Tuesday, April 26, 2011

Sutera Bidadari~ laksamana sunan kembali!


Salam kawan2..hari nie aku bawakan edisi penceritaan novel terbaru Ramlee Awang Murshid.Novel ini merupakan kesinambungan daripada novel tetralogi sebelum ini iaitu bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta dan cinta sufi..

Alhamdulillah,aku berjaya juga memiliki novel ini semalam.Semalam,selepas habis kelas,terus bergegas bersama member2 untuk ke pesta buku.Selain novel yg  memang aku tunggu2 nie,aku juga membeli beberapa biji novel dan buku2 lain...turut menjadi pilihanku ialah t-shirt Sutera bidadari yang dijual di dewan karangkraf itu..harganya cuma RM 25 dan terdapat dalam pelbagai saiz..

Aku memulakan pembacaaanku di dalam train.. dan sambung baca balik lebih kurang pukul 9 malam..pada pukul 3 am, aku menamatkan bacaanku,sampai ke noktah terakhir..memang best!tidak sangka dapat menghabiskan pembacaan dalam tempoh x sampai 12 jam! hehe..

now...lets start with the story..

SUTERA BIDADARI

Hanya nama-Mu                  
sentiasa terlafas  
di hati nan kerdil ini

Rupa-rupanya hidup selepas mati,jauh lebih 
panjang dan lama,
berbanding hidup sebelum mati

Istighfar dan kemaafan itu..
sangat besar maknanya..
Sesungguhnya Allah sangat menyukainya..

Imbasan novel2 lalu...

Bagaikan Puteri~ memperkenalkan kita dengan watak laksamana Sunan,haryani dan Dani..Ketiga-tiganya merupakan tunjang kepada jalan cerita yang menarik ini.Ketika ini,laksamana sunan memang tersangat ampuh,seampuh tawadaknya sunan kepada Allah SWT.Dalam novel bagaikan puteri ini,kita bersama-sama menghayati dan turut mengembara bersama haryani ke zaman Kurun ke -15.Ketika itu,laksamana sunan menghadapi musuh dari dunia kejahatan yang bernama NYi kelara..Nyi kelara akhirnya berjaya dikalahkan dengan pertolongan haryani.Namun,harganya amat tinggi di mana akhirnya Sunan terpaksa menikam haryani sendiri dengan keris nanggroe demi untuk menghapuskan tunas2 kejahatan yang mula merasuk haryani..haryani dipulangkan ke zaman abad 21 ini...

Cinta sang Ratu~ memperkenalkan kita dengan watak Sang ratu dan Maharani Pulau Utara.Dani pula tercampak ke zaman kurun ke 15 dan menjadi suruhan Maharani.Dalam satu sesi merawat sang ratu,laksamana sunan akhirnya menikahi sang ratu demi mengelak fitnah.Pernikahan itu merupakan suatu detik yang amat membahagiakan sunan..hinggalah isterinya diculik oleh maharani pulau utara.Demi menyelamatkan isterinya,bermacam halangan telah ditempuh oleh laksamana sunan.Bagaimanapun,sang ratu meninggal ditikam maharani sendiri.maharani yang insaf ditinggalakkan si taghut dan dibunuh pula oleh sang menggala,wakil kejahatan baru yang dihantar oleh taghut..

Hijab sang Pencinta~Tiba giliran sunan pula tercampak ke abad 21 setelah melarikan diri dari buruan sultan melaka.Dalam abad itu,laksamana sunan hampir menikahi haryani,perempuan yg diibaratkan bagaikan puteri.Kisah kali ini,mengisahkan pertarungan laksamana sunan,Dani dan haryani menentang Menggala.Ditimbulkan juga watak siti soleha di sini sebagai pasangan hidup dani.Tidak ditakdirkan haryani dan sunan bersama,dan mana mungkin  satu jasad menaungi dua alam,sunan kembali ke zaman kurun ke -15 setelah ditembak oleh konco jahat ajaran sesat..penat merentasi dua alam berbeza,laksamana sunan mengalami lelah yang bukan sedikit...

