Tuesday, May 31, 2011

Pro N Cons Tarif Elektrik Naik

assalammualaikum..

Mengulas kepada berita yang pastinya hangat! meletup! iaitu kenaikan tarif elektrik baru2 ini yang telah dinyatakan kerajaan,makanya aku sebagai warga prihatin ( haha,,tersangat prihatin koNON!).. ingin mengulas serba sedikit tentang isu ini..

Merujuk Kepada Berita harian Hari ini,bertarikh 31 Mei 2011,Kerajaan telah mengeluarkan memorendum baru mengenai kadar kenaikan tarif elektrik..bagaimanapon,pengguna domestik yg menggunakan elektrik tidak melebihi 300 kwj  masih boleh menghembus nafas lega,kerna perubahan kadar bayaran ini hanya dikuatkuasakan kepada industri,pekedai2,institusi2 dan badan2 yang seumpama dengannya..

Kadar kenaikan bagi golongan ini seperti di bawah:

Sektor domestik/komersial/industri- meningkat 2.23% dari kadar asal = 33.54 sen/kwj
pengguna domestik > 300kwj-menigkat 0.1%-> 10% dari kadar asal= 7 sen- 30.30 sen
                              > PERCUMA kepada pengguna domestik < RM20/month sehingga Disember 2011
pengguna komersial voltan rendah < 200 kwj/month -meningkat 6.2% maximum = 4.60 sebulaN


NFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB

  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri 
  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.
Kerajaan Prihatin
  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung
Jadi di sini,apakah kebaikan dan keburukan kenaikan kadar elektrik nie?? herm..aku soalan pengetahuan am nie dah lama x jawab,tambah2 lagi campur ngan ekonomi~ jadik,aku cuma copy paste komen2 orang ramai berkaitan ini..

KOMEN MEMBINA!


Tahniah dengan kenaikan ini...!!! Kurangkan penggunaan electrik seperti mesin basuh, microwave, tv, lampu & etc...

kepada semua rakyat Malaysia, terima lah kenyataan negara ni semakin maju dan begitu juga barang dan keperluan infra. Saya setuju kenaikan elektrik dan air, buang subsidi gula (supaya kita kurang makan gula) berbanding kenaikan minyak petrol, ini kerana rakyat Malaysia boleh berjimat penggunaan eletrik dan air serta kurangkan makan gula. Berbanding minyak, tidak boleh jimat/susah nak jimat sbb kita nak kerja,perlu bergerak (KL tidak apa sebab ada public transpot).. Jadi,kerjalah dgn rajin dan berusaha dgn gigih lagi utk mencari pendapatan.. Di US (negara maju), tapi ramai org yang tinggal di sana mempunyai 2 atau 3 kerja dalam sehari sebab mereka berinovasi dan kreatif.. so,utk mencapai taraf negera maju, rakyat pun kena maju.. Jangan anggap anda lah yang paling susah, sebenarnya ada org yang lebih susah dari anda..

Salam 1 m'sia 
Sikap terbuka minda perlu ada pada setiap rakyat m'sia,bersedia menghadapi perubahan yg selalu dilaungkan perkataan keramat (Transfomasi)mahu tak mahu dunia sentiasa berubah ,persekitaran juga berubah,harga barangan dan perkhidmatan juga berubah,sikap dan mentaliti juga berubah.Untuk menghadapi perubahan perlukan mental yg kuat pada setiap rakyat M'sia,terutamanya golongan yg berpendapatan rendah.Walaubagaimana pun pihak kerajaan juga bertanggungjawab susah senang rakyat dalam menjalani penghidupan ini. 
semoga negara kita makmur dan sejahtera.

ok la tu. dengan kenaikan tarif ini sekurang-kurangnya pengguna tidak menggunakan tenaga elektrik dgn sewenang-wenangnya. pandai pandailah berjimat.

Setuju dengar kadar elektrik dinaikkan untuk komersil dan industri kerana sektor ini banyak menggunakan tenaga elektrik.terima kasih pada kerajaan kerana masih mengekalkan harga yang sama kepada pengguna domestik..


Salam 1 Malaysia, 
Terdapat banyak kesan baik dan buruk kenaikan ini, antaranya kerajaan menggalakkan pengguna agar menjimatkan penggunaan tenaga yang banyak memberi kesan kepada alam sekitar. Kita boleh tingkatkan penggunaan teknologi hijau dan perkakasan energy saving. Kesan buruknya, ada pihak akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang harian hingga menyebabkan pengguna terbeban.Ini menyebabkan pendapatan terhad tetapi perbelanjaan meningkat.


kenaikan tarif elektrik memang tidak dapat dielakkan lagi kerana harga bahan api yang tidak menentu di pasaran dan sumber yang makin berkurangan. harap semua dapat menerima dengan hati yang terbuka. terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana masih mengekalkan pemberian elektrik percuma kepada pengguna yang bilnya di bawah RM20. ramai yang telah mendapat manfaat dari usaha murni kerajaan ini. terima kasih banyak-banyak kerajaan malaysia.

sO,Kesimpulannya... haruskah kadar bil elektrik naik?? tepuk dada tanya selera..

