Tuesday, November 5, 2013

nikah di selangor wali kelantan.. bagaimana pengurusannya.. ^ ^

assalammualaikum semua.. hari ni aku ader feel skit nak berkarya..erm.. maybe utk berkongsi sedikit pengalaman aku menjelang hari pernikahan ku..

so, alhamdulillah urusan dengan pejabat agama dah settled.. itu yg paling penting.. walaupon pada mulanya kedengaran agak sukar, namun dengan kesungguhan dan tekad, segalanya dapat dilakukan.. :D
apa yg nak aku kongsikan di sini, bagaimana untuk menguruskan hal perkahwinan andai anda bernikah di selangor, dan wali pula berada di negeri lain.. well... sebenarnye segalanya x susah pon.. segalanya sama..step seperti pasangan yang berasal dari selangor.. iaitu ambik kursus kahwin, then isi borang permohonan menikah dan taraf permaustatin lelaki... dah settled bg dekat pihak perempuan.. seperti pengantin laen, borang permaustatin kena isi jika alamat ic x sama ngan alamat tempat tinggal.. pastu isi borang permohonan berkahwin perempuan.. pastikan awak ade butiran lengkap wali, dan 2 orang saksi.. bersama mereka semua, jumpalah tok kadi tempat awak dan proses awak hampir selesai..

bagaimana pula jika wali tidak ader sekali di kawasan awak? contohnya macam sayer, wali sy di kelantan... makanya, beserta borang permohonan tadi, dan juga borang waqilah wali yg buleh diambil di pejabat agama, awak harus mengambil tandatangan wali awak di mane wali awak berada.. ( jika wali tidak dapat mengunjungi tempat tinggal awak)...means,,,,awak kena drive back to kelantan..di sana nanti, di hadapan tok kadi di sana, beserta dua orang saksi di sana, lafaz waqilah wali harus diucap.. dan borang permohonan lengkap diisi...

sesudah itu, bulehlah awak menyerahkan borang yg lengkap kepada pejabat agama demi mendapatkan kebenaran berkahwin.. :)

borang yang lengkap ialah ( bgi pengantin perempuan)

borang permohonan berkahwin perempuan lengkap terisi
borang permaustatin pengantin
fotostat ic saksi taraf permastautin
fotostat ic wali, pengantin dan dua orang saksi nikah
borang ujian saringan HIV
salinan sijil kursus kahwin ( bwk yg asal yer sbgai bukti)
salinan sijil nikah ibu bapa- utk yg kehilangan sijil nikah, jgn risau kerana jabatan agama islam menyimpan rekod perkahwinan dari tahun 40-an.. yg penting awak kena ingat tarikh akad nikah itu.. :D
dari situ mereka akan trace rekod.. alhamdulillah, time aku ni, mereka cuma memerlukan masa 15 minit utk cari rekod nikah ibu bapa aku..

so, sekarang saya berdebar kerana majlis semakin hampir.. semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. doakan sy ye kawan2... :D






No comments:

Post a Comment