Cinta Sufi~ memperkenalkan watak catalina,seorang perempuan portugal dari belanda.merupakan seorang balu kematian suami.Suatu hari,catalina mendapat mimpi agar menemui lelaki berduka dari tanah rencong dan bertanduk dua.Mempercayai mimpi itu merupakan satu petunjuk,catalina memulakan perjalanan ke melaka.Dia berjaya menemukan laksamana sunan dan menjadikan sunan sebagai hambanya.Pun begitu,Sunan yang ketika itu tidak berdaya dilayan baik oleh Catalina.Suatu ketika,bangsa Polip membawa sunan pergi ke kawasan mereka dan sunan disembuhkan.Sekembalinya sunan ke melaka,sunan telah ampuh seperti dahulu,dan peranannya sebagai penghapus kuasa kejahatan diteruskan.Catalina yang menemui hidayah dan tertarik dengan sunan akhirnya memeluk islam dan menukar nama kepada Maryam.

DAN KINI..
SUTERA BIDADARI

Maryam dan LUna,sama-sama mencintai laksamana sunan.Mereka,sama-sama sabar menunggu kemunculan semula laksamana sunan dari dalam tasik.

laksamana sunan.Cintanya abadi buat arwah isterinya sang ratu.Sekalian kali membuka pintu hatinya untuk menikah lagi,bersama haryani dalam hijab sang pencinta namun tidak kesampaian.
maryam dan luna... laksamana sunan keliru dalam membuat pilihan,dan akhirnya mengambil langkah mendiamkan diri dari membuat keputusan..

Taghut- identiti dan sejarah kehidupannya dibongkar dalam novel ini..Rupa-rupanya taghut itu juga seorang manusia awalnya...malah,taghut itu merupakan seorang raja roman yang sangat berkuasa.Pemerintahannya kejam,tetapi turut mempunyai sekeping hati yang teramat mencintai permaisurinya..Menyalahkan tuhan yang membawa permaisuri pergi dari hidupnya,raja Roman bertindak mempersukutukan Allah dan menjadi bahan tunggangan sang petala( syaitan).Kekalahannya dengan laksamana sunan menyebabkan segala kuasa kesaktian taghut ditarik balik oleh sang petala,,lalu kembalilah taghut menjadi manusia biasa yang telah tua..pun begitu,dendammya kepada laksamana sunan masih menyala,dan dia memang ingin membuat perhitungan terakhir dengan laksamana  sunan..

sang dewi~ puaka Inderipuri lingkaran Hindi.Disumpah oleh ketua penghulu agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia2 lain..dia hanya mampu berlaku kejam dan membunuh di lingkungan hutan kawasannya di sebalik pesastri kuno yang terpahat.Tetapi.........benarkah sang dewi itu jahat?? kenapa dia tidak tega untuk mencelakai sunan?? kenapa di hatinya,rindunya teramat tinggi kepada sunan?? dan apabila Luna mampir membuat tinjauan,kenapa Luna terkejut memandang sang dewi sehinggakan dia terus meninggalkan laksamana sunan dan kembali ke banjaran Himalaya??

Saifullah dan Drakul~ watak dalam abad ke-21.Saifullah,peribadinya menyerupai sunan..kesabarannya,penelitiannya dan keampuhannya dalam seni mempertahankan diri.CUma,Saifullah lebih moden dengan campuran teknologi2 dan peradaban2 kini..benarkah saifullah merupakan salur keturunan saifudin..atau sebenarnya siapa itu saifullah?? kenapa dia menghayati kisah hidup Sunan seolah-olah dia turut bersama sunan di zaman kurun ke-15 itu?? Drakul...dari mana asalnya?? apakah sebenar matlamatnya mencari keris nanggroe dan catatan maryam??