                                                                                   
                                                                                                                     ~>JIBON kater: dio okey jer naik--- asal jgn libat rakyat
                                                                                                                                                  berpendapatan rendah.. :D



Monday, May 30, 2011

Kakakku Mau Kawen~

Assalammualaikum..

sekarang tengah cuti sekolah kan?? ha,sebab cuti sekolah nie,memang banyak pasangan bercinta  yang ambik kesempatan! bukan ambik kesempatan yg bukan2,naughty2 tue ye,tapi ambik kesempatan nak kawen! hahaha..
Begitu jugalah dengan kakakku...akhirnya,sampai juga masa yang ditunggu.. hehe..

Aku nie,biar bukan aku nak nikah,tapi aku tumpang excited la.. mana x nyer,kakak nak kawen tue.. Alhamdulillah,satu masjid akan dibina x lama lagi..moga2 kehidupan rumah tangga kakakku dan pasangannya akan bahagia selamanya..bak kata orang puteh: Happily Ever After.. SO swEEt.. 



So,tanpa melengahkan masa,aku selaku unofficial S.U bagi pihak keluarga pengantin( hehe,masuk lif tekan sendiri),dengan ini mengistiharkan...

Pasangan Nurilma (kakak) dan Wan Mohd Azwan akan menikah pada 3 Jun 2011.. semoga majlis berjalan dengan lancar... 

Walaubagaimanapon,sedikit duka cita,bahawa bakal abang iparku(pengantin lelaki) mengalami kecederaan di bahagian tulang clavicle( kak aku cakap,tulang nie kalau orang kurus boleh letak nasik) nyer akibat accident baru2 ini..minta ihsan korang  yang baca postku ini untuk sama2 doakan kesembuhan pengantin yer! 

Dikesempatan untuk pulang ke kampung sempena majlis kakakku ini,aku pon jadik sibuk semacam jugak~ heheh,pesal aper?? sebab aku punggah dan kemas barang untuk bawak balik.. My college time semakin berakhir.. kenalah mula mengangkut.. x kiralah naik tren/ atau naik bas... naik aeroplane?? herm...x pe la,terima kasih....

Jadik,akhir kate dariku,buat saper2 jugakla yang lain yang akan menikah pada cuti sekolah nie,selamat pengantin baru! dan semoga bahagia ke anak cucu...ok la...sawadikah... koplungkungkah... 
sekian...

Assalammualaikum...

Saturday, May 28, 2011

Don't Judge A Book By Its Cover!


Assalammualaikum..


Malam nie,aku tetiba dapat idea,yg sesuai punyer ngan tajuk di atas.. peribahasa orang puteh nie bermaksud:

~kiter,kalu nak nilai orang,jangan dari luaran~ simple tue jek laa kalu diterjemahkan.. tetapi maksudnyer dalam sekali..................................................

Tipulah kalau aku tanyer,korang berkenan ngan seseorang itu kerana rupa tak?? pastue korang jawab:`tak'..ia ia korang jawab,terutama laki2 yang perasan macho habis..pompuan lain skit.. laki hensem dilihat sebab nak cuci mater jek,tapi kalu nak kater berkenan,memang tengok perangai dulu~

Bukti paling jelas..tengok FB yang ramai friends request~ AHA! mesti dimenangi oleh gadis2 jelitawan dan hero2 macho lagi hensem.biasala..lumrah alam.. seme suker tengok yang cantik kan!

Cantik luar..cantik dalam...cantik dengar sini! - ha,kalau betul la yg cam lagu nie,Alhamdulillah,sejuk perut ibu mengandung.. tapi,kalau cantik luar.. rosak dalam.. Nauzubillah.. maka,rugilah dan sia2 lah anugerah keduniaan yang diberi itu..

Aku ader satu kesah.. sesuai sangat dengan peribahasa orang puteh nie.. dan yg membuat aku terdorong nak berkongsi kisah nie,sebab telinga aku nie menangkap butir percakapan member aku nie la kan pasal member aku sorang lagi.. member 1 aku nie kater : tapi nampak dier cam baik jer.. then aku dan member aku yang lain pon kater: Dont judge a Book by its cover!

Ini pelajaran yang sangat berguna!

