue ngauman dajjal?? sesungguhnya hanya Allah yang maha Mengetahui...

tetapi ader la 9o% pemikiran aku yg menafikan hal tue...contohnya,masa aku terbaca artikel tue,aku terfikir gini..'aik...kalau gegar,bukan memang ader bunyi ker??'ye la..difikir secara logik,memangla,bila ader pergelesaran di kerak bumi,mestilah ader bunyi...gigi yang terkatip lagi berbunyi...x gitu??

pendapat aku kira menjadi semakin kuat selepas membuka blog2 orang yg lain..aku tertarik ngan satu blog nie.. web dier : http://huzaifahmuntalip.blogspot.com/2009/08/suara-dajjal-mahu-keluar.html..ha,korang bleh bukak blog dier untuk baca pandangan dier plak k..

shockly,satu lagi yang aku turut bersetuju ngan die...iaitu pasal pendapat die mengenai dajjal..dajjal dah ader dikalangan kiter..ya...dajjal sudah ader...ia bersembunyi di sebalik kelompok kelompok manusia yang memegang tampuk pemerintahan..

DAN kalau dajjal belum keluar,pasti...memang pasti...ader satu golongan yang sedang menanti ketibaannya...yang menyediakan karpet merah untuknya...

ha..kalau perihal tue,korang boleh rujuk dekat dokumentari The Arrival...Dokumentari tue ader 51 episode seingat aku..herm..actually aku dah post blog tentang The Arrival lama dah...so,rajin2 la carik post aku ek! x jauh pon...kat sini sini jugak.. :D

however,maaflah aku x sediakan sekali video2 the arrival tue..banyak sangat..tetapi kalau saper mahu,boleh contact aku..aku ader full siri dier kat laptop aku..

okey la..penat dah aku bercerita..aku rest dulu yer...moga ketemu lagi..~

assalammualaikum..

selepas 2 dekad..

huhu..salam kawan-kawan..ruginya aku raser..

betol ker semalam bulan paling rapat ngan bumi?? ala...terlepas nak tengok...

INFO: semalam ika x tengok langit~

huhu..berita nie pon aku tau masa aku baca akhbar KOSMO! sekejap tadi..herm..melepas aku..apapun,aku copy pastekan untuk korang artikel tue okey!

Kedudukan bulan paling rapat dengan bumi



Fenomena ini membolehkan bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.

ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

herm..kawan-kawan,kalau betollah semalam bulan paling dekat ngan bumi,bermakna beberapa perubahan juga akan berlaku kepada bumi dan kita sendiri..

contohnya,dalam bidang psychiatric,ada kepercayaan yang menyatakan bahwa,ketika bulan paling dekat dengan bumi/ bulan mengambang terang,perangai pesakit2 psychiatric akan menjadi lebih agresif..keadaan ini disebut sebagai lunatic...keadaan di mana manusia kurang sedar dengan diri masing-masing..even kita sendiri akan mengalami mood yang berlainan..

herm..so,ader rasa apa-apa yang lain semalam?? heheh..

Saturday, March 19, 2011

seunik nama

seunik nama..yaa...itulah nama blogku yang terbaru..kenapa aku tukar nama blog?? herm..mungkin aku rasa nama blog lamaku dah tak relevant masa nie..hahaha..the other reason is,aku rasa nama blogku yang terbaru lebih kena dengan diriku..erm..bukan nak perasan,tetapi alang kepalang namaku memang unik,kenapa tidak diaplikasikan..tak gitu??

herm..bagaimana pula dengan diriku?? unikkah aku?? apakah aku seunik namaku?? jawapannya..setiap insan adalah unik..aku adalah unik..kamu adalah unik..dan everyone adalah unik..setiap makhluk di atas bumi Allah ini adalah unik...

Uniknya aku..aku ni kawan aku kata kuat berimaginasi..aku suka sangat membayangkan sesuatu yang kekadang diaorang x terpikir..

uniknya aku..apabila aku nie memang insan yang memilih..insan yang takut untuk memberi keyakinan terhadap somebody called man..kerna itu,aku masih sendiri..aku pernah cuba untuk bercinta,tetapi dah putus..putus secara aman,namun masih terasa sakitnya..pengalaman pertama itu buat aku susah nak percayakan lelaki terutamanya melalui online..kawan-kawan aku kata,keputusan aku tue memang tepat untuk putuskan hubungan..aku pun rasa betul gak sebab sekarang nie,aku tengok die ngan awek mana plak ntah..lepas die kapel ngan seorang junior aku..(lepas break ngan aku)..fuh..cepat betul dier carik orang lain...herm..cintaku hanya untuk orang yang setia dan ikhlas menyayangiku..aku masih menanti..siapakah gerangannya itu?? jeng jeng jeng..aku pun x nak gopoh dah pasal itu..kerna orang kata,jodoh itu pasti akan datang sendiri..kita cuma perlu sabar menunggu..sambil berdoa,jodoh kita itu orangnya baik ,penyayang dan beriman..

lagi,uniknya aku nie kerana aku sangat sayangkan bebear aku yang bernama Ji bon walaupon ji bon itu kakak aku yang hadiahkan..bukan pakwe hadiahkan tau!aku sayang sangat ji bon.selalu peluk dier..and of course i love my sisters too..

uniknya aku bila aku nie sedaya upaya cuba survive sebaik mungkin sebagai hamba Allah.Ya,aku belajar untuk menjadi begitu..aku belajar mencari kekuatan iman..pun begitu,imanku masih belum teruji...kerna itu aku sering berduka cita,memikirkan dapatkah aku sentiasa berada di jalan Allah yang benar??