Last but not least dariku

Itulah persoalan2 menarik dalam novel ini..aku mengambil keputusan untuk meninggalkannya dengan tanda tanya agar rasa suspens korang ketika membaca novel ini nanti tidak hilang..

rindukan haryani?? walau cuma 2 3 muka surat,..okey..lah nak buat hilang rindu kita kepada haryani..but,if we have some more adventure with haryani again...i like it!

So,kesimpulannya,dapatkan segera Novel Sutera Bidadari di Pesta Buku sekarang! 30 April merupakan tarikh pelancaran novel Sutera Bidadari. belum terlambat untuk korang  kesana!

WOKEY...SEKIAN DARIKU...PAPAI...



Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Angtarabangsa Tiba Lagi...



salam kawan-kawan...

Yuhuu..teruja x?? sekali lagi,Pesta Buku Angtarangsa berlansung...di mana lagi kalau bukan di PWTC Kuala Lumpur..

Korang ader plan ke saner ker?? atau baru balik dari sana?? wah..kalau dah pergi..bestnye korang.Aku belom pegi lagi..sekarang pon tengah confuse...nak pegi mggu nie ke minggu depan?? haish....confuse confuse..

Alasan naper esok masih dalam keraguan..

~ takot gerai x banyak bukak
~ takut x berapa SALE lagi...huhu
~ paling penting....SUTERA BIDADARI x dilancarkan lagi..huwaa..

Alasan naper minggu depan dalam keraguan

~ cuti dah start..nak balik kampung..huhu
~ kakak2 balik kg dah...cuti sampai 1/5..takot x terserempak nnti...huhu
~ ramai member dah nak balik kg...shopping sorang2 x masyok...huhu

herm..kalau korang,pe pilihan korang....

Aku tersangat mahukan SUTERA BIDADARI..dan kalau boleh..nak sangat autograf Abang RAM..
tapi...aku pon nak jugak JUmpa Kakak2 aku...camner nie???? huhu...HELP ME!!!


kulit buku SUTERA BIDADARI~ sambungan tetralogi Bagaikan puteri...
Dilancarkan 30 April 2011.

Wednesday, April 20, 2011

LINK FB yAng BermaKLumat ~updated 22/4

salam kawan2..

kekadang,kita terbaca note2,link2 yg menginsafkan kiter..atau yg membuat kiter berfikir sebagai seorang hamba Allah,sebagai seorang anak,dan juga sebagai seorang manusia,yakni khalifah di atas muka bumi ini..sebenarnya,kesedaran dari masa ke semasa memang harus diberikan kepada kiter..kerna kita nie,memang sering terlupa...diingatkan hari semalam,hari ini sudah lupa..diingatkan hari ini,esok akan lupa...

Note yg kita baca,ari nie baca ari nie kiter alert..kiter insaf..esok lusa bagaimana??mungki kiter terlupa segala peringatan tue~ sebab tue,aku kumpulkan note2 dan Link2 yg baik2 nie dari FB key..yg ader kat wall for today..jadik,nnti bile aku dah lupa benda nie..aku x tersasau nak carik kat maner~ cukup bukak blog nie balik..so,korang pon bolehlah amik iktibar dan nasihat sekali dari link2 nie..

terdapat juga link2 yg menyiarkan informasi2 yg wajar kita tahu! so..

selamat membaca~

sebagai mengekalkan hak cipta,aku kekalkan nama asal pengepost link2 nie yer~thanks to them yaa..


Salam and Good Day,   Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. Ceritanya macam nie:-   Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..   N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer… Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…   n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .   milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….   Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman…. wallahhualam…


by Islam Always In My heart      Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s   Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.   Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.   Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.   Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...   Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.   Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.   Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...   Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..   Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.    -sama-sama muhasabah dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lain




Seindah hiasan adalah wanita solehah  Wanita solehah itu aurat dijaga,  Pergaulan dipagari,  Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini,   Keayuan wanita solehah itu  Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,  Kemanisan wanita solehah  Tidak terletak pada kemanjaannya,  Daya penarik wanita solehah itu  Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin  Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah Memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,   Kepetahan wanita solehah  Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain  Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,  Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam  Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,  Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai   Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,  Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,  Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,  Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,    Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,  Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,  Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,  Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,  Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,  Bersyukurlah atas apa yg ada Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, Salam perjuangan untuk sahabatku semua...


Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi   Kesan Minum AIS   Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.     Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....    Artikel ini berguna untuk semua.   Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.  Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah  akan mendapat faedah dari amalan ini.    Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.  Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak  yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.    Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.  Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.     :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!    Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.    Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.    Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada  serangan pertama  serangan jantung.    Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.    Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..    Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...  PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.  Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.    **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


‎[Malay][W][Z] Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". (Riwayat Muslim)

www.iluvislam.com
‎'Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman, 'hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari.....

selanjutnya buker link di atas~



SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!! Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”  Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” (Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - B.B.Bangi.



Assalamualaikum Antara  protokol Ya'hudi yang mengandungi 8 perkara.... (4S & 4F)   1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... .. bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?   2. ...Sex..... Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......   3. ...Smoke.... Rokok..menjadi kegilaan para remaja.... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....   4. .....Sport.. . Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan.... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ... yang menonton pun tak sembahyang juga ....... Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL...... Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh.... Masha Allah,..   5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....   6.... Female... Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi......   7...Fashion. ... Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. . sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...   Yahudi ketawa lagi.... Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....   8.. .. Food..Makanan. . Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check....halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap.... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h..... Yahudi makan Islam lagi...   Ini hanya baru sedikit yg di ambil dari protokol yahudi..... protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku ini juga cintakan Malaysia .....tetapi aku lebih cintakan ALLAH dan ISLAM.......   Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......   DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....       1 minit untuk mengingat Allah   Langkah 1: * Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: * SUBHANA'LLAH * ALHAMDULI'LLAH * LAA I LAAHA ILLA'LLAH * ALLAHU AKBAR * ASTAGHFIRU'LLAH * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI * WA SAHBIHI AJMA'EEN   Langkah 2: * Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan   Langkah 3:   * SIla Click SHARE kat note ini.   ----------------- PANDUAN & NASIHAT -----------------   Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:   "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)   "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Wahai Orang Yang Berselimut | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Orang Yang Berselimut | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6)

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7)

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)

Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10)

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11)

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12) Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13)

(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14)

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15)

Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16)

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (17)

Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). (19)

Sesungguhnya Tuhanmu yakni Allah (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (20)

Surah Al-Muzzammil 73: Ayat 1 Hingga 20

Tuesday, April 19, 2011

GirlS KenA lebih BerjagA-jagA...



salam kawan2..

ari nie aku luangkan masa aku yg memang terluang ( sebenarnye banyak benda kena wat~ TAPI mood kurang) untuk tulis entry kejap...isu ari nie seperti die atas...

Seram Sejuk~ itulah yang boleh aku nyatakan berikutan dengan berita yg baru aku tahu~ i'm sure hal mcam nie dah lama,tapi aku baru kena`electrik shock' about this semalam~

GIRLS..... mula mulalah privatekan photo masing2 yer~ kalau yg bergeng2 tue,kalau still nak open to public/members,make sure la gambar tue tidak akan mendatang`pemikiran jalan kiri' dari yg memandangnya..SEbab...semalam aku terbaca satu link~yg menghubungkan aku dengan satu Blog tue...thanks to the blog's writer..sebab dah wat aku alert pasal hal nie...

what is that???

AWAS GIRLS~ di luar sana...ops bukan di dalam sini( alam maya) ini,banyak pihak2 yang sedang mengesploitasikan gambar2 anda di dalam FB/ laman web sosial..disebabkan FB merupakn laman sosial terfemous sekarang..maka aku rase banyak gambar2 anda sedang diambil dari sumber itu...

Tak tipu tau!! selepas membaca blog berkenaan,aku mula mencari ,wat research perihal hal tue~ result=MEMANG BANYAK GAMBAR PEREMPUAN2 DIJADIKAN BAHAN TONTONAN DI BLOG2 DIORANG..seram X???