Dahulu kan,aku admit aku nie skema sikit..bile jek aku tengok orang free hair,pakai t-shirt cam budak,dan perangai huha yang sempoi habis tue,mesti aku pandang selek jek diorang..aku ingat,diorang nie liar.. x pandai jaga diri.. Dan bila aku tengok orang yang pakai tudung labuh,baju sopan ,muka suci habis..aku bajet mesti alim nie.. solat x tinggal.. pandai jaga diri..

Tetapi,pengalaman dan kehidupan yang keluar dari zaman laluku..ala2 umpama katak di bawah tempurung itu,telah mengajar aku untuk mengubah persepsi aku itu..Buktinyer wujud di depan mater aku sendiri..aku x ader daya nak nafikannya lagi~

Asal baik..rupa baik..hati baik..
cinta datang mengusik kalbu bersulam kasih..
hati diserah berjanji ingin bersama abadi,
itulah kisah mulanya sang kekasih.

kerna keluarga,cinta dibuang,
hati merintih pilu..
jiwa yang kosong minta diisi..
walau siapapun pengganti..

dia datang dalam duka..
mengubat hati yang lara ..
sang kekasih mula terleka..
dengan permainan sang jejaka..

Dan bertukarlah Hamba Allah itu dari seorang yang menghargai sahabat,yang menghargai keluarga dan yang sangat teguh menetapkan syarat dalam pergaulan kepada~~~> seorang yang telah meninggalkan sahabatnya,seorang yang rela membiarkan ibunya menangis dan seorang yang kini tidak lagi malu dalam melakukan perkara dahulunya sangat die x ingin lakukan..

sedangkan pantai boleh berubah~ itulah yang terpaksa aku terima walaupon perubahannya itu sememangnya satu tragis buatku dan member2 yang lain..

Kini,kami cuma pandang dan geleng2 kepala jer la.. pegi kelas pakai sopan.. baju still besar,tudung tutup dada..tetapi bila keluar dengan pakwe..MasyaAllah... baju budak tadika jadik pilihan..aku memang dah x kenal die lagi..


Perubahan die tue,memalukan kaum bertudung jer.. yela... bertudung tapi melakukan sesuatu yang x sepatutnya..

dan yang x pakai tudung tue,aku dah x kater diorang teruk dah.. sebab aku tau,even imej diorang camtue,x semestinya diorang x pandai jaga diri!

walaubagaimanapon,bukan seme yang pakai tudung tue jadik cam member aku tue la.. aku sendiri bertudung,dan insyaAllah,aku akan sering menjaga diriku,maruahku,maruah bangsaku,maruah agamaku sampai ke akhir usia.. cuma itulah..imej wanita bertudung sedikit tercalar dengan sifat hipokrit sesetengah individu terbabit...

sebab itu,ditekankan di sini,jangan nilai somebody sebab luaran K! kena tengok dalaman..dalaman k.. barulah  yang sebenarnya akan ketahuan~

sekian dariku sebagai teman yang kecewa..assalammualaikum!

Friday, May 27, 2011

Pergaulan Lelaki Perempuan

Assalammualaikum..

Lama dah ditinggalkan post yang berbentuk keagamaan seperti ini..maaf aku terleka..menyedari tanggungjawab sebagai seorang muslimah,dengan ini,aku kongsikan satu bab dalam buku `40 Amalan wanita ke pintu Syurga' bersama kalian semua..

"daripada jabir raduyaallahu' anhu,dia berkata:Rasulullah SAW berkata: ketahuilah ,jangan sekali kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin ( janda) kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya."

Wahai saudara muslimahku! Peringatan ini sangat agung nilainya dan kedudukannya.Wasiat ini menerangkan secara jelas bahwa tidak boleh ada laki-laki yang menetap di rumah seorang wanita kecuali suami atau mahramnya.Di sini terkandung isyarat tentang masalah laki-laki yang bercampur dengan wanita serta penjelasan dan peringatan tentang hal ini.

Nabi SAW telah memastikan bahaya bagi laki-laki yang bercampur dengan wanita tatkala beliau berkata" janganlah kamu sekalian memasuki tempat para wanita."

Seseorang dari kalangan ansar pernah bertanya " wahai Rasulullah,bagaimanakah pendapat engkau tentang kerabat suami? " Beliau menjawab: " Kerabat suami adalah kematian".