sebenarnya,apa yang aku nyatakan tiada bezanya dengan insan yang lain..pun begitu,aku tahu aku tetap unik..kerna aku tahu..setiap insan itu memanglah unik..cuma bezanya,uniknya kita kepada positif atau begatif..dan aku berharap,uniknya aku kepada positif...sekian.

surat untuk sahabat

salam ..

apa khabar kamu sahabatku?..sihatkah kamu?? apakah kamu menjaga makan minummu?atau..adakah kau tersiksa di sana??

sahabatku,aku peringatkan engkau kembali detik kita bersama..kerana aku bimbang,kau terlupa detik-detik itu.

ingatkah kau,bagaimana kita bertemu??

kita bertemu di sesi orientasi kolej kita.Ketika itu,kita berjalan seiring untuk ke restoran mc donald.Di situ,kita berborak,mula bersembang dan mengenal sesama kita..ingat tidak??

kemudian,kita gembira apabila dapat tahu kita dapat satu blok.Kita happy sangat...malam itu juga,kita semua berkumpul lagi..berbicara dan mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat.

satu hari,kita semua dapat uniform.kita semua excited cuba baju.kemudian,kita bergambar sama-sama.Happy nya time itu..

ingat tak kita balik kampung sama-sama?kamu lapar time tengah malam.Jadi,kita pergi beli meggie kat kantin keretapi tue..merah-merah muka kamu makan pedas..

hari demi hari berlalu..hobi kita semua time tue..jalan-jalan pergi giant.nak balik,mesti singgah king..beli roti..kat bustpo lagi,kita dah makan roti tue..ingat tidak??kemudian,turun PH singgah pulak kat kedai Pak Din..beli makan tengahari.Kemudian,lepak kat common room tengok cerita hindustan ramai-ramai..best kan time tue??

semestinya,jangan kata kau lupa saat-saat gembira kita di sunway lagoon..dan jangan jua kau menafikan saat-saat manis kita semua di Lost OF Tambun..jua saat kita makan sama-sama di starbarker..hingga ditukar kepada thinking cup..juga kita makan roti naan di kedai pakistan..semua itu pernah kita lalui bersama sahabatku!

kau sahabatku,orang yang kukenali sangat baik..kau selalu menjaga hati sahabatmu..kau setia dalam persahabatan..kamu pandai menjaga tutur kata.Bicaramu perlahan dan aku hormat padamu..Ehem,,yang time aku terkasar bahasa..maaflah..aku memang kasar sedikit..:D

kemudian,sampai sesuatu kenangan yang membuat aku senyum bila mengingatimu..kau,sama sepertiku..sangat suka makan..kau tak pernah kata tidak untuk makan..malam-malam,jika tiada siapa yang ingin makan,pasti kamu mengajakku..kerna kau tahu,aku juga pasti mahu..

kamu yang suka makan pedas walaupun segala kulit mukamu akan menjadi merah,..dan kamu yang tersangat malu sehingga merah pipinya..kamulah sahabatku yang aku kenali..juga kamu yang kekadang gelabah..kamulah sahabatku..

tetapi kini,harus aku bertanya dirimu..siapakah kamu??

kerana aku mendapat tahu kamu tidak lagi seperti itu..

kamu mengalami perubahan..dan aku jua tahu penyebab perubahan kamu.Penyebab perubahan kamu itu,telah menyebabkan kita mula bermusuhan..ketika itu aku ada terfikir,apakah aku juga yang salah?? tidak memberi peluang padamu untuk membuktikan pilihanmu adalah tepat buat dirimu?? apakah aku bersalah kerana telah mengeluarkan kata-kata tegas yang telah merobek hatimu??

kemudian,demi tuntutan pelajaran..kita terpisah..aku tidak berapa menerima kabar lagi darimu..

sehingga kini kita bertemu lagi..namun segalanya sudah tidak sama..dirimu..melalui penceritaan teman-teman kita yang lain,telah banyak berubah..sehinggakan,ketika aku melihat wajahmu,aku seolah-olah keliru sendiri..apakah wajah suci ini benar-benar seperti itu??

sahabatku..apakah itu berpunca dari kami?? kami yang seolah tidak peduli tentang dirimu??

atau..adakah semuanya kerana dia..?? yang menghasutmu untuk membenci kami??kerana kamu yang dulu,memang telah hilang..yang ada kini,adalah insan baru yang diwujudkan oleh dia...yang dipilih olehmu..

sahabatku..fikirlah..apakah berbaloi yang kau lakukan demi dia?? apakah berbaloi hingga kamu kehilangan diri kamu sendiri?? kamu kehilangan prinsip-prinsip hidup kamu sendiri..sedarlah sahabatku...

maafkan aku kerna aku memang tidak boleh menerima dia sebagai temanmu,terutama setelah aku tahu apa yang telah berlaku.Penentangan kami bukan bermakna kami tidak menyayangimu..sebaliknya,kerna kami menyayangimu..kami tidak ingin melepaskan kamu kepada insan yang tidak kami yakini dapat menjaga sahabat kami dengan baik..

sahabatku,andai kamu terbaca warkahku,walau bilakah waktunya..ingatlah..walau kini kita seperti insan yang tidak pernah berjumpa,namun sebenarnya di hatiku,di ingatanku,tidak pernah menafikan wujudnya dirimu sebagai sahabat dihatiku..

sedarlah wahai sahabat..carilah kembali dirimu..kerana aku...memang terlalu merindui dirimu....