GIRLS..sedarlah...sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa...makanya...aku recommand kan korang untuk privatekan gambar profile picture korang! dan gambar2 yg laen...fikir fikirkanlah apa yg harus kalian lakukan~chose the best for yourself and others..

And ONE more Things....Aku perhatikan! ader satu USaha perangkaP Awek sedang dijalankan...Hati2 kalau ader yg baek2 ngan anda...yang siap jadik cam USTAZ lagi pada anda..kerana ada kebarangkalian....yg sebenarnya mereka itu adalah......non-muslim people~ Jangan percaya nama yang terlakar~ jangan percaya Info yg tertera..kerana anda mungkin tertipu~



BErtindaklah sepertI NancY dreW~> use ur instinct.... investigate and u will be safe~

renung-renungkanlah~

Tuesday, April 12, 2011

kisah jejak kasih Cinderella



assalammualaikum  kawan2...selamat bersua lagi..

kali nie,aku tulis entry aku lambat skit dari eventnyer..hehe..tapi x ler lewat sgt..2 ari jek..

so,what the story?? ha?? oh..ok...jejak kasih...

ha..jejak kasih nie happens between me,and my best friend Che rashidah..ha,FYI,dier nie mmg kamcing giler ngan aku time aku darjah 5..kitaorng satu kelas time tue..kelas 5 ilham~ kitaorng  do all thing together..and she is  so kind~

Namun,disebabkan faktor2 yg x dapat dielakkan,seperti laen sekolah,ketiadaan HP atau telefon umah buat kami x dapat terus berhubung..masing2 bawak haluan,tapi friendship still there..

masa skolah menengah,jarang jek boleh jumper...hinggalah akhirnya aku dapat tahu,Che rashidah dihantar ke KPJ NIlai untuk training jururawat u29..sama sepertiku,cuma dia masuk 6 bulan lepas aku..kolej dier...sama tempat ngan aku tueh! sukernyer...

tapi dah nma dua2 nurse kan..sorang ader kat nilai..sorang dah tersangkut kat daerah mana2 ntah..sorang kat kolej,sorang tengah cuti~huhu..haru kan??

And Finally..the moment just comes.. Aku telifon Che untuk ajak keluar,and then,she free! yaaa...now I can meet my friend~

So,kami jumpa kat Giant Nilai jek.jumpa time lunch hour..Tapi,kitaorg jalan2 dulu sebelum makan..sempat masuk giant,beli makanan junk food..hahha..kemudian,pusing2 kejap,then  barulah kitaorg makan..kat mana lagi kalau bukan KFC..heheh...Aku order set A lunch set,dan Che Order Set C lunch set(Jom JImat)..ai..aku dah la tengah selsema,selamba badak jek minum air berkarbonat,sejuk lagi tue...hehe..naseb ko la ika,,naya diri sendiri.. huhu..

Aku dan che..mana che?? mana aku?? hehe..and surprise..kami pakai tudung sama color 
without planning..hehe..

hehe~cube teka manalah lokasi yg familiar nieh??



makan2 dengan excited,dan bergambar pon ngan excited...hehe,lantaklah orang tengok,yg penting,kami kena tangkap gambar gak..ni lah kenangan kami setelah berpisah bertahun-tahun..

Sesudah makan,kami jalan2 lagi..pusing tempat sama banyak kali,dan aktiviti kami kini lebih tertumpu untuk mencari key chain atau aper2 yg melambangkan `friendship'..satu demi satu kedai dan boots kami singgah,tapi susahnya nak jumpa yg friendship..banyaknya couple punyer~ haish..ingat friends x suker hadiah2 ker??hehe

Akhirnya,kedai terakhir... kedai Smart!.. kat situ kami jumpa jugak yg menarik hati kami..ia simple,tapi memg memenuhi cita rasa kami..tanpa mencurik masa lebih lama,kami terus memilih key chain itu...nak tahu ape key chain kami??tengok picture...

ha..nilah key chain yg aku maksudkan..comel kan?? warna pink gitu~simple mimple but 
PERFECT!! : D

super extra comel kan?? heheheheh



borak2,akhirnya masa kami berpisah pon sampai..huhu...rase x habis borak agi ngan dier..tak per la,insyaAllah,lain kali boleh jumpa lagi...asalkan,friendship is still there..asalkan,friendship is never end still there~then,we are all safe ...in the world of friendship...   :)

sekian... peace!