Al-Hamwu adalah kerabat suami selain ayah dan anak-anaknya.Kerana ayah dan anaknya telah termasuk mahram bagi isteri,sehingga kedua-duanya boleh berkumpul dengan isteri dan tidak disifati dengan kematian seperti dalam perkataan beliau di atas.Yang dimaksudkan Al-hamwu ini adalah saudara kandung suami(ipar),anak saudara,bapa saudara,dan anaknya serta lain-lainnya yang sama sekali tidak boleh bercampur dengan isteri.Sedangkan kematian di sini adalah kekhuatiran akan menimbulkan petaka dan fitnah yang lebih banyak..

kandungan yang tersirat di dalam peringatan Nabi SAW di sini sangat mendalam,iaitu tatkala beliau berkata " Indra Imra' atin thayyibiin". Ath thayyibu adalah wanita yang pernah berkahwin atau disebut janda.Biasanya,orang-orang suka meremehkan dengan memasuki tempat wanita janda atau menemuinya.Beliau tidak menyatakan wanita itu yang masih gadis,kerna ia selalu terjaga,diawasi,dan benar-benar dijauhkan dari kaum laki-laki dalam pergaulannnya,sehingga beliau tidak perlu menyebutkannya.Jika wanita janda mendapat larangan seperti ini,maka larangan tersebut jauh lebih ditekankan bagi wanita gadis.

Dalam peringatan Nabi ini terkandung pengharaman berkhalwat dengan wanita bukan mahram dan terkandung peringatan agar tidak bercampur.Di dalamnya juga terkandung pembolehan bercampur dengan wanita mahram baik yang masih gadis atau janda.Yang dimaksudkan mahram di sini adalah laki-laki yang diharamkan untuk menikahi seorang wanita.

Wahai saudari muslimahku! masyarakat islam adalah suatu masyarakat yang memiliki perbezaan dalam segala hal dari masyarakat-masyarakat lain,baik dalam hal aqidah,prinsip,tingkah laku individu2nya,peraturan,manhaj,mahupun misinya di dunia.Wanita muslimah menghadap kepada Allah dengan segala amalnya,mencari reda-Nya dan menyeru kepada kitab-Nya.Keadaan ini berbeza dengan wanita lain yang berjalan di muka bumi hanya untuk memenuhi nafsunya.

Maka kita perlu membicarakan satu masalah besar yang harus diwaspadai oleh wanita muslimah,iaitu masalah percampuran antara laki-laki dan wanita.

Wahai saudari muslimahku! Masalah pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,yang dapat dilihat di mana mana kini,dianggap sebagai akhlak yang buruk dan bukan sama sekali termasuk akhlak wanita-wanita muslimah.Maka sebaiknya wanita muslimah yang berakal mahu mengetahui prinsip2 pergaulan ini,tujuan dan kesan negatifnya.

Pada asalnya,pergaulan antara lelaki dan wanita,pemuda pemudi ke dalam masyarakat muslimin dari orang-orang eropah yang beragama nasrani.Mereka memberi kebebasan mutlak kepada kaum wanita untuk berbuat apa pun.Sehingga mereka boleh berlalu lalang di jalan-jalan di waktu malam mahupun siang hari,bercampur dengan kaum lelaki di persekitaran tempat kerja mereka,baik yang muda mahupun yang tua.

Selagi pelbagai media massa menyeluruh ke mana mana seperti radio,tv,surat khabar,kaset video dan lain lainnya,maka muncul komentar bahawa pergaulan antara pemuda pemudi dianggap cermin peradaban dan kemajuan.Kemudian para orang tua dari kalangan muslimin membuka lebar2 pintu rumah mereka,sebagai tempat pelbagai pertemuan dan kegiatan,yang di situ pemuda pemudi ,lelaki dan wanita boleh berkumpul secara bebas .sehingga lahirlah pelbagai fitnah.Engkau dapat melihat dan memperhatikan pelbagai contoh kes yang dimuatkan di pelbagai media massa,yang menggambarkan kesan negatif dan kehancuran akhlak sebagai akibat dari pergaulan antara lelaki dan wanita.

Wahai saudari muslimahku!Akibat paling besar sekali kerana pergaulan ini adalah hilangnya rasa malu,kesucian dan kehormatan diri.Perhatikan apa yang dikatakan seorang penulis wanita inggeris,Lady Cook;

" Pergaulan antara lelaki dan wanita hanya menguntungkan kaum lelaki.Di samping itu,kaum wanita selalu dikejar oleh kerakusan yang bertentangan dengan nalurinya.Selagi pergaulan ini semakin bebas,maka anak2 hasil perzinaan juga akan semakin banyak.Ini merupakan bencana yang besar bagi wanita."

Masyarakat islam tidaklah seperti gambaran yang menimpa para pemeluk islam pada masa sekarang,yang menggambarkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.Masyarakat islam yang sesuai dengan arahan islam adalah suatu masyarakat yang sempurna dan utuh,jauh berbeza dengan masyarakat2 eropah.