Friday, April 8, 2011

~ dalam ingatan ~

sungguh!
masa sungguh pantas berlalu...
aku fikir,aku baru sajer tamat Spm..
tapi rupanyer..bila aku buka jari..kira satu-satu..
ngundur tahun dari 2011 sampai 2007..
rupanya sudah 4 tahun berlalu...

kenapa sekejap sungguh??
atau perkiraan jariku yang tersilap??
haish...penat aku membilang..
hasilnya sama..... 4 tahun....

pon begitu....
segala memori..sentiasa dalam ingatan..
dan kamoo kawan-kawanku..
aku ingati selalu..


rekaan oleh mazni~hari terakhir exam SpM..

rekaan oleh mazni~ dari kiri,shidah,alissa,mazni,sing yen,athirah,sharmiella,and fatin..
jamuan kelas Form 4

rekaan mazni~ skolah kami dulu..

jumpa member2 di tasik~

~ JEMAKE MIARFA NARIKA ~





Thursday, April 7, 2011

pelik dengan sifat manusia tuh!

aku nieh x der la anti agama laen..
asal diorang x cari pasal ngan aku..
atau dengan agamaku..dan bangsaku...
aku x kan kecoh x tentu pasal..
masalahnyer........
naper la ader sorang manusia tue...
menyamar menjadi sebahagian dari kita??
jika berminat..bukan begitu caranya!
ingatkan~sejarah x berulang..
tapi rupanya ia memang berulang......
dia tetap menyamar dan menyamar...
dan kali nie cam lebih proaktif jek..
nama tukar..dan siap guna perkataan2 islamiah lagi~
hai..nak pancing ikan baru ker??

Amaran Allah~ kertas dalam Mulut bayi

Salam kawan2..fistly,aku nak cakap,aku x dapat nak sure kesahihan cerita nie...cerita ini mungkin betul..atau mungkin cerita ini adalah rekaan..aku dah cuba mencari di Blog perihal hal nie,tapi aku still x dapat cari sumber asli kisah ini...yang aku jumpa,kisah ni diforwardkan dari seorang ke seorang tidak kisahlah melalui FB mahupon melalui blogspot.com.

setelah meneliti sumber2 tersebut,aku dapati ada dua bentuk cerita..apa pun,jalan cerita still original..

Artikel berkaitan

Begini ceritanya......Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia . Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis
dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi , "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi  maklumat tersebut.



Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulahs.a.w Allah telah memberikan petunjuk
kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhnye lelaki kawin sama lelaki.
Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... untuk menanti ketibaan hari kiamat...

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan . Tup..tup.. Mexico di landagempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW)

ha,itulah dia artikel yg telah aku baca dan cuba selidiki...maaf dariku,aku x dapat jumpa sumber yang mambawa aku dengan lebih jelas..apa pon,berhubung isu nie,aku cuma boleh kater,terserah kita la nak percaya ke tidak...yg penting,dalam utusan nie x der menyuruh kita buat yg terlarang...maksudnya tiada maksud pemesongan akidah...perihal Khiamat yg kian dekat,mmg sejak dahulu kita sering diperingatkan...

andaikan berita ini betul,bermakna ini satu petunjuk dari Allah agar kita bersedia..

dan andai berita ini tidak benar,dan direka oleh seseorang,aku terima kasih juga kepada orang tue..mybe dia terlampau sedih dengan keadaan manusia sekarang..dan dengan menyebarkan begini..agar manusia tersedar seketika..itupon sekiranya kita tidak ego dengan artikel sebegini...

okey la..itulah sahaja..andai aku jumpa avidence baru,aku akan update ok!

sekian..