Pada tahun enam puluhan,ada seorang penulis wanita Amerika yang mengunjungi Cairo.Dalam satu kongres wartawan yang diadakan di sana,ada seorang wartawan dari surat khabar Al-Jumhuriyyah yang menanyakan pendapat tentang wanita Mesir dan wanita Amerika.

Penulis wanita Amerika yang identitinya adalah wanita kafir itu menjawab;

" Sungguh masyarakat Islam adalah suatu masyarakat yang sempurna dan terjaga.Di antara karakter yang menonjol dalam masyarakat ini ialah adanya pegangan yang tercermin dalam suatu batasan yang logik,berupa tradisi2 yang mampu membatasi pemuda dan pemudi.Masyarakat ini jauh berbeza dengan masyarakat Eropah mahupun Amerika.Kamu mempunyai tradisi warisan yang secara pasti mampu mengikat wanita dan secara pasti pula ada rasa hormat terhadap ayah dan ibu,yang jauh sama sekali dari gambaran permisivisme ( sikap terbuka) barat yang siap mengancam keutuhan masyarakat dan keluarga,baik di Amerika mahupun di Eropah.


Ikatan2 yang diterapkan masyarakat islam terhadap wanita2 yang belum dewasa,maksud saya yang umurnya belum mencapai dua puluh tahun,sungguh sangat tepat dan bermanfaat . Maka saya nasihatkan agar anda semua tetap berpegang kepada tradisi dan moral anda,cegahlah pergaulan antara lelaki dan wanita,dan belenggulah kebebasan anak2 gadis,bahkan kembalilah ke masa hijab.Ini akan menjadi lebih baik bagi anda semua berbanding permisivisme dan kebebasan ala Amerika mahupun eropah.Cegahlah pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.Sudah terlalu banyak masalah yang kami hadapi di Amerika.Masyarakat mereka sudah dipenuhi pelbagai gambaran permisivisme dan kebebasan.Korbannya keciciran di mana2,di penjara,di kaki lima ,bar serta tempat2 yang terselubung."

Dari keterangan di atas,dapat diketahui seberapa jauh bahaya pergaulan dengan selain mahram,baik tatkala mencari ilmu,dalam linkungan pekerjaan mahupun di dalam rumah.Memang benar,tidak sedikit wanita muslimah yang ikut memberi sumbangan dalam pelbagai sektor kehidupan.Tetapi mereka harus tetap menjaga rasa malunya dan menghindari pergaulan antara kaum lelaki dalam linkungan kerja.

CUbalah perhatikan gambaran berikut ini.

Ada seorang wanita sudah berumur 30 tahun atau 40 tahun.Dia harus berlari-lari mengejar kenderaan umum dan berhimpit2 di dalamnya dengan sembarangan orang untuk menuju ke tempat kerjanya.Ada seorang gadis berumur sekitar 20 tahun.Dia juga mengalami hal serupa dalam kenderaan umum untuk sampai ke sekolahnya.Begitukah cara kerja dan mencari ilmu,meskipun ilmu itu ilmu syariat?

Benar,wanita itu memerlukan wang yang dia peroleh dari tempat kerjanya .Tetapi sudahkah ia mempertimbangkan agamanya? .Benar,Islam menganjurkan mencari ilmu.Tetapi apakah dalam usaha mencari ilmu itu harus dimulai dengan perbuatan derhaka kepada Allah?

Seorang wanita muslimah harus merenungi peringatan Nabawi ini,menilai lagi dirinya ,memperhatikan tingkah laku dan perbuatannya.Engkau harus benar2 yakin bahawa yang engkau lakukan adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Semoga Allah memberi jalan kemudahan untuk mencapai apa2 yang Dia kehendaki dan hendaklah engkau berpegang teguh kepada ketakwaan.Maka bertakwalah kepada Allah dalam kaitannya dengan amal dan perkataanmu.Berpeganglah kepada ketaatan kepada-Nya,agar engkau mendapat redhaNya pada suatu hari yang harta dan anak2 tidak memberi manfaat kepadamu.

Sunday, May 22, 2011

Kita harus Muhasabah..

Lenyap sekelip mata


assalaammualaikum...

kawan2,baru2 ini kita semua dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati kita semua.. anak2 yatim dari Madrasah Al- Taqwa,ramai yang terkorban..sebelum ini,tragedi seperti ini hanya terjadi kepada golongan2 mewah mahupun biasa,tetapi buat kali pertama,ia menimpa golongan anak2 yatim ini..

Alfatihah buat anak2 yang telah terkorban...

`berat mata memandang,berat lagi bahu memikul'

sedihnya kita melihat mereka,pastinya mereka lebih terasa pedih.. yang terlintas di fikiran,apakah punca berlakunya kejadian tanah runtuh ini??

faktor geografi,faktor pembinaan boleh dicari..namun apa2 pun,ia akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa,Allah SWT... kun  fayakun.. jadilah,maka jadilah ia.. tetapi pastinya Allah tidak bertindak kejam..kerna Allah itu Maha penyayang..

mungkin... ia adalah satu ujian yang diberikan Allah kepada anak2 ini,supaya darjat mereka menjadi lebih tinggi di sisiNya..

ataupun...mungkin juga....... ujian ini dihantar untuk kita bermuhasabah diri.. sememangnya,terlampau banyak pemalsuan dan ketidak keihlasan berlaku dalam kehidupan sekarang ini..

yang menderma... apakah semuanya ikhlas?? jika diberi dengan bersaksikan segala macam wartawan dan cek yang besar2 kedabak.. apa yang ingin disampaikan mereka?? dan halal 100% kah segala sumber derma itu?? kalau halal dan benar2  ikhlas..alhamdulillah...sekiranya tidak,waAllahualam..

Ataupun,kerna kita sendiri..seluruh warga malaysia ini.. bergaduh sana sini.. semua merasa diri betul..menaikkan pancak keegoaan masing2 .. lalai dengan apa yang kita lakukan,maka itu boleh menjadi salah satu puncanya juga... aku tak kate orang lain,aku sendiri juga sering leka dan lalai..

mungkin ini masa untuk kita tunduk dan merenung serta bermuhasabah diri... sekian.

Monday, May 16, 2011

~Mei menyambut 3 pekerjaan yang mulia~





assalammualaikum kawan2..

sedar x sedar.. dah hampir setengah tahun kita meredah tahun 2011 nie..memang masa sangat cepat berlalu..dan dalam perlumbaan masa yang amat pantas ini,apa kata kita berhenti sejenak.. melepaskan jam randik masa dunia,agar kita tidak kekalutan masa lagi..dan melihat sekeliling kita..menghargai pengorbanan orang sekeliling kita selama ini.. siapakah individu2 yang aku maksudkan??

IBU.JURURAWAT.GURU.

IBU ( 8 Mei 2011 )
Ibu.. siapakah yang dapat menafikan tempat ibu sebagai wanita teragung di atas muka bumi.. Allah sendiri mengangkat darjat seorang ibu..sesungguhnya,syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. bukanlah kita harus mengangkat kaki ibu,lalu melihat syurga,tetapi itulah kiasan simbolik yang sangat unik,yang Allah sampaikan kepada kita... bahwa ibu ini insan yang sangat mulia darjatnya..patuh pada seorang ibu,dijanjikan syurga oleh Allah taala...

lagu yang sangat meruntun hati dan menggambarkan kisah seorang ibu..hayatilah lirik lagu ini..




Tajuk Lagu: Jasa Bonda
Penyanyi/Artis: Warisan

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

(Ulang *)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang...


JURURAWAT ( 12 Mei 2011 )


jururawat pula insan yang dikaitkan dengan melayani dan mengubati pesakit. BUkan semua insan sudi menjadi jururawat..kerjanya memerlukan kesabaran dan kecekalan hati.. Alhamdulillah,aku sendiri dapat menjadi sebahagian daripada golongan ini..  seawal pemerintahan islam,sebenarnya telah wujud jururawat2 ini,cuma biasalah.. x ramai  tahu mengenainya.. dunia barat masih menguasai semua sistem2 maklumat dunia ini... menyebarkan kenyataan bahwa merekalah penemuan2 pertama segala kemajuan di dunia ini..Contohnya sahaja Rufaidah Al-Anshariyah..  seorang wanita yang mengajar wanita2 lain untuk merawat,menjaga pesakit malahan membina kolej kejuruwatan juga... mari hayati sama 2 kisah beliau..aku terjumpa kisah ini di satu laman blog yang sangat berguna ..blognya bernama cinta Ilahi Yang Utama.




RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH
Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.
Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai
keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya t
elah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.Rufaidah
telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulahmerupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan p
eperangan bagi
membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera da
n yang memerlukan bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai marka
s untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di
khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan: “Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam
melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW. Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.
Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624
Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan
Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale
iaitu 1200 tahun lebih awal.



GURU ( 16 Mei 2011 )





Guru itu umpama pelita yang membakar..  sanggup terbakar,asalkan dapat menerangi orang  lain.. bertahun-tahun,anak2 murid sudah bertukar silih berganti,namun wajah guru itu,masih disitu.. dengan senyuman,dengan sabar ..melayani segala macam ragam anak2 murid..  aku tahu.. kamu juga tahu...bagaimanalah kita ketika menjadi pelajar... menolong itu ader..menyakitkan anak perut pon lagi banyak...  tetapi,itulah guru... guru yang ikhlas akan mampu memberi kejayaan kepada anak2 muridnya.. guru yang ikhlas akan tetap berjuang walau segala macam ribut taufan melanda.. guru yang ikhlas itu,akan tersenyum bila kita berjaya.. guru yang ikhlas itu......................... 

jasamu tetap disanjung.. terima kasih guru! bawah nie lagi tema cerita Gemilang..kisah benar perjuangan seorang insan bergelar Guru.. 



Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor

Suatu ketika... 
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...

Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......


Read more: http://arnamee.blogspot.com/2011/01/drama-gemilang-di-tv3-kisah-benar.html#ixzz1MVzTdowy

terima kasih IBU!
terima kasih NURSE!
terima kasih CIKGU!






Sunday, May 15, 2011

Sutera Bidadari Vs the Librarian-curse of Judas Chalice

      VS      

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua!

Kali nie,sekali lagi aku akan berbicara tentang sutera bidadari.Bezanya,cerita ini akan digandingkan bersama dengan satu lagi cerita Hollywood iaitu The librarian ,curse of Judas Chalice.Perbandingan ini dilakukan hanya melalui persepsi ku sendiri ,so mungkin ader yg tidak bersetuju...herm...kalau x stuju,dialu-alukan untuk tinggalkan komen~ maybe aku boleh fikir2kan ..
.
So,seperti yg kita tahu,sutera bidadari kali ini menceritakan tentang pengakhiran kisah laksamana sunan menentang taghut.Selain taghut, watak vlad the impaler dan vlad the dracul telah dihidupkan sebagai pihak kejahatan.Di dalam cerita ini,dinyatakan bahwa vlad the impaler merupakan bekas pemerintah yang sangat kejam.Memperoleh pengikut iaitu drakula apabila DOba yang tamak harta diberi minum darahnya secara paksa.Maka,DOba bertukar menjadi drakula dan diberi nama Drakul bersempena nama ayahnya Vlad the Dracul..Dalam pertempuran antara vlad the impaler dengan laksamana Sunan,vlad the impaler telah tewas.Hamba Allah yang sangat tawadaq kepada Allah SWT telah Berjaya memerangi satu lagi kejahatan..Alhamdulillah... Namun begitu,Dracul iaitu pengikut Vlad the impaler sempat melarikan diri setelah melihat ketumpasan ketuanya.

watak fiksyen dalam siri omputeh bertajuk Legion.. x nak kaitkan aper2..cuma nak gitau... tu la dier..manusia berkepak...hehe


Abad 21.. watak saifullah dihidupkan.Saifullah merupakan anak didikan Laksamana sunan yg berasal dari bangsa Polip.Asalnya bernama Indera,bangsa Polip yg handal memanah.Diberi nama Saifullah yg bermaksud `pedang Allah’ oleh laksamana sunan apabila dirinya kenampakan seperti seorang manusia apabila sayapnya disorokkan di sebalik jubah yg panjang.Berguru dengan laksamana sunan sebagai menebus syarat kedua dan berjanji akan mengikut syariat Allah sepanjang masa..kerja menghapus kejahatan kini tergalas di bahunya..
Seperti saifullah yg berumur panjang,drakul juga tidak kehabisan hayatnya lagi..Drakul kini sedang berusaha untuk membangkitkan semula vlad the impaler.Syarat untuk kebangkitan ketua jahatnya itu ialah seorang gadis yang masih dara yg juga seorang anak yatim yang terlalu mementingkan dunia dan belum dibaptiskan,serta senjata untuk menumpahkan darah haruslah keris nenggroe..sebagai penghinaan kepada laksamana sunan.Di hari kelapan,dracul siap siaga untuk mengadakan upacara.Saifullah sebagai pejuang kebaikan  telah menentang drakul terang-terangan.Antara peperangan antara Kebaikan dan kehajahatan,kebaikan pasti akan menang! Kerana Allah sendiri berpihak kepada kebaikan.Meletakkan Allah sebagai Ad-Din yg Satu,Yang Maha Berkuasa dan penguasa seluruh Alam,dibantu oleh keris perak neggroe dan jurus tujahan angin,Saifullah Berjaya menghapuskan Drakul..begitulah bagaimana riwayat keturunan drakula ditamatkan menerusi cerita sutera bidadari..

Now lets see cerita ini pula! The librarian- Curse of Judas chalise.
Cerita ini meletakkan seorang librarian di sebuah library di New York sebagai hero utama cerita.Namanya Flynn.Seorang yg sangat berilmu pengetahuan dan bijak.Dia selesa bekerja di library nya itu ,sehinggalah..... dia diputuskan oleh kekasihnya kerna terlampau sibuk! Mengamuk dan melepaskan amarah,dia diberikan cuti oleh majikannya..

Ketika ketiduran,dia didatangi seorang gadis misteri yg menyeru2 namanya..sebaik terjaga,dia memulakan percutiannya ke New Orlamn ,tempat dimana gadis misteri itu diyakini berada.
Percutian Di New Orlamb ternyata merupakan satu penghuraian misteri yg dianggap lagenda,mistik sahaja oleh masyarakat.Dia akhirnya bertemu dengan gadis misteri itu,yakni sebenarnya seorang vempire..namun begitu,semora( gadis misteri) itu tidaklah jahat,sebaliknya ikut sama membantu Flynn menyelesaikan teka-teki tersebut..

Sementara itu,watak2 antagonis cerita telah diwujudkan..keranda yg  diisi oleh vlad the drakul telah diangkut oleh pihak KGB.Kononnya,dengan kebangkitan Drakul, kuasa ketenteraan mereka akan semakin kuat.Maka,mereka berusaha untuk memenuhi tuntutan syarat kebangkitan semula drakul itu iaitu dengan menyediakan cawan Judas Chalice,darah seorang manusia,dan harus dilakukan di tengah malam..
Tengah malam itu,darah Flynn yg menjadi tawanan dijadikan darah untuk membangkitkan drakul..lain disangka lain yang jadi-rupa rupanya rangka yang berada di dalam keranda itu bukannya apa2,sebaliknya professor yg disangka baik,yg lumpuh x berdaya,sebenarnya merupakan drakula yg jahat itu.Darah diperlukan untuk memulihkan dirinya dari kelumpuhan ..bukannya itu kebangkitan semula...
Bermulalah pertarungan antara Flynn dan semora menentang Vlad itu.Kepantasan selaju angin,semora dan Vlad bertarung di udara.Sementara itu,Flynn yg memang tahu serba serbi telah menemui sepohon pokok- papolus treimuleidus.Pokok itu merupakan pokok asal yg boleh menghapuskan vampire selain matahari..And it is,dengan tipu helah,sekali tusuk sahaja,Vlad tumbang di gelanggang pertarungan...
So.... sebagai kesimpulannya,banyak persamaan watak yg kita perhatikan di sini yaa! Antara Sutera Bidadari dan The Librarian nieh..BUkan menyatakan karya RAM tidak asli,tetapi ternyata penulis favourite ku ini memang membuat kajian yg amat mendalam terhadap misteri2 di dunia ini..ya,misteri di dunia x kan pernah habis!
Vlad the Impaler castle... kedua2 cerita bercerita tentangnya

Melihat persamaan nama vlad the dracul,dan vlad the impaler,aku pasti nama2 berikut memang tercatat dalam sejarah Romanian sejak berabad-abad lama dahulu.Cuma,di sini penulis dan pengarah memainkan peranan masing2,dalam mencorak cerita berdasarkan sumber sejarah itu.Melihat kepada aspek Hollywood,cara kebangkitanyya begini........cara penghapusnya begini............
Dan melalui sutera bidadari,kita dinyatakan cara kebangkitannya begini.... cara penghapusnya begini..... apapun,apa yg aku kedapatan di sini,abg Ram cuba membawa kita balik kepada yang Khalid kita.Yang berkuasa kepada kita dan alam semesta ini.Allah!

kekuatan yang sebenar adalah milik Allah  

                                              keris nanggroe sekadar alatan,yang menjalankan 
                                                  fungsinya dengan izin Allah..

Hanyalah rekaan penulis..ataupon satu hakikat tersembunyi di sebalik misteri berabad lama dahulu,sutera bidadari Berjaya membawa pemikiran kita orang islam kembali untuk berjuang dengan meyakini Allah SWT..kalau sebelum ini,kita terikut dengan cara Barat,contohnya penghapusan Vempire menggunakan  batang pokok populous itu,melalui sutera bidadari,kita tahu bahwa kemenangan menentang kejahatan itu adalah melalui khusyuknya dan yakinnya kita kepada Allah..Alat alatan yg digunakan itu hanyalah pelengkap,menjadi hanya dengan izin Allah...

Apapun perbandingan antara kedua cerita ini,yang jelas kedua cerita ini memang tidak mengingin kan kejahatan itu tumbuh di atas muka bumi ini kembali.Dua-duanya cuba untuk menghalang kebangkitan semula drakula berdarah sejuk itu..dan itu suatu yang baik! Kebaikan berusaha untuk menghalang kejahatan!

Sekian....